Naikan Sewa: Adakah Ini Usaha PKNS Nak Halau Peniaga Melayu..???
Korang baca kenyataan PKNS dia kata tiga bangunan tu nampak usang, itu sebap mereka nak naikan sewa:
”Premis perniagaan PKNS sekarang, nampak usang, peniaga juga selalu merungut bahawa mereka tidak untung dan PKNS juga tidak mendapat sewa yang sepatutnya, oleh yang demikian semua pihak rugi.
Premis perniagaan pkns nampak usang? premis perniagaan yang mana nampak usang? SACC Mall? kompleks PKNS atau Menara PKNS, sila terangkan, jangan main tembak je, bagi alasan nampak usang pasal nak naikan sewa kedai, sacc mall antara bangunan baru di shah alam, takan baru 4-5 tahun dah nampak usang kot? kompleks pkns pun nampak usang juga ke? kalau usang orang tak akan bershopping di situ, takut bangunan runtuh, menara pkns, ianya 100% di maintain oleh pkns, kalau nampak usang itu salah pkns bukan salah penyewa, mana perginya duit pelaburan pkns selama ni? dah habis di joli ke?
Kompleks pkns adalah satu-satunya tempat peniaga melayu mula bertapak, di dalam tu banyak produk-produk iks milik orang melayu di jual, kalau pkns naikan harga sewa tapak perniagaan kat situ rasa-rasa orang melayu mampu ke nak terus berniaga di situ? atau pun ini satu usaha halus pkns untuk menghalau orang melayu keluar dari bangunan itu dan menjemput peniaga bukan melayu memenuhi kompleks pkns.
Sama-samalah kita fikirkan....
Comments
Aku selalu pergi SACC MALL dan KOMP. PKNS tu mana ada yang usang... ok apa.. mungkin juga mereka nak letak bangsa lain utk berniaga dan halau orang Melayu...