Kejatuhan Soekarno, Penulis Indon Cuba Kaitkan Negara Kita...
Cukup jahat cara penulisan Drs Wibowo dalam buku 'mereka mengubur soekarno", malah nama Malaysia di letakan sebaris dengan yahudi, republik rakyat cina dan amerika sebagai antara perancang utama menjatuhkan soekarno...
Umum mengetahui soekarno seorang presiden indonesia yang pertama itu seorang kaki betina dan telah menjalinkan hubungan rapat dengan parti komunis indonesia (PKI), atas kebodohan soekarno yang mendapat nasihat dari Dipa Nusantara Aidit atau dikenali sebagai D.N Aidit ketua umum parti komunis indonesia, soekarno melancarkan operasi ganyang malaysia, satu operasi yang hanya mendapat sokongan dari detechment udara dan laut tetapi tidak mendapat sokongan seratus peratus dari angkatan darat.
Kenapa soekarno terlalu baik dengan parti komunis indonesia? kerana D.N Aidit telah menjanjikan jawatan presiden seumur hidup kepada soekarno sekiranya PKI berjaya menjadi parti pemerintah dan menguasai kabinet indonesia...
Jadi apa kaitannya dengan malaysia? sebenarnya tak ada dalam sejarah indonesia, malaysia terlibat dalam menjatuhkan soekarno, tak tau lah kalau mereka gunakan alasan kalah dalam konfrantasi itu sebagai modal untuk menuduh malaysia juga terlibat dalam menjatuhkan soekarno, tapi setakat bacaan aku dari buku-buku dan laman web, malaysia tak terlibat, penulis drs wibowo sengaja kaitkan malaysia untuk menimbulkan kemarahan rakyat indon yang masih ramai berkiblatkan komunis dan fanatik soekarno.
Kenapa soekarno jatuh? soekarno jatuh kerana kebodohan dia sendiri, memberi banyak sangat ruang dan peluang kepada parti komunis indonesia, melantik d.n aidit menjadi menteri penasihat dalam kerajaan dan membiarkan sayap pki yang di kenali sebagai biro chusus bertapak dalam angkatan bersenjata republik indonesia (ABRI), biro chusus ini di tugaskan untuk brain wash pegawai-pegawai tinggi dalam semua detechment abri, angkatan udara, laut dan polis telah termakan pengaruh komunis yang tidak termakan dan menjadi penghalang cita-cita pki untuk jadikan indonesia sebagai negara komunis adalah angkatan darat.
Sebuah filem keluaran indonesia bertajuk G30S PKI menceritakan segala-galanya tentang kejahatan komunis untuk merampas kuasa dan menjatuhkan soekarno, tengok cerita tu dan pahamkan, kejatuhan soekarno langsung tak ada kaitan dengan negara kita...
Comments
Buya Hamka di'penjarakan' selama 2 tahun 4 bulan yang mana banyak masa dihabiskan di rumah sakit kerana keadaan kesihatan yang kurang baik. Allah swt ada rahsiaNYA sendiri, Buya Hamka sempat menghabiskan karya monumentalnya 'Tafsir Al-Azhar' yang beliau sendiri akui jika tidak ditahan tidak mungkin boleh menyiapkan Tafsir ini.
Allah swt juga Maha Mengetahui segalanya: Soekarno faham keikhlasan Buya Hamka, mereka bertemu di era pertengahan 1930an semasa Buya Hamka menulis majalah 'Pedoman Masyarakat' dan pertama kali bertemu di Bengkulu semasa Soekarno dalam tahanan di sana dan terikatkan persahabatan mereka dengan seorang Cina Islam Oei Teng Hien kenalan rapat Soekarno. Sebab itu Soekarno berpesan mahu Buya Hamka yang menjadi Imam pada solat Jenazahnya. Buya Hamka dijemput ke Istana dan tanpa berfikir apa menziarahi jenazah insan yang telah memenjaranya. Buya Hamka dalam ucapannya juga menyatakan dia telah Memaafkan Allahyarahm Soekarno!
Inilah IMAN yang sebenarnya!! Ulama yang sebenarnya!! Buya Hamka seorang yang amat pemaaf.
Kita kuatiri sekarang Negara kita dilanda musibah fitnah yang begitu berleluasa. Amat menakutkan.
Saya hanya rakyat biasa, saya dapat rasa ramai yang DENGKI hubungan baik Malaysia dan Indonesia. Inilah dua Negara gergasi Islam yang mereka takuti. Negara2 Arab, musuh2 Islam sudah tidak heran sebab masing masing bercakaran antara satu dengan lain, bunuh membunuh hancur menghancur.
They just watch us going these ourselves!
Jadi hati-hatilah, sebaiknya kita eratkan lagi hubungan dua Negara adik beradik serumpun bangsa ini. Tidak ada SATU PUN kebaikkan jika kita bercakaran yang mula2 selalu kecil2an...
Tolak apa juga cara yang boleh mengeruhkan hubungan Malaysia Indonesia.
Wa Allahu Alam.
Harap pihak media KEDUA Negara peka akan hal ini dan segala BATU API berlesen atau tidak patut dihapuskan dengan cara apa pun. Ini amat penting. Kekuatan ISLAM masa kini terletak di kedua Negara ini, maka musuh musuh Islam amat licik dan halus cara penyekatan mereka agar Islam tidak berkembang dan kuat. Cara terbaik adalah melaga2 kedua Negara.
Wa Allahu ALam.
membawa ke kelalaian hal sekuriti negara sendiri. Dia tenggelam dalam pergolakan kuasa dalam parti komunis.
Kerana taksub dia tidak nampak konspirasi melanda negara nya sulaman espionaj Amerika dan Britain sehingga berlaku tragedi 'lubang buaya ' rampasan kuasa.
lucu la kamu cakap yg mana ada umno kalah.kmu ni org mana o?yg umno kalah di Kelantan tu apa?agaknya kamu ni mabuk minum todi kot,cakap pun macam org keluaran tanjung rambutan jer hahaha
TEPAT SEKALI DAN ITU LAH REALITINYA BAGI MEREKA YG MAU SANGAT MENANG TAPI AKHIRNYA KALAH JUGA HEHE
kita tentang komunis dan fahaman yang di bawa....