Tubuh Pusat Jualan Telekomunikasi Untuk Bangsa Melayu, Teresa Kok Kata Ismail Sabri Rasis...

Teresa Kok membidas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana mencadangkan penubuhan Low Yat 2 yang khusus untuk peniaga alat telekomunikasi berbangsa Melayu dan bumiputera.

Dalam status terbaru di facebooknya, Teresa mempersoalkan idea Ismail yang dianggapnya berunsur rasis.

“Bagaimana beliau (Ismail Sabri) boleh mengeluarkan satu idea yang berbentuk polisi pengasingan kaum? Ke arah mana negara ini akan pergi jika polisi ini diamalkan?

“Saya mahu bertanya kepada Ismail Sabri, selepas menubuhkan Low Yat 2 untuk Melayu, adakah beliau akan menubuhkan Plaza 3 untuk India, Low Yat 4 untuk Iban, Low Yat 5 untuk KDM (Kadazan, Dusun dan Murut), dan Low Yat 6 untuk Orang Asli?

“Saya ingin menasihati Ismail Sabri supaya berhenti menjadi ekstrem dan tidak masuk akal. Sebagai menteri Kabinet, beliau sepatutnya mempromosi perpaduan nasional, bukannya pengasingan kaum,” tulisnya.


Inilah mentaliti kiasu, dia kata polisi pengasingan kaum tak boleh di amalkan...

Itu dia kata dari cerita ekonomi, pasal kalau benar MARA nak buat sama seperti yang low yat buat, dia dah nampak, akan jahanamlah perniagaan kaum dia di sana...

Secara tak langsung, teresa mengakui, orang melayu ada kuasa membeli yang cukup kuat, dan kuasa membeli orang melayu kalau bersatu akan melingkupkan ekonomi orang cina...

Cerita pasal pengasingan kaum nie, macam mana pulak dengan sekolah jenis kebangsaan cina, itu juga pengasingan kaum kan... kenapa teresa tak melalak pulak...???


Comments

Anonymous said…
Teresa Koksaka is a racist queen. She always label other people especially Malays as racist because she could not accept criticsm. It would be better if she gets married to the man in the street in order to understand local values and culture better.
Anonymous said…
Kenapa menteri mengheboh kan perkara itu dan mengundang komen negative dari pembangkang. Nak popularity ke. Buat saja.
Anonymous said…
Saya setuju. Buat saja, xyah cakap banyak. Kalau nak hentikan polisi pengasingan, kita mulakan di pringkat sekolah dulu, ok Teresa? Baru betul-betul cakap serupa bikin!
Anonymous said…
Jual hp mesti semua cina ...melayu beli dan kena tipu shj...itu baru xrasis maa...hehehe
Anonymous said…
Sudah berpuluh puluh tahun cina melayu diasingkan di sekolah...cina pun benci bercakap bahasa kebangsaan...rasis telah dibina sudah sekian lama...rasis dan cina dan melayu xdapat dipisahkan..
Anonymous said…
bubarkan bn dulu, yg pecahkan kaum ikut bangsa....umno la, mic la, mca la...semuanya haprak....kalau umno boleh terima kaum lain mauk umno dan uitm dan mara, saya yakin sekolah2 jenis srjk boleh dibubarkan juga....umno sebagai parti yg utama di negara patut menjadi contoh kepada yg lain....jgn sibuk berpolitik shj...

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.