Bacaan Santai Di Pagi Ahad: Sejarah Benar PAS..


Banyak generasi sekarang tak mengetahui sejarah sebenar pas, yang mereka tahu pas di pimpin oleh ulama dan pas selalu di tekan oleh umno, tapi banyak yang tak tahu, tentang cerita sebenar pas ini, apa yang aku tulis ni adalah fakta sejarah yang di kutip dari buku, laman web dan cerita-cerita saksi kejadian yang masih hidup, untuk bacaan pagi ahad ini.

Pas di tubuhkan pada tahun 1951 oleh haji ahmad fuad hasan, kenapa pas di tubuhkan? ahmad fuad menubukan pas kerana dia kecawa kerana kalah dalam pemilihan untuk merebut jawatan yang dipertua agung umno (sekarang presiden) dia hanya mendapat 11 undi dan tunku abdul rahman mendapat 57 undi, ahmad fuad ni asalnya adalah ahli umno dan jawatan dia di peringkat pusat adalah pengerusi biro agama umno tanah melayu. tidak timbul cerita penubuhan pas untuk memperjuangakan islam, ia hanyalah rasa kecewa ahmad fuad kerana tak menang jawatan dan perlu kita ingat, ahmad fuad adalah kawan baik datuk onn, datuk onn di singkirkan dari umno kerana dia berhajat nak buka keahlian umno untuk di sertai kaum-kaum lain di tanah melayu.

Selepas kalah dan kecewa, ahmad fuad dan berberapa orang pengikutnya telah menubuhkan pas pada tahun 1951, asal nama pas semasa penubuhannya ialah pan-malayan islamic party, nama omputeh juga yaa... tahun 1951 tanah melayu masih dijajah oleh british, pihak british melihat penubuhan pas ni boleh memecah belahkan orang melayu yang ketika itu cukup kuat menyokong umno dan menuntut kemerdekaan, ibarat orang mengantuk di sorongkan bantal, british tampa berfikir dua kali, meluluskan penubuhan pas, dengan tertubuhnya pas, maka kekuatan orang melayu yang selama ni di ketuai oleh umno terbahagi dua, umno dilihat bukan ancaman lagi pada pihak british.

Tetapi atas kebijaksanaan almarhum tunku abdul rahman, akhirnya tanah melayu pun merdeka, tetapi perjuangan umno untuk memerdekan tanah melayu di pandang lekeh oleh pas, maka pas pun mulalah berkempen mengatakan kemerdekaan yang diberikan oleh british kepada umno adalah melalui perjanjian sulit umno dan british, padahal ada berberapa pemimpin pas yang pernah menyertai umno dulu tahu, tiada perjanjian sulit pun antara umno dan british, maka sebap itu, ada pemimpin-pemimpin pas yang meninggalkan umno mengikut ahmad fuad kembali semula menyertai umno dan membetulakan semula cerita yang di tomahkan oleh pas kepada umno.

Selepas british meluluskan penubuhan pan-malayan islamic party, mereka menggunakan bendera yang sama dengan bendera umno, tetapi pas membuat sedikit ubah suai pada bulatan di atas bendera tu, bulatan kuning dan keris telah di keluarkan dan di gantikan dengan bulatan berwarna hijau dan di letakan di penjuru kiri sebelah atas bendera mereka dan logo pas dulu ialah bulan dan bintang berlatar belakangkan warna hijau.

Selepas peristiwa 13 mei 1969, tun abdul razak telah mempelawa pas menyertai gabungan parti-parti perikatan yang di beri nama barisan nasional, ada berberapa pemimpin pas di lantik menganggotai kabinet dan banyak juga pemimpin-pemimpin pas di berikan jawatan-jawatan penting dalam perhubunggan umno negeri dan biro-biro dalam umno pusat. gembiranya tun razak ketika itu kerana pas telah bergabung dengan umno, sehinggakan bendera pas di letakan di sebelah kanan bendera umno, malah di katakan, tiang untuk meletakan bendera pas tu sedikit lebih tinggi dari tiang bendera parti komponen lain seperti mca dan mic. perbuatan meletakan tiang bendera pas sedikit lebih tinggi dari bendera parti komponen lain menimbulkan rasa tak puas hati di kalangan pemimpin mca dan mic, tapi tun razak mempertahan perbuatan itu dengan mengatakan "pas berasal dari perut umno, maka selayaknya lah bendera pas di tinggikan sedikit dari bendera parti-parti komponen lain" bergitu sayang dan bangganya allahyarham tun abdul razak kepada pas apa bila dua parti melayu yang bersengketa selama ini bersatu di bawah barisan nasional ketika itu.

Bersambung....

Comments

Anonymous said…
bagus maklumat ni utk org2 muda menghayatinya. byk org muda skrg dah jauh disesatkan yahudi dan illuminiti. pas dan pkr hanya menjadi perkakas illuminiti.
Anonymous said…
Para pembaca budiman..

Mari kita menilai sifat-sifat islam yang ada pada ahli-ahli PAS dengan Syiah!

