PAS Ibarat Ayam Jantan, Kokok Berdegar-degar, Ekor Penuh Taik.


Pas buat demo pasal kerajaan luluskan lesen judi bola untuk orang bukan islam berjudi, macam-macam lah fatwa yang pas keluarkan, kerajaan bn kononnya menggalakan perjudian lah, kerajaan bn makan hasil judi lah, bn luluskan lesen judi kerana berterima kasih kepada vincent tan kononnya telah banyak membantu bn. segala kutukan itu bn terima dengan terbuka dan dijawab dengan penuh fakta, tapi zaman sekarang ini, fitnah mengatasi fakta, fitnah lebih di percayai.

Cuba kita ingat balik, apa janji pas kepada pengundi melayu dan penyokongnya di selangor dulu, pas berjanji nak tutup dua kilang arak, guiness dan carlsberg, sekiranya mereka menang dan memerintah di selangor, kini pas sudah pun memerintah di selangor, adakah dua kilang arak itu telah mereka tutup? tentu jawapannya tak tutup pun, malah pas memberikan alasan itu adalah hak bukan islam, jadi buat apa kita ganggu hak mereka, malah dalam siri-siri ceramah mereka selepas menang pru lepas mereka menjawab, islam mengharamkan arak, kalau orang islam minum arak juga, itu bukan salah kilang, tapi salah orang itu sendiri, jadi tak perlulah kita tutup kilang itu. nampak tak sikap hipokrit pas...

Kenapa dewan pemuda pas tidak berdemo di kelantan meminta kerajaan negeri kelantan pimpinan nik ajis menutup pusat hiburan dan maksiat di jalan hamzah kota bharu dan yang masih lagi bersepah di pengkalan kubor, rantau panjang dan tempat-tempat lain yang meniaga secara kecil-kecilan? takan negeri serambi makkah ada pusat perjudian, disco dan rumah pelacuran kut? sampai sekarang cerita tempat maksiat di jalan hamzah kota bharu terus di senyapkan oleh pentadbiran nik ajis dan pas kelantan, kenapa nik ajis dan pas pun ada syer sekali ke?

Mungkin nik ajis juga menggunakan jawapan seperti yang beri oleh pemimpin pas selangor, islam mengharamkan perbuatan maksiat, itu bukanlah salah tempat itu, tapi salah orang itu sendiri yang nak buat maksiat, jadi tak perlulah kita tutup tempat maksiat itu. jadi kepada pemimpin pas, janganlah jadi macam ayam jantan, berkokok berdegar-degar ekor penuh dengan taik.

Comments

Anonymous said…
SLM BRO..JGN HARAP LA PUAK2 JUMUD NI NAK MENGAKU BIKIN KEJE2 SONSANG TP MASIH NAK SOKONG MANUSIA SONGSANG KEHKEHKEH
Anonymous said…
biase la pas, kalau apa yang dia buat semuanya betul dan halal, tapi kalau orang lain buat, semuanya salah dan haram.

gamaknya rumah maksiat kat jalan hamzah tu dah dapat sijil halal dari pas kelantan kut.
Wake UP! said…
Sudah tentu kegiatan tidak bermoral di Jalan Hamzah itu didalangi kongsi gelap dan juga dilanggani oleh mereka dari PAS.

Kalau tiada permintaan, tiadalah penawaran.

Members of Illuminati.

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.