KPDNKK Serbu Petaling Street Dari Banyak Gerai & Premis Hanya Dua Yang Disita...
Ada orang bagi tau aku tadi, kpdnkk dah jalankan tanggung jawab mereka menyerbu pusat jualan barangan cetak rompak yang terbesar di malaysia iaitu petaling street...
Korang boleh baca kenyataan yang di buat oleh kpdnkk pasal sebuan di petaling street nanti aku ulas pada perenggan yang aku bold kan tu.... aku cedok berita dari rakyat news.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) merampas barangan berjenama tiruan bernilai lebih RM80,000 dalam roperasi di Jalan Petaling, kelmarin.
Timbalan Pengarahnya, Rosli Ahmad berkata, barangan tiruan berupa beg, dompet dan tali pinggang itu menggunakan jenama terkenal seperti Louis Vuitton, Prada, Chanel dan Gucci.
“Sejumlah 475 unit barangan berkenaan bernilai RM83,300 disita hasil serbuan ke atas dua premis di Jalan Petaling itu.
“Tindakan berkenaan diambil bawah Seksyen 8 (2) Akta Perihal Dagangan 2011, jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 bagi setiap unit barangan palsu atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya kepada Sinar Harian.
Operasi berkenaan melibatkan sembilan penguatkuasa diketuai oleh ketua operasi, Ahmad Wildan Mat Hussin.
Katanya, tindakan berkenaan dibuat hasil aduan diterima dan akan diteruskan dari semasa ke semasa.
“Tindakan juga akan diambil sekiranya terdapat aduan daripada pemilik cap dagangan,” katanya.
Punya banyak premis dan gerai di petaling street, hanya dua baca dua sahaja yang di serbu? apakah premis-premis lain semuanya menjual barangan yang original???
Comments