Sejarah 1955 Bakal Berulang, UMNO Bertanding Di Hulu Selangor.
Tidak ada sebab kenapa umno tidak boleh bertanding di parlimen hulu selangor, cakap-cakap yang mengatakan kerusi parlimen hulu selangor adalah kerusi tradisi mic sudah tidak boleh di terima pakai, kalau mic kata kawasan itu kerusi taradisi mereka, maka mca pun berhak juga untuk mengatakan itu kerusi tradisi mereka juga.
Sejarah tetap sejarah ia tak boleh di tutup, asal kerusi parlimen hulu selangor adalah milik umno, umnolah parti pertama yang bertanding di hulu selangor dan menang, berdasarkan komposisi kaum ketika itu 60% melayu, cina 20%, india 15% dan lain-lain bangsa termasuk orang asli 5%, pada ketika itu umno di wakili oleh calon wanita yang bernama Halimaton Saadiah pada pilihanraya 1955 iaitu pilihanraya persekutuan yang pertama sebelum kita merdeka.
Atas semangat kerjasama dalam perikatan, kerusi hulu selangor di PINJAMKAN kepada mca pada pilihanraya umum 1959 sehingga 1982, ahli parlimen pertama dari mca ialah ong yoke lin (omar yoke lin, bekas menteri telekom dan pos) dan terakhir ialah bekas timbalan presidennya lee kim sai, harapan penduduk hulu selangor untuk melihat umno kembali bertanding semula di situ tidak kesampaian.
Pada pilihanraya umum ke 7, 1986, sekali lagi umno terpaksa MEMINJAMKAN kerusi itu kali ini kepada mic, calon mic yang pertama bertanding di situ ialah s.s.subramaniam ketika itu dia sebagai naib presiden mic, bermula dari dari tarikh itu, selepas sorang ke seorang calon mic diletakan bertanding di situ, dan yang terakhir ialah g.palanivel (sekarang timbalan presiden mic) yang kalah kepada zainal abidin ahmad dari pkr pada pru lepas.
Setelah hampir 50 tahun kerusi parlimen hulu selangor terlepas dari tangan umno, pada pendapat det, eloklah di kembalikan semula kerusi itu kepada umno, tidak ada salahnya pun jika bn mengikut suara rakyat dan umno meminta balik kerusi yang telah di pinjamkannya selama 50 tahun, kerana setiap benda yang di pinjam haruslah di pulangkan semula, ini bukan bermakna umno tamak, ini soal hak dan rintihan rakyat hulu selangor yang mahukan umno kembali berkuasa di sana. tapi kali ini biarlah permintaan rakyat hulu selangor di tunaikan.
Comments
kemenangan milik kita
Kalau kekal dengan kehendak Sammy Vellu, BN bakal kehilangan kerusi itu buat sekali lagi.
begitu rupa cerita nyer
ish... ish... ish...
aper agaknya kata sammy yer???
makcik mintak larrrrrr biar UMNO betanding kat ulu sngor kali ni
kami orang da tak lalu daaaaaa nanggong biawak idup
aperrrr... burok benor ke UMNO kat ulu sngor nieeeeeeeeeee.... haaaaa???
- makcik endon KKB
kali ni UMNO ambik, tapi kalau kalah juga ambil la semula pada MIC. sebabnya lanskap politik sekarang ni bukan sebagaimana "otak bodoh lembu samy" berfikir..
kalau mic nk bertanding jugak ..
kita umno bertanding jugak , undi hindu berapa kerat jo ...
ngee..
Opss lupa Sammy pakai rambut palsu nanti gondollah pulak.