Adun PKR Pulau Pinang Sokong UiTM Di Buka Kepada Kaum Cina & India...
Exco Kerajaan Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin menyokong supaya Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuka pintu kepada golongan bukan Bumiputera mengikuti pengajian peringkat tertinggi.
Dia berkata, cadangan Pro-Canselor UiTM, Tan Sri Dr Arshad Ayub itu perlu dipandang serius.
Katanya, ia bukan sahaja dapat memberi banyak kebaikan kepada palajar sebaliknya mampu melonjakkan lagi kedudukan UiTM ke peringkat lebih tinggi.
“Bahkan di UiTM sendiri, sudah sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah melonggarkan syarat kemasukan pelajar ke universiti ini dengan membuka ruang kepada pelajar antarabangsa untuk meneruskan pengajian di universiti ini.
“Ia pastinya menjadikan UiTM bukan hanya sekadar sebagai benteng terakhir Bumiputera, tetapi menjadi medan membangunkan bangsa Malaysia yang berjaya, berdaya saing dan gemilang di peringkat global,” katanya dalam
kenyataan pada Jumaat.
Timbalan Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu berkata, kegagalan UiTM melaksanakan cadangan tersebut menunjukkan universiti itu tidak berlaku adil dengan mengutamakan pelajar luar negara berbanding rakyat Malaysia.
“Namun agak janggal jika pelajar dari negara luar dapat meneruskan pengajian di universiti ini tetapi pelajar tempatan tidak kerana mereka bukan berstatus Bumiputera. Ibaratnya, kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan,” katanya. Sumber: FMT
Sedikit info mengenai adun pkr ini...
Menerima pendidikan menengahnya di Maktab Rendah Sains MARA Lenggong, Perak dan pendidikan universiti di Universiti Teknologi MARA (UiTM), berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan dan pembedahan. Sumber: Wikipedia
Comments
Pelajar UA - Universiti Awam yang memang sedia bercampur etniknya... adakah pelajar Melayu CEMERLANG?
adakah dengan membuka pintu UiTM untuk kononnya menjadikan pelajar Melayu lebih berdaya saing dan cemerlang akan berjaya? Amatlah disangsikan...
Lihat sahaja jumlah pelajar non Melayu yang berjaya menjadikan PTPTN sebagai biasiswa dengan mendapat Ijazah Kelas Pertama.. tanyalah sesapa yang bekerja di HEP atau PTPTN sendiri.. BERLUNGGOK LUNGGOK...!! sedikit sangat dari kalangan Melayu..
So, cari jalan lainlah untuk menCEMERLANGkan pelajar Melayu, tapi bukan dengan cara membuka pintu UiTM !!!