Kehebatan Orang Melayu Yang Cuba Di Padamkan Oleh Sejarah...

Kalau anda merasakan bahawa artikel ini patut diketahui oleh anak Melayu di luar sana, maka sebarkanlah ia semoga mereka tahu sesungguhnya ,mereka pernah hebat suatu masa dahulu.

Lakaran jong di atas dibuat berdasarkan lakaran yang dibuat di Melaka dalam tahun 1613 oleh bangsawan, askar dan sarjana Portugis bernama Godinho de Eredia (yang lahir di Melaka). Ini bermakna lakaran Eredia ini dibuat ketika penghujung zaman Jong Melayu.

Di penghujung zaman Jong Melayu ini, jong-jong Melayu telah juga sedikit sebanyak meniru cara pembuatan kapal Cina. Ini bermakna lakaran Eredia ini bukan semestinya 100% bentuk Jong Melayu asal. Cara pembuatan Jong Melayu (yang berbeza daripada pembuatan Jong Cina) ialah perut Jong Melayu berbentuk V, badan Jong Melayu tidak mempunyai rangka, dan paku tidak digunakan dalam pembinaan Jong Melayu.

Apa yang pasti adalah Jong Melayu yang asal adalah besar saiznya. Gambar galleon (kapal Portugis zaman dahulu) diletakkan di hadapan jong bagi menunjukkan kemungkinan perbandingan saiz Jong Melayu dengan galleon, berdasarkan catatan-catatan orang Portugis dahulu berkenaan Jong Melayu seperti.

“Flor De La Mar mempunyai geladak haluan dan geladak buritan yang tertinggi antara galleon milik Portugis, dan ini cuma sekadar hampir menyamai geladak Jong Melayu sahaja…” (Portuguese Documents On Malacca mukasurat 213)

“Jong Jawa pertama yang diceritakan besarnya oleh orang Portugis ialah yang mereka tawan dalam tahun 1511 dalam pelayaran ke Melaka…seberat anggaran 600 tan, jong tersebut tingginya seperti menara berbanding dengan kapal Portugis…setelah menawan Melaka, orang Portugis mengenalpasti Pulau Jawa sebagai tempat pembuatan jong yang terbaik” (Anthony Reid, South East Asia In The Age Of Commerce mukasurat 59 merujuk keapda dokumen Portugis)

“Dinding Jong Melayu begitu tinggi sekali sehinggakan orang Portugis tidak mampu memanjatnya (apabila menyerang jong), dan dinding jong setebal empat lapis tidak rosak sedikitpun oleh peluru meriam” (Portuguese Documents On Malacca mukasurat 213)

“Anak Raja Pedir turun daripada jong dengan tangga yang mempunyai lebih 20 anak tangga, begitu tinggi sekali jong anak Raja Pedir tersebut” (Portuguese Documents On Malacca mukasurat 215) Jika satu anak tangga adalah cuma satu kaki sekalipun, ini bermakna tinggi geladak jong adalah lebih daripada 20 kaki, atau pun empat kali tinggi orang.

Kapal jenis galleon dibina oleh Portugis (yang mencipta kapal jenis ini) khusus sebagai kapal perang. Ia juga digunakan untuk berdagang. Kapal jenis ini terus ditiru oleh orang Sepanyol dan Inggeris kemudiannya. Sebaliknya, Jong Melayu pula dibina khusus sebagai kapal dagang untuk muatan berat. Tetapi, Jong Melayu juga digunakan sebagai kapal perang oleh orang Melayu. Mengikut pengalaman orang Portugis.

Tahun 1513, Patih Yunus mengepalai serangan angkatan laut kerajaan Mataram di Pulau Jawa terhadap Portugis di Melaka. Seorang Portugis, Fernando Peres de Andrade, menyatakan.

“Jong Patih Yunus begitu besar sekali sehinggakan Anunciada (kapal perang panglima laut Portugis) yang berada di sebelah jong Patih Yunus, tidak lagi kelihatan seperti sebuah kapal” (Ahmad Jelaini Halimi, Perdagangan Dan Perkapalan Melayu Selat Melaka, Abad Ke-15 Hingga Ke-18 mukasurat 159 merujuk kepada tulisan Cortesao A, 1967 berkenaan catatan The Suma Oriental Of Tome Pires)

Tahun 1512 – 1515, Tome Pires, seorang Portugis di Melaka, menulis tentang Melaka dan sekitarnya. Kata Tom Pires.

