Kerana Tuduhan Fitnah, UMNO Selangor Saman Mustafa Ali..
Tak main gempak-gempak, sebaliknya UMNO Selangor akan memulakan proses undang-undang untuk mengemukakan saman fitnah RM10 juta terhadap setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali yang menuduh ada bukti UMNO adalah dalang disebalik pemeriksaan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).
Tindakan yang akan diambil selepas Aidil Fitri itu selepas Mustapha enggan meminta maaf terhadap dakwaan yang dibuatnya dalam satu sidang media di Terengganu, baru-baru ini.
Sebelum itu, Setiausaha UMNO Selangor menuntut Mustapha meminta maaf dalam tempoh tiga hari atau menarik balik dakwaan dilemparkan itu.
Namun, Mustapha yang berkeras mempertahankan kenyataannya berkata, bersedia untuk di saman.
Selepas tamat tempoh itu kelmarin, UMNO Selangor memfailkan saman RM10 juta terhadap Mustafa berhubung itu itu.
Selain Mustafa, pihaknya juga akan mempertimbangkan pihak-pihak lain dalam saman yang akan difailkan selepas Aidilfitri.
Mustapha ketika dihubungi tidak kisah sekiranya dia dengan berdepan saman UMNO Selangor itu.
Kata mustafa “Biarlah nak saman. sekarang ni musim orang saman menyaman,” katanya yang kini berada di luar negara.
Mustapha masih terus mempertahankan dakwaannya dan akan berikan bukti-bukti apabila kes itu di bawa ke mahkamah kelak. malah dia menambah yang dia kononnya mendapat maklumat 'dalaman' JAIS bahawa UMNO memainkan peranan dalam operasi JAIS di Gereja Methodist, Damansara Utama, Petaling Jaya pada 3 Ogos lepas.
Pada aku mustafa ali lupa, sebelum jais buat permeriksaan tu, dah tentu jais akan inform kepada exco kerajaan negeri yang jaga hal-ehwal agama islam, iaitu hasan ali, bekas persuruhjaya pas selangor, takan mustafa dah cop hasan ali sebagai orang umno kut.
Comments
kenyataan hassan ali pun dia tak percaya, gila kuasa punya pasal rakan sendiri pun xdilayan..kita tunggu apa bukti yg dia nak sebut nanti...