Alhamdulilah... Rakyat Sudah Paham Pelaksanaan GST...
Kesimpulan yang dibuat oleh Menteri KPDNKK kurangnya aduan mengenai GST...
"Saya melihat daripada statistik kementerian, nampaknya aduan sudah mulai berkurangan. Maknanya rakyat sudah mula memahami (GST)."
"Oleh itu alhamdulillah, dua minggu ini rakyat sudah boleh menerima hakikat GST tak membebankan mereka."
"Jadi rakyat sudah boleh memahami, apatah lagi maklumat yang diberikan semua stesen TV, radio, media dan lain-lain, mereka sudah cukup faham."
Comments
Inilah masalah para menteri di Malaysia, tiada bermaklumat, hanya mengharapkan golongan pengampu dan pembodek memberikan maklumbalas yang hanya direka-reka, akhirnya dapat maklumat palsu. Baru padan muka.
"Jangan risau Datuk Menteri, walaupun pihak lawan menuduh itu dan ini, tapi saya dah berjaya patahkan tuduhan mereka, rakyat sangat sokong Datuk Menteri sekarang ini"
"Kita pasti bahawa ahli akar umbi menyokong Datuk Menteri sepenuhnya, jangan risau, saya ada, saya akan pertahankan Datuk Menteri, i am getting around."
Inilah ayat-ayat pengampu yang digunakan untuk menipu Menteri-Menteri Barisan Nasional yang tak bermaklumat dan hanya berharap kepada laporan menipu oleh para pengampu mereka itu.
Susahlah kalau nak berbicara dengan orang yang tak tahu apa-apa, tapi sibuk dengan sindrom penafian yang tak berkesudahan. Bukannya apa, lagi diterang, lagi dia tak faham.
banyak sudah komen aku kat blog blog menerangkan rakyat tak puas ati dgn Gst tapi apa aku dapat??? caci maki carut mencarut!
Ini ke sikap penyokong kerajaan?? sedang aku juga orang kerajaan cuma mengetengahkan dasar Gst ini membebankan rakyat bukan menolong rakyat. Penuh kebimbangan kerajaan hari ini tumbang tak lama lagi, tapi aku dicap toto Dapig!
Takde otak la mereka dlm sokong kerajaan!
Melaksanakan gst sambil mendedahkan diri kepada sabotaj adalah satu tindakan yg sangat kurang cerdik.Ini tindakan bunuh diri namanya.Bila 99% peniaga ambik kesempatan,pengguna sudah tidak ada pilihan melainkan terpaksa membeli juga.Bila kenaikan harga sudah berleluasa,automatik kerajaan akan dipersalahkan.Rakyat akan menjadi benci kepada kerajaan yg memerintah.
Golongan atas pagar yg tertekan tidak akan segan silu untuk mengundi pembangkang manakala penyokong2 kerajaan pula akan tunjuk protes dengan tidak turun mengundi.
Aku pun dah penat membela kerajaan dlm bab gst ni.Aku pun naik meluat dengan kerajaan yg lemah ni.Tengok apa kerajaan buat bila telco sukahati makbapak diorang naikkan harga prepaid?Dah terang2 telco2 langgar undang2.Kos telco langsung tak naik pun sebab gst 6% yg diorang kena tu kontra kepada pelupusan sst 6%.Tapi apa yg kerajaan mampu buat?Langsung tak berani angkat muka dengan tawkey telco,cuma mampu berbincang aje katanya.
Patutlah tun m kata bn akan kalah kalau ahjib yg lemah terus berkuasa..