Operasi Lalang: Cabaran DAP Kepada MCA Dan MIC.
Hasil Tulisan Abba.
Lim Guan Eng satu temubual dengan pemberita beberapa hari sebelum pembuangan undi pada Pilihan Raya ke 12- (8-3-2004) pihak pemberita telah mengajukan soalan kepada beliau apakah harapan DAP pada kali ini .
Beliau mengatakan harapan DAP tidak ada kerana mereka tahun Barisan Nasional begitu kuat dan sudah pasti untuk mendapatkan sedikit kemenangan, kami perlu tewaskan pengawal UMNO iaitu MCA,Gerakan dan MIC.
Maksud Lim Guan Eng itu banyak tidak difahami oleh semua pihak dan terlupa bahawa DAP pernah melakukan "political intimidation "keatas rakan-rakan kongsi politik UMNO iaitu MCA,Gerakan dan MIC dalam tahun 1987.
Untuk menonjolkan diri mereka sebagai juara kaum Cina dan India dan untuk menguatkan sokongan kaum-kaum tersebut kepada mereka, pemimpin -pemimpin DAP telah menuduh MCA dan MIC sebagai tidak memperjuangkan kepentingan kaum-kaum ini, dan mencabar mereka membela kepentingan kaum-kaum tersebut.
Cabaran DAP kepada MCA juga jelas kelihatan dalam isu skandal koperasi yang melibatkan beberapa tokoh MCA. Sindiran-sindiran DAP terhadap MCA telah memberi maksud bahawa MCA adalah bertanggungjawab ke atas kegagalan KPD. Ini telah menyebabkan beberapa tokoh MCA membuat tuntutan yang lebih lantang daripada DAP ke arah usaha mencapai penyelesaian isu tersebut. MCA melalui Presidennya Dato'Ling Liong Sik ,telah mengumumkan pendiriannya,bahawa semua pemimpin-pemimpin MCA yang memegang jawatan dalam Jemaah Menteri (Kabinet) dan Pentadbiran Kerajaan akan meletakkan jawatan sekiranya pendeposit-pendeposit koperasi tidak menerima bayaran pulangan penuh- dollar a dollar .
Dalam isu penempatan guru-guru tanpa kelayakan mandarin di SRJK (C) juga, MCA telah mengambil sikap yang keras dan lantang. Dalam "Information Bulletin"parti itu menyatakan: "....Our party reiterates its stand: the MCA will swim or sink with the Chinese Primary Schools...".
Pihak DAP juga menyedari hakikat bahawa MCA terpaksa mengambil sikap yang keras dan mengeksploitasi isu-isu tertentu kerana mereka tertekan oleh cabaran daripada DAP. Dr.Tan Seng Giaw menyatakan ".....Saya sedar bahawa tunjuk perasaan oleh DAP telah secara langsung menimbulkan perasaan kurang keyakinan ( insecured feelings) di kalangan MCA yang merasa takut akan kehilangan undi kepada DAP. Oleh itu MCA telah mengambil sikap yang tidak bertolak ansur kebelakangan ini khususnya dalam menentang perlantikan guru-guru yang tidak menerima latihan Mandarin,supaya dapat mengatasi DAP.
Bersambung esok jam 1 petang....

Comments