Tun Mahathir Cemburu Lihat Kejayaan Najib Mentadbir Negara - Ku Nan
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyifatkan ada pihak tertentu termasuk bekas perdana menteri cemburu melihat kejayaan yang dicapai Malaysia hari ini
Menurut laporan portal berita mStar, walaupun tidak secara khusus menyebut nama bekas perdana menteri kenyataan itu dilihat merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang kerap mengkritik pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Mereka serang perdana menteri. Dia kata macam-macam sehingga sekarang ekonomi kita terjejas, begitu juga nilai mata wang. Macam-macam dia buat, kononnya tidak yakin," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pembukaan Jalan Genting Kelang dari persimpangan Jalan 1/27a hingga ke persimpangan Jalan Lingkaran Tengah 2 di ibu negara.
Beliau menyifatkan ia bertitik-tolak daripada sifat rakus dan juga kerana tidak mencapai matlamat peribadi.
"Ada yang nak jadi perdana menteri (PM) Tak dapat jadi PM, ada yang dah jadi PM barangkali cemburu atas kejayaan yang dicapai pada hari ini dan macam-macam lagi," katanya.
Tambah Menteri Wilayah Persekutuan itu, negara akan musnah sekiranya sikap angkuh menguasai diri.
Katanya, sikap dengki dan busuk hati masih lagi boleh diubati, tapi apabila angkuh dan fikir diri sendiri selalu betul, itu yang akan memusnah. Sumber: Astro Awani
Comments
Negara da HANCUR di katakan berjaya!!!
Setiausaha Agung UMNO BONGOK BEBAL NAK MAMPOS!!!
Ahmad maslan
Hassan malek...
1mdb..
Malas aku tulis banyak kejayaan najib lagi...silap2 tun pulak dengki dengan aku!!!