Burukan Malaysia, Anwar Arahkan Amah Rogol Menteri..
Menteri rogol amah... lawa sangat ke amah tu sampaikan si menteri tu terliur, mungkin amah yang berkerja dengan menteri tu mukanya akan-akan pelakon filem lucah indon, cut tari, luna maya atau pun sarah azhari. pada aku itu semua cerita mengarut, pesan aku pada pihak berkuasa, sekiranya betul, dedah kan segera, kita tak mahu ada menteri yang jadi perogol, cukuplah ada bekas menteri yang jadi peliwat.
Anwar pernah pukul canang cerita ini masa prk bagan pinang dulu, kalau tak silap aku cerita ni dia bawak masa ceramah di bilik gerakan dap di pekan teluk kemang, masa tu cerita ni dia sentuh sekali lalu dan dengan nada bergurau aku yakin tak ada siapa nak ambil pot dengan cerita mengarut dia tu, tiba-tiba timbul balik cerita menteri rogol amah. sifir aku senang je, kalau betul ada menteri jadi perogol, bawa dia ke muka pengadilan, tapi kalau cerita tu tak betul, ini adalah salah satu taktik anwar yang di gunakan oleh pas untuk menyerang kepimpinan negara.
Cerita ini dikeluarkan semula haprak daily kerana untuk counter balik cerita 2-3 ekor adun dan ahli parlimen pas yang bernafsu binatang kerana kantoi berzina dengan isteri orang, jadi untuk balance kan keadaan, para wartawan haprak daily pun keluarkan la cerita tu, kononnya ia di ambil dari dari satu ngo migrant care, ngo ni memang tak terkenal sangat, tapi pendatang haram cukup suka dengan ngo ni, kerana mereka membela dan mempertahankan nasib pendatang haram dari di tangkap oleh pihak berkuasa.
Haprak daily semalam mengeluarkan sepucuk surat yang konon datangnya dari adik mangsa rogol menteri itu, apa yang menariknya, surat itu tidak bertarikh dan kenapa surat itu di hantar oleh adik mangsa ke migrant care, tidak ke kedutaan indon di malaysia atau kedutaan malaysia di indon? banyak sangat mengarutnya dalam cerita rekaan pas ni, nak menipun beragak lahh...
Comments
Bagi mereka yang sudah tidak peduli atau memang tidak peduli akan HALAL dan HARAM, segala cara akan digunakan. Akan tetapi seorang MUSLIM pastinya hanya akan memilih cara yang baik dan betul sahaja.