Najib Kalau Nak Selamat, Sila Pecat Penasihat-Penasihat Bangang Ini...
Kanan; Datuk Seri Dr Alies Anor Abdul, bekas Setiausaha Politik Datuk Sri Najib yang menjadi Kapitan War Room PRU 13.
Benarkah kedua dua "orang kepercayaan Najib" diatas ini menjadi punca BN gagal pada PRU 13 untuk mendapat majoriti 2/3 Parlimen...?
Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya 5 Mei kerana kesilapan strategi digunakan oleh penasihat Datuk Seri Najib Razak dan pergaduhan dalaman parti, kata bekas menteri Umno Tun Daim Zainuddin.
Menjelang pilihan raya, pemerhati mendapati Najib telah menggunakan populariti peribadinya untuk membantu BN mendapatkan semula majoriti dua pertiga di Parlimen — mereka hilang pada 2008, yang mana Daim mengatakan sebagai pendekatan salah.
"Betul, anda perlu tanya BN. Tetapi pada pandangan saya, ia adalah strategi salah. Seperti yang saya katakan sebelum ini, ini adalah pilihan raya Parlimen dan bukannya pilihan raya presiden.
"Penasihat PM kena dipecat. Jika anda menyamakan undi untuk BN sama dengan undi untuk dia, kelemahan keputusan BN berkait dengan dia juga," kata Daim dipetik dari transkrip temuramah dengan China Press, yang disiarkan dalam blog wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.
"Saya sentiasa mengingatkan kepada mereka, angka besar menghadiri ceramah BN tidak diterjemahkan kepada undi. Jangan cuba melawan angka dia (Anwar) dengan angka lebih besar hadirin yang kamu dapat.
Biar Anwar jadi penghibur (meminjam istilah Financial Times). Kita bukan penghibur, kita tak tahu macam mana nak menyanyi, menari dan buat lawak. Memilih kerajaan adalah urusan serius, jadi tinggalkan strategi pelawak ini dan jangan main permainannya."
Daim juga menyalahkan kegagalan BN untuk menang majoriti dua pertiga mengenai salah peruntukan sumber dalam usaha untuk menguasai kerusi bandar serta kerusi majoriti Cina.
"Jika saya tahu, sudah tentu BN tahu yang kawasan majoriti Cina sudah kalah. Kenapa buang masa dan wang? Sebagai strategi, anda seharusnya tumpukan di kawasan yang BN kalah dengan tipis pada 2008. Terdapat juga persoalan pemilihan calon, contohnya Pandan, mengapa ambil mudah?"
"Mari terima hakikat tiada tempat dalam dunia ini mudah untuk dapatkan majoriti dua pertiga. Pengundi bandar di seluruh dunia adalah anti kerajaan. Kekuatan BN terletak di kawasan luar bandar. Tapi tetap banyak masa dan wang dibazirkan di kawasan bandar dimana keputusannya hampir pasti," kata beliau kemudian.
Daim diminta untuk memberi komen tentang Pulau Pinang, dimana NGO politik Kelab Kebajikan 1Malaysia Pulau Pinang yang berbelanja banyak menyediakan makan malam percuma dan konsert dengan bintang besar beberapa minggu menjelang hari mengundi.
"Orang-orang ini adalah amatur. Mereka adalah orang gila. Mereka fikir mereka pandai dan buang duit merata. Lebih baik beri kepada kebajikan.
"Kenapa BN benarkan acara bodoh seperti ini...?
Rakyat rasa diperbodohkan kerana mereka tahu anda fikir mereka boleh dibeli dengan wang, konsert dan makan malam. Jadi mereka datang untuk bersantai, makan free dan dihiburkan. Ini adalah pilihan raya. Ini perkara serius.... Biarkan Anwar jadi penghibur.
Di Pulau Pinang, BN hanya menang 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas Pakatan Rakyat (PR) menang besar apabila mendapat 30 kerusi DUN.
Dalam respon kepada soalan lain, beliau mengatakan BN seharusnya memberikan tumpuan untuk memperjuangkan isu yang dekat dengan hati rakyat seperti rasuah, pentadbiran baik, keselamatan, pendidikan, inflasi, miskin kota dan graduan muda.
