Waran Tangkap Untuk Anwar Pandikutti...
Polis akan mendapatkan waran tangkap ke atas 13 individu, termasuk Anwar Ibrahim atas alasan gagal hadir membantu siasatan selepas terbabit dalam perhimpunan 9 Julai lalu.
Sebelum ini, polis menyenaraikan 14 individu bagi melengkapkan kertas siasatan, bagaimanapun anggota parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Ghazali meninggal dunia Ahad lalu.
Selain Anwar, mereka yang lain adalah Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa, Timbalan Pengerusi DAP Perak V Sivakumar, aktivis Wong Chin Huat, pengendali blog Haris Ibrahim, peguam Latifah Koya dan aktivis Badrul Hisham Shaharin.
Sementara anggota parlimen Pakatan Rakyat pula yang termasuk dalam senarai itu R Sivarasa (Subang), Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai) dan Dr Hatta Ramli (Kuala Krai).
Semalam, polis Kuala Lumpur menghantar kertas siasatan dan laporan berhubung kegagalan individu itu kepada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk tindakan susulan, termasuk cadangan mengeluarkan waran tangkap.
Comments
Cegahlah sebelum parah!
Melayu mudah lupa ?????????
pak shaikh aljuburi aljuburi aljuburi
aljuburi aljuburi aljuburi aljuburi
Tangkap kasi masuk bamboo river
bamboo river bamboo river bamboo
river bamboo river bamboo river
bamboo river bamboo river bamboo
yg wat salah budak blog nih..xtau ap kebende ntah die mkan smpai mamai ingt anwar dh xd
ksian..kuikuikui
kakigomo.blogspot.com
ustaz mat,,shahalam