Malaysia Tawar Pelabuhan Kota Kinabalu Kepada Navy Negara China...


Malaysia bersetuju menawarkan pelabuhan Kota Kinabalu, Sabah bagi digunakan tentera laut People's Liberation Army (PLA) pada 10 November lalu, walaupun sentiasa curiga dengan aktiviti kuasa besar Asia itu di Kepulauan Spratly, lapor akhbar Singapura.

Menurut laporan The Straits Times (ST), kebenaran itu diberikan Putrajaya bagi mengekalkan pendirian neutral selepas tentera laut Amerika Syarikat (AS) menggunakan pelabuhan sama seminggu sebelum tawaran kepada China dibuat Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM).

Tentera laut AS sebelum ini menggunakan pelabuhan itu selepas selesai membuat rondaan 12 batu nautika dari kawasan Terumbu Subi.

"Ia tawaran sama yang dibuat kepada USN (United States Navy) bagi menunjukkan kita tidak berpihak," kata Laksamana TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar kepada ST.
Menurut Aziz, PLA maklum akan tawaran itu, namun belum memberitahu pihaknya tarikh sebenar kapal mereka akan singgah berlabuh.

China dan AS mutakhir ini rancak mempamerkan pengaruh mereka di rantau Asia Tenggara.

China juga semakin mengukuhkan tuntutan mereka ke atas Laut China Selatan sementara AS pula melakukan rondaan udara dan laut di kawasan sama, lapor ST. Sumber: TMI

Comments

Anonymous said…
DARI BERKAWAN DNG USA OBAMA LGBT PLURALIST LEBIH BAIK BERKAWAN DNG CHINA...MALAYSIA PERLU MENGANGGOTAI PAKATAN BRICS.....
Anonymous said…
World war 3 it's begin now......when US Dollar currency no more trades by BRICS...when Dollar US become toilet paper. ..USA lost control in world trades currency and the world war III will start warming....

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.