Tahun 2013 Kutip Zakat RM492 Juta, Tapi Masih Ada Orang Islam Tinggal Bawah Jambatan...
Jambatan konkrit di Lebuh Pasar Besar berhampiran Pasar Seni di sini, menjadi saksi kedaifan hidup sebuah keluarga gelandangan di tengah-tengah kemajuan ibu negara.
Kawasan itulah menjadi rumah buat Juliana Jamil, 38, bersama suaminya yang hanya mahu dikenali sebagai Bob Komando dan empat anak mereka berusia antara empat hingga 10 tahun berteduh sejak tahun lalu.
Lebih menyayat hati apabila melihat anak-anak pasangan ini, terpaksa mandi menggunakan air longkang yang entah dari mana sumbernya.
Dengan pendapatan keluarga ini hanya kira-kira RM7 sehari daripada hasil menjual barangan lusuh yang dikutip di tempat awam dan tong sampah, sudah tentu mengisi perut menjadi keutamaan
pasangan ini daripada memberi pendidikan kepada anak-anak.
Menurut Juliana, mereka yang berasal dari Johor terpaksa hidup merempat sejak Jun tahun lalu ekoran tidak mempunyai kemampuan untuk menyewa rumah. utusan online
Sebanyak RM492,011,373 zakat harta telah berjaya dikutip daripada pembayar-pembayar di Wilayah Persekutuan sepanjang tahun 2013.
Ia merangkumi jumlah kutipan zakat harta oleh PPZ-MAIWP sebanyak RM484.63 juta dan zakat fitrah yang dikutip oleh MAIWP sebanyak RM7.38 juta.
Kutipan zakat harta pada tahun 2013 meningkat sebanyak 20% berbanding kutipan zakat pada tahun 2012 sebanyak RM402.81 juta. Manakala bagi bilangan pembayar, ia meningkat sebanyak 12% daripada 114,412 pembayar pada tahun 2012 kepada 128,061 orang pada tahun 2013.
PPZ-MAIWP turut melancarkan Skuad Mesra Pembayar Zakat. Skuad ini akan bergerak mendekati pembayar-pembayar zakat yang berpotensi untuk mendidik dan mendorong mereka menunaikan kewajipan berzakat. maiwp.gov.my
Majlis agama Islam wilayah nampak hebat bila memberitahu kepada rakyat malaysia, mereka mampu mengutip sebanyak RM 492 Juta duit zakat, menteri jamil khir memberi tahu, pusat pungutan zakat mawip juga telah melancarkan skuad bergerak untuk mengutip zakat, kenapa tak lancarkan skuad bergerak untuk mencari orang patut menerima zakat...?
Soalnya untuk apa di lancarkan skuad bergerak untuk kutip zakat sedangkan tiap-tiap tahun pungutan zakat maiwp meningkat, adakah maiwp menggunakan duit zakat yang sepatutnya di berikan kepada asnaf untuk membeli kenderaan seperti gambar di bawah?
Aku cukup tak paham, kutip duit zakat sampai bermilion, tapi masih ada lagi umat Islam yang miskin merempat tidur di bawah jambatan, mana perginya kesemua duit zakat tu...???
Kenapa tak dibahagi-bahagikan duit yang dikutip tu kepada mereka yang memerlukan, buang segala jenis prosidur dan karenah birokrasi yang membebankan orang.
Sepatutnya wang zakat ini perlu sampai kepada asnaf yang lapan. Tetapi itu tidak berlaku. Jikalau ianya berlaku, bagaimana mungkin ramai yang tercicir dari bantuan sebagaimana yang dipaparkan di dalam akhbar utusan dan program Bersama mu...
Comments
Takut belanja duit zakat, takut habis ke ?
Kan setiap tahun akan berterusan umat Islam membayar zakat.
Jangan lupa bahawa ada jenis manusia yg suka memilih haluan sendiri, yg kadang kala keluar dari tabie normal walaupun diajak dan dididik untuk hidup seperti orang lain..
Puluhan ribu malah berjuta rakyat Malaysia hidup 'senang' namun beberapa ekor kuman di kalangan sekawan gajah juga dilihat orang !!!
Amat mustahil kalau dikatakan dia 'hanya' mampu dapat 7 ringgit sehari sedang berduyun duyun warga asing menyeludup masuk untuk memunggut kekayaan negara ...
