Gadai Negara Demi Keluarga & Kroni...
"Jangan ambil pakej tersebut".
Mungkin itulah yang diucapkan oleh Tun Mahathir ketika menelefon Suharto di saat Indonesia "menyerah diri" kepada IMF.
Gambar Camdessus melihat Suharto menandatangani pakej bantuan IMF untuk menyelesaikan kemelut ekonomi Indonesia pada 1997-98 telah menghantui rakyat Indonesia sampai bila-bila.
Program Penstrukturan Semula (Structural Adjustment Program) yang menjadi sebahagian daripada syarat yang IMF kenakan ke atas pakej kepada Indonesia telah menghumban negara yang pernah jadi jaguh ASEAN kepada negara yang miskin rakyatnya walaupun sumber buminya amat kaya.
Sebenarnya Indonesia hampir saja buat perkara yang sama seperti Malaysia iaitu "capital control" dan "tambatan matawang" yang terbukti berjaya dan dipuji dunia.
Tapi ianya tidak juga berlaku kepada Indonesia.
Kenapa Suharto tanda tangani walaupun telah diberi amaran oleh Tun Mahathir akan bahayanya bantuan IMF yang cuba diseludup masuk oleh DS Anwar Ibrahim juga ke atas Malaysia ketika krisis kewangan tersebut?
Jawapannya kerana keluarga.
Suharto tidak mahu empayar perniagaan keluarganya yang besar jatuh bankrap dalam kancah kemelut ekonomi. Tindakan Suharto menerima pakej IMF adalah utamanya untuk selamatkan empayar bisnes keluarga dan kroni beliau, bukan untuk rakyat Indonesia walaupun beliau tahu mudarat jangka panjang lebih besar. Tapi demi memastikan ekonomi Indonesia kembali stabil suntikan modal amat diperlukan ketika rupiah sangat lemah.
Selebihnya kita tahu kesudahan beliau.
Comments