“Jong Melayu dan Jong Jawa yang berpangkalan di Melaka kerap belayar untuk berdagang ke negeri China dan mengikut apa yang diketahuinya jong-jong Melayu dan Jawa ini patuh dengan kehendak pentadbir pelabuhan Canton agar berlabuh jauh daripada pantai kerana orang Cina bimbang sebuah sahaja Jong Melayu ini boleh menewaskan 20 buah kapal Cina” (Anthony Reid, Southeast Asia In The Age Of Commerce mukasurat 59 merujuk Tome Pires, Suma Oriental mukasurat 122-123)

“Tahun 1629, Sultan Iskandar Muda Aceh menyerang Portugis di Melaka. Jong perang Sultan Iskandar Muda bernama Cakra Dunia, digelar oleh Portugis sebagai Espanto del Mundo bermaksud Penggegar Dunia kerana besarnya sepanjang 100 meter dengan tiga layar dan meriamnya yang banyak.” (Ahmad Jelani Halimi mukasurat 159-160, merujuk kepada Lombard D.1986, Kerajaan Aceh)

“Jong Sultan Iskandar Muda Acheh tersebut begitu menarik sekali kepada orang Portugis maka ia ditawan dan dibawa balik ke negara Portugal.” (Anthony Reid op.cit mukasurat 59)

Empat buah Jong Melayu bersaiz besar yang disebut dalam catatan orang Portugis ialah Jong Putera Sultan Pedir yang ditemui di Selat Melaka menuju ke Melaka dalam tahun 1511, Jong Sultan Pasai yang terusir juga ditemui di Selat Melaka menuju Melaka pada tahun 1511. Jong Patih Yunus yang datang menyerang Melaka dalam tahun 1513 dan Jong Sultan Iskandar Muda Acheh yang bertarung dengan Portugis di Selat Melaka dalam tahun 1629. Anthony Reid dalam bukunya Charting The Shape Of Early Modern Southeast Asia (Iseas, 2000) menggunakan istilah leviathan mukasurat 59 untuk menggambarkan Jong Melayu. Leviathan dalam bahasa Inggeris membawa makna Sea Monster (Raksasa Laut) atau Huge Ship (kapal yang amat besar). Sumber: Laksamana Melayu

Comments

Anonymous said…
Persoalannya kalau teknologi kapal Melaka hebat.. stok persenjataan meriam Melaka banyak.. hulubalang yang gagah berani..kenapa Melaka kalah perang dalam tempoh masa yg singkat? Adakah Melaka miskin strategi perperangan? Persoalan ini tiada seorang pon yang mampu merungkainya.. hatta profesor sejarah pon byk yg tak tuntas dalam bab ni..
Anonymous said…
Jong yg besar, berat dan lambat nak maneuver.. lebih sesuai jadi kapal kargo bawak barang daripada jadi kapal tempur.. nak bersiap siaga utk berperang pon lambat sebab besar sgt.. krew pon ramai sgt.. banding dgn galleon yg lebih kecik dan licik.. omputih kata more agile.. sebab tu jong tak sampai2 Melaka masa portugis serang.. sebab tu Melaka kalah perang.. dalam perkara ni strategi portugis lebih mampan, aturgerak yg kecil tetapi kekuatan cukup ampuh utk capai matlamat menawan dan menjajah Melaka.
Anonymous said…
Pedulikan FITNAH ekoq-ekoq BANGKAI BABI kat JAMBAN TERORIS-TERORIS PENDATANG KAPIRDAJAL RASIS PKRHOMO/DAPBANGKAI-SIAL-si-PORNO -EJEN/KULI-CIA-NATO/ZIONIS-MOSSAD/FREEMASON-PEROMPAK/PENJENAYAH/PERASUAH- no 1 - yg. nak MEMUJA mcm. BANGKAI BABI, kononnya si PENJAJAH Barat/Zionis tu secara 'semulajadi' lebih kuat; PI MAMPOS!

Kemungkinan besaq Tanah Melayu, pusaka nenek moyang berzaman kita ni bakal kembali menjadi spt. sejarah durjana Melaka jatuh ke tangan PENJAJAH Barat/Zionis, akibat KEANGKUHAN, KETAMAKAN dan KERAKUSAN puak PENGKHIANAT Islam/Melayu ala-sejarah Melaka ni, cthnya si PENJILAT-PENJILAT si DIKTATOR PENYAMUN/PEMBUNUH/PERASUAH-madey tu - lihat kembali sejarah di http://besiwaja.blogspot.com/2012/11/si-kitul.html , Si Kitul, November 22, 2012!

Nek Tempoyak.
Anonymous said…
Kerana banyak pengkhianat. Sama macam Malaysia banyak pengkhianat yang berkiblatkan Yahudi. Singapura tahu hanya Yahudi boleh mempertahankan mereka. DAP adalah agenda Singapura untuk Cina perintah Malaysia.

Sekiranya dapat memerintah, doktrin Yahudi akan digunakan. Melayu akan jadi macam Palestinian.

