Sudahkah Sabery Cik Siasat Apa Yang Berlaku Di RTM Mandrain News Section...???
Umum mengetahui RTM dalah stesen penyiaran milik kerajaan, tugas rtm ialah untuk memberi maklumat tentang dasar dan misi kerajaan, tak keterlaluan rtm juga bertindak untuk menyebarkan propaganda kerajaan ketika tiba pilihanraya umum, pilihanraya kecil dan pilihanraya negeri....
Setakat ini aku tak ada masaalah dengan cara propaganda yang di mainkan oleh rtm, siaran rtm boleh di terima di seluruh negara, terutama di kampung-kampung dan pendalaman, di sana mereka lebih berminat mendengar berita dari rtm berbanding berita tv3 dan astro awani, tapi merujuk pada maklumat yang di tulis di sebuah laman blog, mandarin news section gagal dalam meyakinkan pengundi cina dalam pru lepas, kenapa...???
Mandarin news section gagal mempromosi barisan nasional dengan baik sepanjang tempoh 15 hari berkempen, tidak banyak berita dan cerita mengenai calon bn, bahagian mandarin news section lebih banyak menyiarkan berita luar negara seperti kekecohan yang berlaku di mesir, syiria, jordan dan lain-lain negara eropah... kenapa...????
Pada aku kalau perkara ini menteri penerangan tak boleh control, aku cadangkan tutup sahaja mandarin news section di rtm...
Comments
Bukan setakat siaran Mandarin di RTM saja, di 8TV pun patut di mansuhkan, semuanya tidak patriotik, orang Cina kalau nak tengok siaran Mandarin sila minta kerakyatan negara China, di sini hanya siaran Bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan sahaja.