5000 Kakitangan Kerajaan Bakal Di Berhentikan...

Kira-kira 5,000 kakitangan awam berjawatan tetap yang ‘makan gaji buta’ kini berada dalam radar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk ditamatkan perkhidmatan jika tidak berubah selepas diberi tempoh enam bulan.

Kumpulan itu dikenal pasti terpalit dengan pelbagai masalah disiplin antaranya ponteng kerja selama 200 hari dalam setahun, datang lewat ke pejabat, terlibat dengan perniagaan serta hilang fokus sehingga penilaian prestasi mereka berada di bawah 60 peratus.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa ketika mengesahkan perkara itu berkata, tindakan tegas tersebut perlu diambil selari dengan pelan transformasi perkhidmatan awam kerana tidak adil untuk jabatan terus mengekalkan mereka yang hanya ‘makan gaji buta’.

Bagaimanapun katanya, sebelum ditamatkan perkhidmatan, kumpulan kakitangan awam yang bermasalah tersebut akan diberi peluang untuk memperbaiki prestasi kerja masing-masing dalam tempoh enam bulan terlebih dahulu sebelum penyingkiran dibuat jika masih tidak berubah.

“Kita bukan hina penjawat awam, ini untuk kebaikan penjawat awam tersebut dan juga jabatan. Mereka tak fokus, terlibat dengan perniagaan, ponteng kerja dan macam-macam lagi. Orang macam ini saya rasa kita tidak perlu pertahankan untuk kita bayar gaji buta.

SUMBER: SuaraSabah

Comments

Anonymous said…
Gaji 5000 staff tu boleh la cover hutang 1mdb ye tak?
Anonymous said…
Nak lantik penasihat untuk pulihkan imej penipu Najib ni boleh pula, tapi perjawatan baharu dalam perkhidmatan awam disekat.

Dengan gaji kepada penasihat pulihkan imej penipu Najib ini, boleh gajikan ramai orang penjawat awam yang sangat diperlukan untuk operasi perkhidmatan awam.

Najib oh Najib dah jadi Si Luncai dengan labu-labunya.


Najib hanya mementingkan diri, imejnya rosak disebabkan dirinya itu penipu, malahan mungkin beliau adalah perompak yang telah merompak puluhan bilion wang negara melalui 1MDB selama ini.

Ketua Polis Negara, dah banyak laporan polis dibuat, bila nak siasat?

Nak harapkan Speaker Parlimen memang dah tak boleh diharapkan, sebab dah dapat tandas baharu, perabot baharu, dapat ubah suai pejabat, maka Speaker Parlimen sangat suka dan sangat sayangkan jawatannya hingga mengabaikan tanggungjawabnya sebagai Speaker Parlimen yang wajib melaporkan kepada pihak polis mengenai penipuan oleh Najib yang menipu para ahli parlimen dan Speaker sendiri serta menipu kerajaan Malaysia.
Anonymous said…
Najib bebas lantik itu dan ini untuk kepentingan dirinya, lantik beratus-ratus penasihat, lantik perunding imej dan sebagainya.

Malahan lantikan itu mengikut pekeliling ke wahai Tan Sri Ali Hamsa?

Dengan gaji yang tak mengikut skim perkhidmatan awam.

Kalau lantikan contract for service pun, patutnya kena lihatlah untuk kepentingan umum kerajaan, bukannya untuk kepentingan seorang manusia bernama Najib yang disyaki menjadi perompak yang telah merompak berpuluh bilion wang negara melalui 1MDB dan menggunakan agensi awam seperti Tabung Haji, KWAP, KWSP, dan sebagainya untuk melingdungi segala perlakuan curang dan samunya itu.
Anonymous said…
Untuk najib lantikan itu tak ikut pekeliling pun tak pe.
Anonymous said…

Saya sokong 100%. Memang ramai kakitangan kerajaan yang "makan gaji buta" dan tidak bertanggungjawab. Terutama yang menyokong pembangkang secara berlebihan patut disingkirkan!
Anonymous said…
Setuju dengan cadangan wakil rakyat Pakatan Rakyat sebelum untuk mengecilkan bilangan penjawat awam!
Anonymous said…
Setuju dengan cadangan wakil rakyat Pakatan Rakyat sebelum INI untuk mengecilkan bilangan penjawat awam!
Anonymous said…
Fakta bukan auta.had usia persaraan dilanjutkan dari 55 ke 60 thn.jadi disini tidak timbul kerajaan membekukan pengambilan tenaga kerja baharu disebabkan belum ada kekosongan .

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.