Mereka Di Hina Di Negara Sendiri, Tetapi Rakyat Bosnia Menyanjungi Mereka...
Gadis dari Bosnia & Herzegovina ini sangat menyukai dan menghormati Malaysia, salah satu sebabnya ialah bantuan Malaysia ketika Bosnia dilanda konflik dengan Serbia.
Dr. Mahathir, bukan nama yang asing lagi buat warga Bosnia, hampir keseluruh rakyat Bosnia termasuk yang bukan Muslim mengenali dan sangat menghormati Dr. Mahathir.
Buku tentang kejayaan Dr. Mahathir dalam mengubah Malaysia sangat popular di Bosnia, apatah lagi ianya di dalam bahasa Bosnia.
Mesej gadis Bosnia ini kepada rakyat Malaysia: "Malaysia Negara Islam paling teragung di dunia, Dr. Mahathir pemerintah paling terulung di dunia. Jasamu terhadap Bosnia akan dikenang.
Moga Allah hadiahkan syurga buat askar-askar Malaysia yang berjuang untuk Bosnia".
Comments
Sepatutnya serang PR tapi dia galak serang Najib. Dulu serang Pak Lah sampai jatuh
Pelik perangai Tun. Susah nk jangka.
Isu yang dibangkitkan bukanlah isu peribadi Najib, semuanya isu berkaitan dengan kepentingan negara dan rakyat.
Tak ada serangan pun mengenai peribadi Najib seperti pakaian Najib, Najib suka makan apa, Najib suka minum apa, Najib suka apa-apa hal peribadinya, tak dibangkitkan dan tak dipedulikan oleh Tun Dr. Mahathir pun, hal peribadi Najib lantak dialah nak makan sambil telanjang di rumahnya pun lantak dialah nak buat kelakuan tak senonoh macam itu, itu dia punya pasal.
Tapi ini melibatkan kepentingan negara, kepentingan rakyat, kepentingan Barisan Nasional dalam PRU 14 kelak, ini isu yang diutarakan.
Isu 1MDB melibatkan kos yang besar RM 42 bilion yang kemudiannya meningkat jadi RM 45 bilion, tak tahulah apa dah jadi dengan wang berkenaan, Tun Dr. Mahathir cuma tanya apa yang dah jadi dengan wang itu dan siapakah Jho Low yang menguruskan dan berpuluh bilion milik 1MDB itu, apakah Jho Low itu Ketua Pegawai Kewangan 1MDB? itu isunya.
Itu bukannya isu peribadi Najib pun, kerana Tun Dr. Mahathir tak pertikai pun Najib belanjakan wangnya sendiri, lantak Najiblah itu, wangnya, tapi bila melibatkan wang negara, maka perlu penjelasan yang jelas dan benar, kerana itu wang negara.
Macam isu GST, kononnya perniagaan yang jualan tahunannya kurang RM 500 ribu tak terlibat dengan GST dan tak boleh caj GST. Ada betul dan ada menipunya kenyataan itu. Ini kerana memang betul perniagaan itu tak boleh caj GST 6% kepada pengguna semasa membeli barangan. Tetapi peruncit itu beli barangan dari pemborong yang dah kenakan GST kepada mereka, maka mereka serapkan kos 6% itu sebagai kos operasi yang dicaj kepada pengguna.
Hakikatnya samada Najib dan menterinya sendiri tak faham pasal GST atau mereka sengaja berbohong untuk menipu rakyat.
Walau apa pun PRK Permatang Pauh dan Rompin, sokongan saya tetap terhadap Barisan Nasional.
Tak sokong Najib tak bermakna tak sokong Barisan Nasional.
Begitulah juga dengan menyokong Barisan Nasional tak bermakna menyokong Najib.
Sangat jelas adalah keutamaan adalah kepada Barisan Nasional, bukannya Najib pun.
Bdak2 mana nak nampak......
Beringus lg....
Padahal mereka saling kerjasama tuu....
Sorang lambung ...sorg smashhh....
Kalu x cayaa...cuba lihat disekeliling..
Dah 2.miggu suara pembangkang senyap sunyi... hanya kedengaran bunyi mesingan kecil jaa.....
Kikii.....