Ceramah Menghasut Rakyat Di Shah Alam, Semalam.
Aku pi ceramah berSHIT di stadium melawati shah alam malam semalam, seperti biasa la program pas, apa-apa pun depa mula dengan solat hajat, solat hajat untuk kesejahteraan pendemo-pendemo berSHIT dan mereka berdoa semoga ALLAH menurunkan bala kepada mereka-meraka yang nak menggagalkan rusuhan tu. macam biasa mat sabu mana pernah sembahyang hajat, so solat hajat semalam tampa mat sabu, kehadiran aku anggarkan dalam 2 ribu orang, malu beb, timbalan presiden pas datang dapat collect 2 ribu orang je...
Mamat ni ketua pemuda pas selangor, dalam ucapan pembukaannya yang cukup berdegar-degar, dia mencabar pemuda umno untuk berentap dengan pemuda pas masa perhimpunan 9 julai tu, nak tergelak jugak aku dengar, aku tengok saiz badan dia, aku rasa dia ni nak belari pun tak larat, lagi nak ajak orang berentap.
Aku tak tau sapa mamat ni, tapi yang aku nampak dia pakai baju berlogo bar council, mungkin barua ambiga pandikutti kut, kalau ikut kan apa yang mamat ni cakap semalam, dia boleh kena akta hasutan, pasal apa yang dia cakap semalam tu betul-betul menghasut rakyat supaya bertempur dengan polis, dia kata kat audiance, sebelum polis tangkap kita pada hari tu, polis perlulah menunjuk waran tangkap, kepala otak dia, dalam keadaan tak terkawal mana polis ada waran tangkap, tangkap dulu la bro, kat balai baru cerita. aku harap 9 hari bulan ni, polis tangkap dia dulu. pasal banyak bunyi sangat mamat ni.
Ini lagi satu bodoh punya ketua muslimat pas, dia kata, kerajaan australia tak kisah pun pelajar dan rakyat malaysia nak buat demo bersih kat sana, katanya walau pun australia tu negara kafir tapi depa tak halang demo, jawapan aku pada orang bodoh ni senang je, berapa ramai orang malaysia nak berdemo kat australia tu, 10 ribu 50 ribu 100 ribu, dah tentu 100 pun tak sampai ada ka sampai jem jalan dan menyusahkan orang, lagi satu apa australia nak kisah, demo bersih tu bukan nak rampas kerajaan australia, tu pasal kerajaan australia lepas kan, kat malaysia lain, bersih nak rampas kuasa dan nak buat rusuhan, tu pasal polis kena halang... bingai punya ketua muslimat pas selangor ni.
Charls santiago mp dap klang ni kata, polis bertindak zalim kerana tak mau hantar mp sungai siput ke hospital, walau pun mp tu kata dia sakit jantung, porahh... masa demo tak pikir sakit jantung, masa dok dalam lokap, dan-dan tu la sakit jantung, lagi satu dia kata, polis dera ahli parti sosialis dalam lokap, kerana tak bagi minum air, deyy.. lu pernah masuk lokap ke tidak santiago? biasa la dalam lokap mana ada air, nanti makan punya time, polis bagi la lu makan dan minum, apa lu ingat itu bilik lokap, bilik hotel ka...? ni santiago pun patut masuk lokap jugak la, biar dia rasa.
Wakil dari suaram, aku tak ingat nama dia, tapi ucapan dia pun menghasut jugalah, dia ni dah buat permohonan pada petubuhan bangsa-bangsa bersatu supaya negara kita di lucutkan keahlian dari human right committe pbb.
Khalid gereja dok berkempen suruh audiance yang datang semalam tanda tangan petisyen membantah kelewatan pembinaan hospital besar shah alam, ni betul-betul malaun todi, dulu masa dia belum jadi mp shah alam, dia ni jugak lah yang memekak kata pembinaan hospital di shah alam membazir, dia kata buat apa shah alam buat hospital, bandar klang dah ada hospital, shah alam je dah ada banyak medical centre, nah sekarang dia pulak yang memekak nak hospital kat shah alam.
Mat sabu nampak macam frust bila tengok kehadiran penyokongnya, dia tahu, yang datang tu pun bukan semuanya penduduk shah alam, banyak orang luar, tapi dia sempat juga buat fitnah, dia kata polis dah tabur paku di bawah tayar kereta orang yang datang dengar ceramah, katanya dah dekat seguni budak-budak unit amal kutip paku tu, nampak sangat pembohong, padahal bebudak unit amal tu pergi ke tempat parking pun tak berani, depa takut polis tangkap depa... video ceramah mat sabu tu nanti aku uploadkan.
Apa pun ceramah semalam memang ceramah menghasut, mereka menghasut rakyat bencikan kerajaan, bencikan polis dan bencikan sistem yang ada di malaysia ni, aku harap lepas ni polis jangan luluskan permit lagi la pada ceramah pembangkang ni, apa yang depa ceramahkan tu, langsung tak ada faedah, banyak menghasut dan memfitnah.
Comments
Mat Sapu tu apahal? kalo silau sangat lain kali pakai la spek hitam.
eh bkn stadium tu penuh sampai bumbung ke hari tu? :D
Tahniah.