DAP Sarawak Keluar Pakatan Rakyat Sarawak

DAP Sarawak hari ini mengumumkan keluar daripada pakatan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini berkuat kuasa serta merta.

Pengerusinya Chong Chieng Jen berkata keputusan sebulat suara itu dibuat kerana sekutu PR, PAS telah menyeleweng daripada dasar bersama PR dengan mahu melaksanakan hukum hudud di Malaysia. Sekutu ketiga dalam PR ialah PKR.

"Sehubungan itu, selagi pelaksanaan hukum hudud menjadi agenda politik dan objektif PAS, DAP Sarawak tidak lagi boleh bekerjasama dengan PAS sebagai sebuah parti politik di Sarawak.

"Oleh itu, dengan PAS kekal sebagai parti komponen PR Sarawak, DAP Sarawak hari ini membuat resolusi dan keputusan yang menyedihkan untuk keluar daripada PR Sarawak," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa DAP Sarawak DAP.

Chong, yang juga anggota Parlimen Kuching MP dan anggota Dewan Undangan Negeri Kota Sentosa, berkata resolusi DAP Sarawak merupakan keputusan sebulat suara jawatankuasa DAP negeri dan mengikut struktur parti DAP, DAP Sarawak mempunyai kuasa autonomi untuk membuat keputusan itu.

Sementara itu, PAS Sarawak berkata ia menghormati keputusan DAP Sarawak untuk keluar daripada PR Sarawak.

Ketua Penerangannya Andri Zulkarnaen Hamden berkata beliau hairan dengan tindakan DAP Sarawak yang disifatkannya drastik dan merugikan.

"DAP Sarawak tahu undang-undang serta pluralisasi pelbagai etnik Sarawak tidak memungkinkan hudud dilaksanakan di negeri ini," katanya.

Katanya PAS Sarawak menyokong penuh keputusan kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan hudud di negeri itu

Comments

Anonymous said…
Wayang je to
Anonymous said…
Muslihat je tu
Anonymous said…
LKS and LGE akan kata 'INI SEMUA SALAH UMNO'

tu lah game depa. RAKYAT ramai2 akan percaya, buat demo..

tapi RAKYAT ramai2 tu berapa kerat je.
Anonymous said…
musang tak dapat anggur dikata anggur itu masam.

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.