Ada kalangan manusia memilih untuk hidup cara itu bukan terpaksa atau tanpa pilihan, mereka mahu melepaskan diri dari hidup bermasyarakat tetapi menjadi duri yang menjolok mata manusia.. apakah Bob Komando mahu menunjukkan keupayaan 'survival' skillnya yang tinggi dan lasak??
Janganlah kerana ada 'sampah hanyut' maka instisusi zakat pula disalahkan dan diibarakan tong sampah yang gagal berfungsi !!!
Duit zakat di peram dalam bank di buat pelaburan sedangkan masih banyak asnaf yang memerlukan.
Ada yg dgn bercakap sahaja, dibayar RM 3000 sejam, ada yg kerja tungkus lumus, dibasahi peluh seharian hanya mendpt RM20 sehari.
Tahap pemikiran manusia juga berbeza, peluang yg didpti juga berbeza, tak semua boleh memikir spt kita memikir.
Institusi zakat seharusnya bertanggung jawab mencari, memudahcara, seterusnya menyalurkan peruntukan dr Allah swt ini utk mrk yg memerlukan. Tidakkah mrk itu dibayar utk melakukannya, bukan sekedar memungut kemudian melaburkannya pula.
Pada zaman pemerintahan Khalifah 'Umar bin Abdul Aziz, dana zakat yang dipungut sukar disalurkan kepada yang berhak kerana kesukaran mencari asnaf yang layak menerimanya.
Kerana kecemerlangan dasar pengurusan ekonomi negara secara berhemah oleh Khalifah 'Umar menjadikan masyarakat rata-ratanya mempunyai keperluan yang mencukupi serta mempunyai taraf hidup agak tinggi.
mati hidup balik pun, takan dapat tahu mana perginya duit zakat yg dikutip beratus juta setiap tahun. dan kalu perasaan, tiap tahun ada soalan sebegini, kan?? korang boleh soal jer, umno tak perlu jawab.
sebenarnya, semua institusi dlm negara dah tak der kredibiliti, sebab umno hanya tau politik dan dah lupa yg ia sepatutnya berkhidmat tuk rakyat, tanpa mengira bangsa dan agama.
umno dah busuk, tak lama lagi hancur, mcm semua benda yg dah busuk.
BTW, jangan nak salahkan bob komando, sebab dari kecik dia dah dididik untuk bertongkat dan harapkan umno, kononnya bangsa dan agama terbela. skrg korang suruh dia tuk berusaha, mesti dia rasa kekok. Yang i kasihankan anak2 tu jer.
Yang manusia miskin ni pun satu hal. Pergilah mengadu hal ke Bandaraya, MAIWP, Pak Imam masjid. Tentu mereka akan tolong; sekurang2nya tunjuk mana arah pejabat berkenaan.
sapa boleh lawan???
U kawan i saman....
kahkahkah...
Untuk makluman, manusia ini mempunyai banyak ragam dan tidak semua orang mempunyai fikiran yang sama. Dari pengalaman saya sendiri bergiat dalam bidang kebajikan, ada sebahagian dari mereka sangat selesa menerima bantuan, sumbangan dan sedekah sementelah rakyat negara kita sangat pemurah. Ada yang ditawarkan rumah PPRT atau bantuan sewa tetapi ada yang menolak kerana mereka tidak mahu bekerja untuk menampung kos bil air, elektrik dan lain-lain komitmen.. Apabila bergelendangan mereka tidak perlu berkerja, tidak perlu memikirkan untuk membayar apa-apa dan seterusnya hanya mengharapkan simpati dari orang yang lalu lalang.. Adakalanya pendapatan mereka perolehi memcecah RM 50.00 sehari dan jika mengharapkan bantuan hanyalah dalam anggaran RM 300.00
sebulan..
Jadi dengan menunding jari kepada baitulmal tidak akan menyelesaikan masalah.. Saya sendiri menubuhkan pasukan sukarela bagi bersama-sama
membantu mereka yang miskin dan yang memerlukan bantuan. Sebagai penulis blog ini saya tawarkan untuk bersama-sama kami melakukan kebajikan.. Jika berminat msg saya di info@pktm.org.my. Sama-sama kita turun padang melihat sendiri suka duka dalam membantu golongan-golongan yang memerlukan.
Penulis boleh dapatkan annual report dari MAIWP bagi melihat dan mengkaji perbelanjaan mereka.. Semua maklumat ada di dalam report tersebut..
Marilah kita bersatu bersama-sama membuat kebajikan dan meningkatkan syiar Islam..
visi misi dan objektif perniagaan
objektif perniagaan