"Kerajaan sebaliknya memfokuskan tentang memberi bantuan. Anda beri makan malam sekali, rakyat akan berterima kasih. Beri mereka lima kali mereka fikir anda mahu membeli undi," katanya.
Dipetik dari portal Malaysian Insider....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Comments
Nasib baik Pakatan Rakyat tak menang, jika tidak nasib kamu akan ????? ..... sila lah baca seterusnya untuk mengetahui. BEGINI CERITANYA ....
Aku nak tulis ni untuk direnung elok2 oleh hangpa orang melayu yang duk makan gaji dengan Perkhidmatan Awam.
1. Syukur kerana Umno masih bertahan untuk membentuk kerajaan. Itu pun kerana undi melayu, kalau melayu tak undi Umno, Najib dah sah jadi Ketua Pembangkang dah.
2. Hangpa ingat tak Tony Phua cina DAP tu pernah merancang untuk mengecilkan saiz Perkhidmatan Awam jika Pakatan berjaya bentuk kerajaan. Kenapa yang dia kisah sangat dengan Perkhidmatan Awam ? Sedar tak hangpa anggota Perkhdimatan Awam 85% adalah terdiri daripada orang melayu. Tony Phua tak lah kata dia tak suka orang melayu monopoli Perkidmatan Awam sebab dia nak jaga hati orang melayu Pas dan PKR yang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam.
3. Kita tahu ramai kakitangan awam yang undi Pakatan pada PRU13 baru2 ini. Malah slogan " Ini Kali Lah " turut meniti dibibir kakitangan awam yang berpangkat dan tak berpangkat. Mereka, kakitangan awam mahukan perubahan, Umno (BN) dah tak relevan lagi kata mereka. Yang tak berpangkat saya boleh terima mereka sokong Pakatan kerana inginkan perubahan, maklumlah mereka ini kebanyakannya lulus setakat SPM dan PMR sahaja, kemampuan otak atau IQ mereka sangat diragui. Tapi apa hal dengan yang kakitangan awam bangsa melayu yang lulus Diploma dan keatas, yang PHD pun ramai, yang JUSA A, JUSA B atau JUSA C pun tak kurang, ramai2 mereka undi Pakatan kerana mahukan perubahan, kerana merasakan Umno dah tak relevan lagi.
4. Cuba bayangkan. Takdirnya Pakatan menang dan Tony Phua membuka balik fail cadangannya untuk mengecilkan saiz Perkhidmatan Awam. Sudah tentu hampir separuh kakitangan awam bangsa melayu akan diberikan pilihan " bersara awal " atas kepentingan perkhidmatan dan penjimatan kos operasi kerajaan. Dan sudah tentu yang akan diminta bersara awal adalah mereka2 yang " ada tak menambah, tiada tak luak " atau yang adanya sekadar " menjadi tunggul dalam jabatan " atau yang " mencari peluang buat duit dalam jabatan ". Yang paling ramai undi Pakatan pada PRU13 adalah orang2 semacam ini, saya sangat2 pasti.
5. Cuba bayangkan. Pakatan menjadi kerajaan. Cadangan Tony Phua sangat positif. Saiz Perkhidmatan Awam perlu diperkecilkan untuk penjimatan kos operasi. Dan mereka2 kakitangan awam yang undi Pakatan untuk melihat perubahan, ya akhirnya perubahan itu datang dan menjadi kenyataan. Dan yang perlu berubah adalah anda, anda dalam " paksa rela " terpaksa meninggalkan Perkhidmatan Awam atas niat membantu kerajaan yang anda dokong iaitu Kerajaan Pakatan Rakyat.
6. Apa perasaan anda agaknya selepas itu. Dahulu anda pegawai besar dalam Perkhidmatan Awam, tapi kini anda terpaksa buka Stall Burger, Stall Goreng Pisang, Stall Air Tebu, Stall Air Kelapa, Stall Charkoitiau dan macam2 stall lagi demi untuk meneruskan kelansungan hidup (hutang banyak, bini banyak, anak masih ramai yang belum lepas rumah).
