Wanita Yang Hantar Memo Pada Najib Bakal Di Kenakan Tindakan Disiplin...
Pemuda UMNO Pasir Gudang hari ini menyatakan kekesalan dengan tindakan seorang anggota wanita bahagian itu yang menghantar memorandum kepada Datuk Seri Najib Razak sewaktu lawatan beliau ke sana semalam.
Menurut satu kenyataan oleh Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang, Azman Jaafar, isi kandungan memorandum yang dihantar kepada presiden parti itu langsung tidak menggambarkan pendirian sebenar UMNO Bahagian Pasir Gudang secara keseluruhan.
“Pendirian Pemuda Pasir Gudang adalah selari dengan pendirian YAB Ketua UMNO Bahagian yang UMNO hanya perlukan satu nakhoda untuk mengepalai bahtera perjuangan UMNO.
“Apa yang telah dibangkitkan oleh YAB Ketua Bahagian di hadapan YAB Presiden benar-benar mewakili suara akar umbi serta kegelisahan umum... oleh itu, YAB Presiden diberi masa dan ruang untuk setiap permasalahan diselesaikan dalam tempoh terdekat,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.
Selain itu, katanya Pemuda UMNO Pasir Gudang turut berpandangan ada usaha untuk melaga-lagakan Najib dengan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Khaled Nordin.
“Ada usaha untuk melaga-kedua-dua pemimpin yang selama ini kita tahu mempunyai hubungan yang sangat baik dan akrab,” ujar Azman.
Katanya adalah menjadi adat kepada orang Johor untuk menghormati kepimpinan, serta turut mengingatkan bahawa UMNO adalah parti yang tidak bersandar kepada sebarang figura politik.
“Kita sebenarnya mahu mencari kebenaran dan penyelesaian kepada polemik yang sedang melanda kepimpinan UMNO dan negara ketika ini.
“Ini demi untuk memastikan bahawa UMNO mampu mempertahankan kewibawaannya sebagai sebuah pemerintahan dan Kerajaan,” tegasnya.
Tambahnya, Pemuda UMNO Pasir Gudang tidak akan sekali-kali memperjudikan UMNO sebagai sebuah institusi siasah atau mensia-siakan perjuangannya.
Portal berita The Rakyat Post hari ini melaporkan bahawa tindakan disiplin mungkin akan dikenakan ke atas seorang ahli wanita UMNO Pasir Gudang yang telah menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Najib Razak.
Memetik sumber, laporan itu berkata wanita berusia 40 tahun itu merupakan seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) negeri Johor. Sumber: Astro Awani
Comments
1.satu kumpulan ingin menegur, memperbetulkan saf kepimpinan pusat yang ada sekarang tujuan dan niatnya adalah ikhlas, hidup atau terkuburnya umno pada Pru akan datang.
2.satu kumpulan hanya memikirkan tembolok dan diri masing2 tanpa memikirkan anak cucu dan masa depan umno itu sendiri.
Kasihanilah UMNO.
KAU pemuda pondan nak pembungkus umno
cuba jelaskan tang mana 1mdb dan najib betul??????????>>>>>>>>>>????????
pembodek 42b - pi mana ??? , jolok jho lo najib bukan islam nama islam idris jolok betahun2 jadi pernashiithat jahanam