FITNAH RAFIZI: Tabung Haji Buat Laporan Polis...
Lembaga Tabung Haji (TH) membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berhubung dakwaan agensi itu memberi jaminan korporat kepada sebuah syarikat bersekutunya, TH Heavy Engineering Berhad (THHE).
Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporatnya dalam satu kenyataan turut menafikan dakwaan tersebut dan meminta Rafizi untuk menamakan bank yang memberikan pinjaman kepada THHE dengan surat jaminan korporat TH seperti yang didakwa.
“TH amat kesal dengan penyebaran dokumen-dokumen melalui laman sosial secara rambang dan tuduhan tidak berasas serta berunsur fitnah. Dakwaan tersebut memberi impak negatif kepada TH dan akan menjejaskan kepentingan pendepositnya.
“Oleh yang demikian, TH telah membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pandan berkaitan dakwaan-dakwaan dan dokumen yang telah disebarkan oleh beliau,” katanya.
Comments