Guan Eng Kata Melayu Kaki Makan Rasuah...



Kenyataan Media GAPS

Dap menghina kakitangan awam

Tahun lepas seorang pemimpin kanan Dap berkata, Dap akan merombak semula kakitangan awam kerana ramai sangat orang melayu. Kelmarin seorang pemimpin Dap pula berkata, kakitangan awam banyak makan rasuah puncanya juga sebab ramai sangat orang melayu.

Dap telah menghina kakitangan awam dan orang melayu. Dap sedang berusaha untuk menyamakan bangsa Melayu dengan rasuah.

GAPS berpendapat Dap memang semakin meroyan gilakan Putrajaya dan sebenarnya anti melayu! Di Indonesia, Thailand, Philipine, Vietnam, Laos, India - rasuah lebih hebat berbanding negara kita, tiada pun orang Melayu yang berkerja sebagai kakitangan awam di sana. Rasuah tiada kaitan dengan mana-mana bangsa atau agama ! Rasuah adalah penyakit umat akhir zaman.

Rasullullah pernah mengingatkan “Setiap umat punya cabaran, dan dugaan bagi umatku ialah harta". Harta adalah penyebab rasuah. Rasullullah sudah pesan awal-awal. Penyakit umat akhir zaman. DAP sekadar ingin menebalkan semangat kiasu dan chauvinist dalam perjuangan mereka ke puncak kuasa.

Pas sebagai rakan kongsi Dap dalam pakatan wajar mentarbiyyah pemimpin-pemimpin Dap berdasar kan hadis Rasullullah ini.

GAPS bersetuju rasuah adalah satu penyakit dan ia harus diperangi. Rasuah wajar digelar sebagai najis seperti mana kerajaan pernah menganggap dadah sebagai najis.

Rasuah timbul bila ada pemberi dan penerima. Yang memberi biasa nya adalah golongan saudagar, peniaga atau mereka yang berada. Dap wajar menjalankan kempen agar golongan saudagar, peniaga dan berada tidak memberikan rasuah. Mereka adalah punca rasuah.

GAPS berpandangan majoriti besar kakitangan awam telah menjalankan tanggungjawab dan amanah mereka dengan sempurna. Menuduh kakitangan awam sebagai banyak makan rasuah adalah perbuatan khianat yang tidak boleh dimaafkan kerana ia menjatuhkan maruah kakitangan awam, keluarga mereka dan bangsa mereka.

Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

Shah Alam
19 Dec 2012

Comments

Anonymous said…
tukang menghulur "rasuah" pun mata sepet jugakan, patut yg menghulur tu la patut dihapuskan dulu.
Anonymous said…
BETUL.

PEMBERI RASUAH DAN PENERIMA RASUAH KEDUANYA SAMA.

KENAPA HANYA PIHAK YANG TERIMA RASUAH SAHAJA YANG SELALU DI HIGHLIGHT.

Anonymous said…
kembali ke zaman "in time"

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.