Sedikit Cerita Pasal KWSP...
Semua orang tahu pasal kwsp naikkan had umur untuk keluarkan duit simpanan mereka dari umur pencen 55 ke 60 tahun...
Alasan kwsp bagi ialah, melalui kajian dan survay mereka, hampir 70 peratus pencarum menghabiskan wang kwsp mereka itu tak sampai 2-3 tahun selepas mereka bersara, itu kata kwsp...
Jadi kalau itulah alasan kwsp, bermakna sesiapa yang nak langsaikan pinjaman perumah mereka selepas mereka bersara, mereka kena tunggu lagi lima tahun untuk selesaikan hutang rumah itu...
Kebanyakan dari pencarum yang mencarum di kwsp adalah pekerja swasta, pencen umur 55 tahun dan duit kwsp umur 60 baru boleh di keluarkan...
Selama lima tahun, dari pencen sampai ke umur wajib keluarkan duit kwsp 60 tahun, kat mana mereka nak cekau duit???
Mungkinkah selama lima tahun mereka terpaksa kerja partime untuk membayar baki pinjaman perumahan, kereta dan lain-lain pinjaman???
Mereka terpaksa menunggu lima tahun untuk menggunakan wang simpanan mereka itu untuk menunaikan ibadah haji, support anak kawen dan lain-lain...
Atau mungkin dalam tempoh lima tahun itu, ada yang sudah meninggal dunia, langsung tak merasa duit hasil titik peluh mereka selama mana mereka berkerja...
Kesian kan...
Comments
Duit dah tak ade. Jangan kasi rakyat guna dulu. Kasi keraaaajaan guna dulu. Perancangan kot.
Melayu mesti ubah pemimpin dalam parti... baru berjaya.
Kalau Melayu dalam parti x ok... kena sokong Melayu parti lain... baru berjaya...
Kalau Melayu parti lain rosak tukar plak Melayu dalam parti skarang(tentu Melayu lama bungkus dan Melayu baru naik)...
baru berjaya.
Tuhan suruh berubah.
Kenapa Islam dulu boleh perintah dunia? Boleh ubah kan...
Kalau zaman dulu boleh jadi MP parti Firaun.
Nak jadi MP be end x perlu ngaji tinggi2 atau ilmu banyak.
Takut fitnah, tapi buat kerja senyap2/pelik2. Pemimpin mewah rakyat semakin susah.
Hold 60 000, monthly release 1000.
At least till age 60, still have 1000 monthly income.
K ami kerja dari muda
W ang kami wajib disimpan
S ampai masa bila nak guna
P engluaran pulak sudah dilanjutkan
K ira-kira nak beli rumah
W ang yang ada nak jelas kereta
S iapa pulak pandai mengubah
P unah harapan nak ada harta
K alau sengkek katakan sengkek
W ang kami jangan disakau
S iapa berharta bertingkek-tingkek
P andang remeh memang tak hirau
K udrat dibanting sesenja usia
W ang simpanan sinar harapan
S aranan kami kekalkan sahaja
P ayah benar kalau dilanjutkan
K alau benar mahu membantu
W alau susah digayakan juga
S emua orang matlamatnya satu
P ersaraan nanti akan terjaga
K umpul W ang S ecara P otongan
K erana W arta S emua P eka
K eluar W ang S eusia P ersaraan
K an W ajar S ecerdik P endita
K alam W akalah S emua P ekerja
Karya - Hentam sja lah Labu
K ami kerja dari muda
W ang kami wajib disimpan
S ampai masa bila nak guna
P engluaran pulak sudah dilanjutkan
K ira-kira nak beli rumah
W ang yang ada nak jelas kereta
S iapa pulak pandai mengubah
P unah harapan nak ada harta
K alau sengkek katakan sengkek
W ang kami jangan disakau
S iapa berharta bertingkek-tingkek
P andang remeh memang tak hirau
K udrat dibanting sesenja usia
W ang simpanan sinar harapan
S aranan kami kekalkan sahaja
P ayah benar kalau dilanjutkan
K alau benar mahu membantu
W alau susah digayakan juga
S emua orang matlamatnya satu
P ersaraan nanti akan terjaga
K umpul W ang S ecara P otongan
K erana W arta S emua P eka
K eluar W ang S eusia P ersaraan
K an W ajar S ecerdik P endita
K alam W akalah S emua P ekerja
Karya - Hentam sja lah Labu