7. Anda bernasib baik sebenarnya, kerana kami orang2 melayu kampong yang tak belajar tinggi yang tak berpeluang jadi pegawai dalam Perkhimatan Awam, telah menyelamatkan anda semua melalui undi kami kepada Umno sehingga Umno berjaya terus memimpin kerajaan.
Saudara2 ku dan kawan2 rakan ku yang menjadi kakitangan Perkhidmatan Awam, bayangkan apa akan jadi kepada nasib kamu dan anak isteri kamu takdirnya Pakatan berjaya membentuk kerajaan DAN IDEA TONY PHUA DI IMPLIMENTASI KAN.
Berterima kasihlah kepada kami yang telah memenangkan Umno. Kami lah yang menyelamatkan anda, kami percaya anda sekarang tak rasa tergugat untuk terus mencari rezeki sebagai kakitangan Perkhidmatan Awam.
Renongkan lah.....
Hj Ariffin
simpan mereka yg bole diibaratkan seperti melepaskan anjing tersepit..kerajaan x nampak ke gunting dalam lipatan semua ni?
Anak kampung
Inilah Melayu Islam akhir zaman. Kalau MNC company baru tahu nasib badan.
King Jason poyo. King konon. King kat dalam UPSI boleh lah, graduan setara IQ Adam Adli mata stim.
Bahkan, di Malaysia sendiri, Allahyarham PM Tun Abdul Razak Hussein, adalah musuh utama Cina DAP dan penajanya, penjajah Barat-Zionis, kerana Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein begitu TEGAS menjatuhkan Cina DAP yang merusuh dengan ganas dalam Mei 1969. Dan juga kerana BAPA KEMERDEKAAN/PEMBANGUNAN tercinta kita ini melancarkan DEB dan menubuhkan syarikat petroleum negara, Petronas dengan amat BERANI. Maka kerana itulah, besar kemungkinan, Allahyarham bersama TPM, Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, diracuni CIA-MI5-Zionis (kedua Allahyarham meninggal dengan ganjil dan tiba-tiba di tahun 1973 dan 1976 di usia muda 50an) seperti Allahyarham Presiden Sukarno (juga di tahun 1970 di usia 69 tahun setelah dipenjarakan dan ditumbangkan oleh CIA-MI5-Zionis, melalui rejim boneka Suharto) – ini adalah “modus operandi” utama penjajah Barat-Zionis menumbangkan pejuang Kemerdekaan nationalis.
Maka, UMNO perlu tubuhkan pasukan tetap yang amt CERGAS dan BIJAK; di Internet sebagai “Bilik PENDEKAR”, yang MENYATUKAN idea-idea bernas, bukan hanya dari golongan muda yang ramai buta sejarah, tapi dari semua golongan, termasuk penasihat dari NGO Melayu/Islam yang setia seperti Perkasa, GPMS dan PPIM dan banyak lagi, para akademik yang setia, pahlawan Siber setia seperti Sungai Rapat Online, MIK, Darul Ehsan, dan banyak lagi, serta Utusan Melayu, untuk terus membidas di Internet dengan tangkas, bijak dan tegas tentang fakta sejarah, termasuk tidak tunduk kepada angkara durjana pengkhianatan Cina DAP/PKR terhadap hak dan warisan berzaman nenek moyang kita, dari sebelum dijajah British lagi! Dan saya cadangkan parti Bumiputera lain dari BN, MCA dan MIC juga buat serupa, terutamanya dalam bahasa Ibunda. Juga perlu dalam bahasa Inggeris. Tengoklah Cina DAP durjana yang banyak menyemarakkan api perkauman dalam blog Cina dan Inggeris.
Makcik Tempurung.
TIDAK ADIL SALAH PENASIHAT NAJIB SEMATA MATA. AKU DENGAR ADA RAMAI PENGERUSI PERHUBUNGAN YANG MENUKAR CALON CADANGAN PEJABAT PRESIDEN DENGAN CALON PILIHAN MEREKA. ITU YANG KANTOI RAMAI TUH !!