Manifesto Pakatan Yang Bisa Menumbangkan BN..
Sekiranya kami menang PU13, kami berjanji :
Harga minyak
Harga minyak akan turun. Mulai Julai 2013, harga minyak kelapa, minyak lintah, minyak bijan dan minyak gamat akan kami turunkan 50peratus. Minyak ikan minyak rambut, minyak senyonyong, minyak urut dan minyak wangi akan kami turunkan 25%. Minyak pelincir jenama Vaseline serta minyak cap kapak akan kami bagi percuma kepada rakyat.
Harga kereta
Harga kereta akan turun. Mulai Disember 2013, keretapi, kereta lembu dan kereta remote control akan kami turunkan 50%. Harga kereta mayat tak turun.
System AES
Automated Enforcement System (AES) sedia ada akan dimansuhkan dan diganti dengan system AES (Animal Enforcement System) yang baru. Monyet dan kucing akan digunakan untuk menangkap pemandu yang laju atau yang tidak mematuhi arahan lalulintas.
Pendidikan percuma
Pendidikan percuma akan diberikan kepada rakyat untuk mempelajari bidang-bidang berikut (1) permainan computer (2) tatacara menggunakan Facebook and Twitter (3) mengumpat (4) menggoreng cekodok pisang dan (5) main layang-layang. Pendidikan asas (menulis, membaca dan mengira) percuma akan juga diberi kepada semua Ahli Parlimen dn Ahli Dewan Undangan Negeri.
Skim makanan percuma
Setiap rakyat Malaysia akan menikmati roti canai dan teh tarik percuma lima kali seminggu. dan telur setengah masak dua kali seminggu. 1000 kedai mamak 1Malaysia akan ditubuhkan untuk memberikan perkhidmatan roti canai, teh tarik dan telur setengah masak percuma.
Skim Perubatan
Skim Amalan Kesihatan Insan Tersayang (Skim 1SAKIT) akan diperkenalkan di seluruh negara. Masalah kekurangan doktor pakar serta peralatan moden akan kami atasi dengan menggunakan bomoh dan pawang. Ubat-ubat yang boleh menyembuhkan segala penyakit seperti minyak cap kapak dan air zam zam akan diberikan secara percuma di semua hospital kerajaan.
Kesejahteraan Lelaki
Masalah rambut gugur serta mati pucuk di kalangan semua lelaki di Malaysia akan kami selesaikan.
MBMMBI
Kami akan memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan bahasa Inggeris. Selain daripada ini, untuk membalas budi pekerja-pekerja asing di negara ini, kami juga akan memperkasakan penggunanan bahasa Bangladesh, bahasa Nepal, bahasa Tagalog and bahasa Jawa.
Sistem pengangkutan
Projek projek pengangkutan yang mampu meningkatkan ekonomi negara akan kami bangunkan. Jambatan mega daripada Kuantan ke Kota Kinabalu dan daripada Kota Kinabalu ke Filipina akan kami bina. Projek keretapi pantas dari Kota Bahru ke Pasir Mas akan dilaksanakan sebelum 2015. Projek roket laju dari Bumi ke Bulan akan kami laksanakan sebelum 2020. Kereta lembu akan diperkenalkan semula di kawasan bandar.
Peluang pekerjaan
5 juta peluang pekerjaan akan diwujudkan. Selapas peluang pekerjaan ini diwujudkan, kami akan menjelajah seluruh Negara untuk mencari rakyat Malaysia yang sanggup bekerja.
ASP dan SPSBP
Akta Universiti dan Kolej akan dimansuhkan dan digantikan oleh ASP (Akta Sekolah Pondok). Sehubungan dengan ini, semua universiti serta pusat pengajian tinggi akan juga dimansuhkan dan digantikan dengan rangkaian sekolah pondok dan sekolah bawah pokok. (SPSBP). Dengan adanya skim ASP dan SPSBP, skim PTPTN akan termansuh dengan sendiri. Kebebasan akademik tetap terjamin.
Masalah haiwan
Kami perihatin terhadap haiwan haiwan yang bermasalah. Haiwan-haiwan yang bermasalah seperti kucing, anjing, babi dan ikan jerung akan diberikan kaunselling yang sewajarnya, sesi kaunseling akan di lakukan jam 3 pagi ke atas.
Perjalanan ke syurga
Sekurang-kurang 50% rakyat Malaysia akan ke syurga secara langsung dan tanpa permit. Yang selebihnya boleh menggunakan kad Touch and Go, smart tag beli sendiri.
Membenteras jenayah
Segala bentuk hantu, toyol, orang bunian dan mahkluk halus, yang merupakan punca utama jenayah, akan diusir keluar dari Malaysia. Pasukan polis akan diperkukuhkan dengan peralatan jampi.
Cukai pendapatan
Cukai pendapatan, cukai jalan, cukai tanah, cukai pintu, duti import, duti ekspot dan cukai perkhidmatan akan dimansuhkan. Rakyat akan diberi insentif untuk meminta sedekah sepanjang jalan.
Sumber: PMM
Comments