Pembangkang Buat Perlembagaan Baru Ganti Perlembagaan Persekutuan.
Mengejutkan!!!! Sudah ada ‘perlembagaan baru’ dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi teras kemakmuran negara selama ini.
Perkara tersebut didedahkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria semasa menjadi panel Wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Taman Budaya ...di sini, hari ini. Menurut Harussani, perlembagaan baru itu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.
”Saya dimaklumkan sekarang sudah ada perlembagaan baru yang dibuat oleh pihak tertentu.
”Kebetulan saya ada memberi satu ceramah di Alor Setar. Ada seseorang datang dan memberikan saya tiga buah buku Perlembagaan yang dikehendaki pihak tertentu,” katanya pada wacana tersebut.
Bagaimanapun Harussani ketika ditemui selepas wacana tersebut enggan mengulas lanjut tentang dakwaannya itu.
Pada wacana itu juga, Harussani berkata, perpecahan di kalangan orang Melayu menyebabkan bangsa itu hilang kewibawaan sehingga kaum lain semakin berani membuat pelbagai tuntutan dan mahu hak keistimewaan orang Melayu dihapuskan.
”Kenapa kita berpecah-belah hanya kerana salah tafsir iaitu melampau dalam berpegang pada syariat Islam.
”Saya menyuruh kita semua bersatu, saya tidak suruh hapuskan parti tetapi saya minta orang Melayu pertahankan Islam dan hak-hak mereka,” katanya yang banyak menerima cemuhan daripada penyokong pembangkang kerana mengajak orang Melayu dan Islam bersatu.
Sementara itu, Hafiz yang merupakan bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang bimbang dengan nasib yang menimpa orang Melayu di Pulau Pinang sekarang.
Jelas beliau, begitu banyak gerai perniagaan orang Melayu yang didirikan di atas tanah kerajaan dirobohkan tetapi tindakan sama tidak diambil ke atas peniaga bukan Melayu yang berniaga di atas jalan raya.
”Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga tidak membenarkan rumah bernilai RM150,000 ke bawah dibina di tengah bandar. Pulau Pinang kini ke arah menjadi Singapura.
”Jambatan kedua Pulau Pinang yang menjadi kebanggaan kita akan memudahkan pengusiran orang Melayu secara beramai-ramai dari Pulau Pinang,” katanya.
Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO, Reezal Merican pula meminta orang Melayu menentang habis-habisan ‘Abdullah Ibn Saba’ yang memecahbelahkan umat Islam di Malaysia sekarang.
”Dalam setiap tamadun manusia mesti ada pengkhianatan yang menghancurkan perpaduan. Kalau zaman Khalifah Usman dan Ali dulu ada Abdullah Ibn Saba yang melaga-lagakan umat Islam, zaman sekarang pun ada ‘Abdullah Ibn Saba’ yang menyebabkan perpecahan orang Melayu dan Islam di Malaysia,”
Sekiranya benar seperti yang didakwa sudah wujud perlembagaan baru yang direka oleh pihak pembangkang, aku minta segeralah buat laporan polis.
Comments
yang pasti.. banyakkan beribadah dan beramal di bulan ramadhan..
hang lupa mention nama pembohong no.1 abad ini Anuwar al-jewburi, Mat sapu bini orang, Mahmpuz & the geng...
kesian aku tgk cuoing merah...hati dah hitam, akal semakin lembab, dok makan fitnah Pakatan Haprak....nasib ko la...!!
1. Kepercayaan kepada apa saja?
2. Kesetiaan kepada Amerika sahaja?
3. Kelonggaran pintu belakang?
4. Kecelaruan undang undang?
5. Kurang sopan dan kurang ajar?
Aku yang Bingai
Dinar Emas - Bukan Idea Tun Mahathir? di Tendang Terajang