Sama.. kerana mereka ini suka berpecah belah dan berpuak2. syiah sahaja mempunyai pelbagai cabang dan kepercayan syirik!ayuh semua tolak dakyah syiah PAS ini yang banyak memberi sial kepada Negara dan bangsa kita.
Anonymous said…
cakap puntk guna.haramkan saja.beranikah mereka mengharamkannya.dah terlambat.

dulu jerit saja perkauman masuk isa.
kini cakaplah apa saja isa hanya nama saja

dulu org pemimpin umno berani..sekarang??? dayus
Anonymous said…
hanya umno pejuang isle sejati...hingga mesia terkenal negare isle yg 1 mempunyai kilang pengeluar arak terbesar @& pusat perjudian terbesar di asia tenggara..alku bangga jadi rakyat meleysia
Anonymous said…
Seharus nya hamPAS di bubarkan saja. Parti yang sesat lagi menyesatkan orang2 melayu/islam di Malaysia ini. Siapa yang memberi izin untok mereka mengkafirkan orang lain??? Adakah mereka lebeh islam??? Adakah pemimpin2 mereka mempunyai ilmu agama yang tinggi lagi halus dan lebeh mulia ????
Jika di beri peluang untok memerentah, adakah mereka lebeh baik dan tidak melakukan korapsi ????

It remindS me of one statement....

IT IS BETTER TO DEAL WITH THE DEVIL THAT I KNOW RATHER THAN DEALING WITH THE ANGEL THAT I DO NOT KNOW.
Anonymous said…
Kilang arak kat shah alam ni cam ne lak,aku tgk masih megah berdiri.Pas takut roney liu marah ke..
Anonymous said…
Bagus cerita tu, tapi saya musyhkil la, kenapa Tunku Abd rahman tak join umno baru madey.Begitu juga Tun Hussein.Tolong pi cari sat maklumat penting ni. Tak ada pun tak mengapa sebab ramai yang dah tahu umno dah tak relevan sejak madey lagi....hari hari pekena orang melayu.

Datuk T aik!
Anonymous said…
LEMBU LEMBU BERJANGGUT DALAM PAS BESERTA ANAK NAK BUAH MEREKA TIDAK AKAN MENERIMA SEBARANG FAKTA MESKI PUN SEMUA ITU BENAR DAN MEMPUNYAI BUKTI YANG SAHIH DAN KUAT....HATI HATI MEREKA DILEMBUKAN OLEH ALLAH S.W.T.....OLEH SEBAB ITU PERANGAI DAN PERLAKUAN MEREKA SEUMPAMA LEMBU..DENGAN PENGANUT LEMBU PAS TAK BOLEH DIGUNA BAHASA STANDARAD DAN BERADAB KERANA MEREKA INI JENIS LEMBU YANG TAK TAHU ADAB...BUKAN SAJA TAK TAHU ADAB MALAH BODOH SOMBONG PULA.....PERCAYALAH LEMBU LEMBU INI TIDAK AKAN MENERIMA KEBENARAN HATTA DITURUNKAN NABI BAGI MEMBETULKAN OTAK DAN PEGANGAN LEMBU-LEMBU DALAM PAS.....
Anonymous said…
pr bru perintah slgor 3 tahun disuruhnya tutup kilang arak.... tapi kilang tu dah lebih tiga tahun ada kat situ.... sapa yg bagi buat ya...
bagus la klu umno nak perjuangkan islam... kalu stakat nak guna wat baca doa kat majlis jer ....
Anonymous said…
salam,saudara penulis.boleh saya tahu mana bukti semua fakta ini?saya nak buat rujukan lebih lanjut...tq.
Anonymous said…
Apa kena pulak dengan kilang arak di Shah Alam, dulu masa BN memerintah tak pulak sibuk korang nak komen. Kamu tau tak, walau PR memerintah bersama PAS negeri Selangor sekarang, PAS tak boleh nak hapuskan kilang arak di Shah Alam sebab bidang kuasa kerajaan negeri hanya setakat lesen premis sahaja. Kerajaan Pusat lah yang bagi lesen mengeluarkan arak. Cakap biar betul. Mentang-mentanglah kamu penyokong tegar UMNO ini pula ulasan kamu. Ambil fakta dan jangan bereemosi.
Anonymous said…
Macamana dengan lembu NFC tu cerdik ke sehingga hilang duit rakyat ratusan juta ringgit. Cerdik masuk poket di adala.
Anonymous said…
Kamu hina janggut ye....itu sunnah Rasulullah. Kamu dah hina sunnah Rasulullah. Kesian kau ekk.
Anonymous said…
Kamu menghuku orang tanpa ilmu tu juga perangai mcm Syiah juga...oiii sedapnya mengatakan pada PAS.
Anonymous said…
UMNO-Judi...hidup dengan judi. Loteri Kebajikan Masyarakat tajaan UMNO untuk meggerakkan parti mereka. UMNO dan judi tak dapat dipisahkan.
Anonymous said…
Sejarah yang sebenar ialah;

Hj Ahmad Fuad dan ulamak dalam PAS terpaksa menubuhkan PAS apabila tunku abdul rahman dan umno bekeras untuk mempertahankan judi.

Ini fakta yg sebenar.

Mohon kpd siapa yg menulis artikel bahawa Hj Ahmad Fuad kecewa krn kalah pemilihan tolong bertaubat dengan segera.

Anda telah membuat fitnah yg besar.

PAS adalah kesinambungan drp Parti hizbul Muslimin yg diharamkan oleh British pd tahun 1948.

Apabila PAS ditubuhkan pd 1951 British telah memberi laluan kerana Projek Sistem Ahli yg dibuat oleh British sebelum pilihanraya majlis perundangan persekutuan diyakini akan berhasil.

Sila baca buku sejarah. Projek sistem ahli adalah projek menaikkan pemimpin pemimpin yg dapat meneruskan legasi British.

British dah yakin bahawa org Melayu sudah percaya dengan projek sistem ahli dan tak akan menyokong PAS walaupin sebenarnya PAS membawa tuntutan Islam.

Inilah sejarah yg sebenar.

Tolong refer kpd ahli sejarah.

Jangan fitnah Ulama.

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.