Singkatnya mula2 jatuhkan UMNO dengan apa cara. Fitnah, bohong dll. Pemimpin UNNO, tak kira siapa Najib atau sesiapa pun mesti ditumbang menerusi fitnah. DAP akan mengunakan sesiapa sahaja dan membeli sesiapa saja untuk jatuhkan UMNO. Jatuh UMNO jatuhlah orang Melayu. Bila UMNO habis, merempat lah Melayu.

Contoh kecil sekarang berlaku diPulau Pinang. Masa pemerintahan pendek pembangkang diPerak, apa Melayu dapat dan apa Cina dapat?

Sekarang ramai siKitol dalam masyarakat Melayu. Muhyiddin, Mat Sabu dll adalah siKitol moden.

Sendiri fikir, sendiri mahu ingatlah. Sejahat2 UMNO dia pertahankan Melayu dan sebaik2 DAP mahu mengusir Melayu.
Anonymous said…
Kerana banyak pengkhianat. Sama macam Malaysia banyak pengkhianat yang berkiblatkan Yahudi. Singapura tahu hanya Yahudi boleh mempertahankan mereka. DAP adalah agenda Singapura untuk Cina perintah Malaysia.

Sekiranya dapat memerintah, doktrin Yahudi akan digunakan. Melayu akan jadi macam Palestinian.

Singkatnya mula2 jatuhkan UMNO dengan apa cara. Fitnah, bohong dll. Pemimpin UNNO, tak kira siapa Najib atau sesiapa pun mesti ditumbang menerusi fitnah. DAP akan mengunakan sesiapa sahaja dan membeli sesiapa saja untuk jatuhkan UMNO. Jatuh UMNO jatuhlah orang Melayu. Bila UMNO habis, merempat lah Melayu.

Contoh kecil sekarang berlaku diPulau Pinang. Masa pemerintahan pendek pembangkang diPerak, apa Melayu dapat dan apa Cina dapat?

Sekarang ramai siKitol dalam masyarakat Melayu. Muhyiddin, Mat Sabu dll adalah siKitol moden.

Sendiri fikir, sendiri mahu ingatlah. Sejahat2 UMNO dia pertahankan Melayu dan sebaik2 DAP mahu mengusir Melayu.
Anonymous said…
Kapal besar tapi kalah perang dan dijajah. Sebab itulah orang Melayu ada pepatah "menang sorak kampung habis tergadai."
Sejarah buktikan bahawa bangsa yang berjaya adalah bangsa penakluk. Dalam sejarah kita sentiasalah ditakluki. Marilah kita ajar anak bangsa Kita supaya membina semangat, kepandaian dan kekuatan untuk jadi bangsa penakluk. Di negara sendiri Kita dah lama ditakluki dalam bidang ekonomi dan sekarang goyah pula di bidang politik. Asyik gaduh sesama sendiri macam orang Arab. Kuat pula makan rasuah.


Anonymous said…
OI si anon BANGKAI BABI PORNO/HOMO-RASIS HARAM JADAH, lu jgn. nak MENYAMAQlah si PENAKUT oi! Bila lu dan puak lu mau MAMPOS-mcm-ANJING KURAP si BANGKAI BABI oi ?!!


Apahal lu nak MENGHINA bangsa Bumiputera Islam/Melayu sampai mcm. tu?! Yg. kuat MAKAN RASUAH sebenaqnya adalah puaka-puaka PENGGANAS PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI BABI!

Lihat di http://novandri.blogspot.my/2016/01/rahsia-parti-3-orang-ini-sangat.html :

RAHSIA PARTI - 3 ORANG INI SANGAT DITAKUTI OLEH DAP !!

Thursday, January 14, 2016

1. Jika kita perhatikan, parti DAP sebenarnya tidak berani untuk menyentuh atau takut kepada 3 individu ini.
2. Anda baca dahulu laporan di bawah :

Bekas naib pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim pernah mendedahkan bahawa punca beliau keluar DAP pada Mei 2012 salah satunya disebabkan rasuah dalam parti itu yang cukup teruk.

Tunku Abdul Aziz, bekas Naib pengerusi Transparency International hanya mampu bertahan selama empat tahun dalam parti itu selepas dijemput oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyertai parti itu pada Ogos 2008.

“Punca saya ambil keputusan untuk keluar dari DAP adalah kerana amalan rasuh yang amat teruk di dalam parti itu. Ini antara sebab utama selain saya tidak bersetuju dengan perhimpunan BERSIH yang dianjurkan Pakatan Rakyat(PR). ........(terus membaca)

Jadi, baik PI MAMPOS lu punya ekoq BANGKAI BABI kat JAMBAN TERORIS-TERORIS PENDATANG KAPIRDAJAL PKRHOMO/DAPBANGKAI-SIAL-si-PORNORASIS-EJEN/KULI-Barat/ZIONIS-SOROS/FREEMASON-PEROMPAK/PENJENAYAH/PERASUAH-no-1!


Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.