Cubaan Serang Najib. Pegawai Khas Zuraida Ke Lokap...
Sepuluh orang termasuk pembantu ahli parlimen Ampang dan pemimpin pemuda PKR ditangkap di KL Sentral petang ini, Mohd Fareez Kamal Intidzam, pembantu kepada Zuraida Kamaruddin, ditahan oleh sekumpulan anggota polis sejurus sebelum ketibaan Najib dan rombongannya.
Semua mereka yang ditahan kemudiannya dibawa ke balai polis Travers.
Selain Fareez, timbalan ketua penerangan pemuda PKR Rozan Azem Mat Rasip @ rango adalah antara mereka yang ditangkap.
Najib dan beberapa anggota jemaah menteri menaiki kereta api laju Express Rail Link, dari Putrajaya menuju ke stesen KL Sentral bagi mengedarkan bendera Jalur Gemilang menjelang sambutan hari kebangsaan pada 31 Ogos ini.
Beliau dan rombongan yang sebelum itu dibawa dengan bas dari Pejabat Perdana Menteri ke Stesen Putrajaya Sentral pada 2.10 petang disambut 1,000 orang yang menunggu sejak 11 pagi.
Najib bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Menteri lain meluangkan masa beramah mesra dan bersalaman dengan orang ramai di stesen itu.
Sementara itu, dalam satu kenyataan di Facebook, Polis Kuala Lumpur, ASP Suffian Sulaiman berkata tangkapan itu dibuat ke atas sekumpulan orang awam yang memakai baju kuning dan membuat kacau.
Tangkapan adalah bersabit laporan polis yang dibuat oleh ketua polis daerah Brickfields tentang maklumat mengatakan ada kumpulan pemuda akan membuat kacau dan cubaan untuk menggangu penumpang dan pengguna kl sentral.
Comments
ni tidak, melulu mcm nak tikam pm jer. tentulah polis kena halang!kena tahan awak kerana cara awak mncurigakan. rakyat malaysia pn boleh nilaikanlah..
waujanak.blogspot.com