Pelampau CINA Dong Jiao Zong Ingkar Arahan Kerajaan...
Dong Zong dan Jiao Zong (Dong Jiao Zong), dalam sidang akhbarnya di ibu negara, menolak keputusan Kementerian Pendidikan untuk menambah masa pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu (BM) dan Bahasa Inggeris (BI) di SJKC.
Peraturan baru yang melibatkan pelajar Tahun Empat, Lima dan Enam itu, dikatakan tidak sesuai untuk dilaksanakan di SJKC. Persoalan saya, siapakah mereka? Adakah mereka ini kerajaan?
Isu ini telah dibawa berbincang sekian lama, kerajaan telah membuat keputusan, tetapi tidak pernah ada penyelesaian kerana terus menerus ditentang oleh kumpulan ultra kiasu ini. Apa jua usaha kerajaan untuk penambahbaikan dan memartabatkan BM di SJKC dilihat menggugat bahasa Cina (BC). Akhirnya, kita pun mengalah.
Maka tidak hairan, kumpulan pendidik Cina mahukan Kementerian Pendidikan mengkaji semula peraturan baru mengenai waktu P&P BM dan BI di SJKC, yang akan bermula tahun depan.
Saya boleh bersetuju jika SJKC berada di negara China. Malangnya, SJKC berada di Malaysia. Suka atau tidak, SJKC mesti menjunjung Perlembagaan negara. Selaku bapa kepada anak yang berada di SJKC, saya gembira dengan peraturan ini. Laksanakanlah.
Untuk makluman, di bawah peraturan baru ini, waktu pembelajaran BM akan meningkat daripada 80 minit seminggu kepada 270 minit seminggu, manakala bagi BI dari 120 minit kepada 150 minit dan Bahasa Mandarin dikekalkan pada 300 minit. Justeru, apa masalahnya?
Melihat kepada kedudukan BM dalam Perlembagaan, ternyata arahan ini tidak memadai untuk mendaulatkan agenda negara. Sepatutnya ditambah lagi menjadi sekurang-kurangnya 500 minit seminggu. Ini kerana, kerajaan telah bermurah hati membenarkan SJKC beroperasi secina-cinanya. Takkan agenda nasional tidak boleh mengakar?
Kumpulan ini bertegas, P&P BM selama 210 minit dan BI 210 minit sudah mencukupi. Mereka mahu segera bermesyuarat dengan Kementerian Pendidikan bagi menyelesaikan perkara ini. Persoalan saya, jika kerajaan bersetuju, apakah mereka boleh memberi menjamin, selepas ini sebahagian besar produk SJKC akan dapat menulis dan berkomunikasi dengan baik dalam BM dan lulus cemerlang? Jika tidak sekolah ini akan diserapkan ke dalam pendidikan kebangsaan?
Kerajaan perlu tegas dalam hal ini. Perkara ini tidak perlu dimesyuaratkan lagi. Laksanakan terus, jika masih berdegil, tutup sahaja sekolah tersebut atau serapkan dalam sekolah kebangsaan. Lagipun boleh dikatakan tidak ada seorang daripada kalangan mereka yang mengundi BN, walaupun kerajaan memberikan segala bentuk bantuan kepada SJKC termasuk juga Sekolah Persendirian Cina (SPC) yang tidak ada kaitan langsung.
Apakah mereka sengaja tidak sedar kesan daripada SJKC telah mengurangkan P&P dalam BM. Akibatnya, ramai anak Cina tidak boleh menulis, bertutur dan berkomunikasi dalam BM kerana agenda negara dikesampingkan. Mana ada negara di dunia yang mempraktikkan amalan sebegini. Kita semakin melahirkan ramai ultra kiasu, seperti Alvivi dan kumpulan yang menterbalikkan Jalur Gemilang.
Comments
Bila keputusan upsr jangan iktiraf sijil pelajqr mereka.
Ini pengajaran agar mereka tu duk dengan kerajaan.
Kerajaan harus tegas jangan ikut kerenah mereka.
Syarat kemsukkan ke universiti juga harus menguatkuasakan mengcakupi masa matapelajaran BM.
NECESSITATE ...ABNORMAL MEASURES!!!
Ingat masa PRU 13 baru2 ni, Najib berjaya membunuh kerjaya politik Gani Othman (Bekas MB Johor) dan Mohd Ali Rustam (Bekas KM Melaka). Rasanya dalam PAU 2013 ini perwakilan Umno perlu mengambil tindakan untuk membunuh kerjaya politik Najib pula lah.
Mat Kedah
Bahkan kat Kedutaan M'sia kat Barat pun, dahlah ada Kedutaan yang pekerja ramai bukan orang Malaysia (bayangkanlah penyambut tetamu pun bukan dari Malaysia), mereka jangan haraplah nak guna Bahasa Kebangsaan/Melayu, walau dengan rakyat Malaysia sendiri! Ini juga termasuk pekerja Malaysia Bukan Melayu/bukan Bumiputera, yang ada tak fasih lansung bahasa Kebangsaan/Melayu! Jadi setiap KEDUTAAN kena letaklah semua pengumuman dan maklumat dalam Bahasa Melayu dan juga salam dari pekerja dalam bahasa Melayu (mereka harus ambil kursus bahasa Melayu), dan juga lambang ISLAM (termasuk bahasa Islam untuk orang Islam, dari pekerja Islam, contohnya ‘Assalamualaikum’), sebab Islam adalah AGAMA PERSEKUTUAN.
Sedangkan contohnya di Jerman, pekerja JPAnya termasuk polis dan hospital, sangat GARANG dan TEGAS dengan Bahasa Kebangsaannya, iaitu bahasa Jerman - melainkan untuk kecemasan atau undang-undang yang rumit, baru menggunakan bahasa kedua, Bahasa Inggeris - sebab bahasa antarabangsa. Dan setiap imigran di Jerman kena masuk kelas Integrasi Bahasa Jerman sekurangnya sampai 3 paras - sebab itu ramai imigran boleh bercakap dalam bahasa Jerman, walau tak fasih, lansung menghormati bahasanya. Tapi sebab si imigran Barat/asing diberi muka kat M'sia, mereka selalunya memandang rendah Bahasa Kebangsaan/Melayu kita dan hanya mahu berbahasa Inggeris, termasuk si bangsa Jerman (yang kalau kat negara dia sendiri, bukan main nationalis dengan bahasa kebangsaannya)!
MAKCIK Tempurung – Pertahan Islam dan umatnya, UMNO/PM/Raja-Raja Melayu/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.