Islam Tak Galak Pecat Pemimpin - Hadi Awang...
Hadi Awang berkata, Islam tidak menggalakkan umatnya untuk memecat pemimpin sebaliknya perlu 'membetulkan' mereka.
Sambil memetik kata-kata Saidina Abu Bakar As-siddiq, presiden PAS itu berkata parti politik dan rakyat sendiri perlu bersabar berbanding menjatuhkan pemimpin.
"Budaya pecat pemimpin tak digalak Islam. Islam tak galak pecat pemimpin, perbetul pemimpin boleh.
"Kita kena sabar memperbetulkan pemimpin. Walaupun saya tak setuju dengan kerajaan tapi kita (PAS) sabar," katanya.
"Kita sabar. Kita tak ada kerusi langsung, bawa rebah, tak kisah, yang penting jangan mengacau rakyat. Itu yang kita kena betul-betul.
"Saya tak ampu sesiapa. Orang nak sokong, sokong. Kalau tak nak, tak apa," katanya.
Bagaimanapun, katanya, apa yang menjadi masalah kini apabila sesetengah pihak mengamalkan politik melampau sehingga meninggalkan akhlak mereka.
"Kita tidak boleh berhenti berpolitik kerana ia sebahagian daripada masyarakat manusia. Masalahnya kita berpolitik melampau sehingga meninggalkan akhlak, benda yang baik. Ini tidak elok.

Comments
Dah tak perlu ditentang dah.
Dah jumpa dah ayatnya ?
Dah jumpa dah hadisnya ?
Tahun 81 dulu tu belum jumpa lagi, ayatnya, hadisnya.
So klu mati ketika menentang UMNO sekrg, syahid tak ?
Yg tahun 85 tu syahid tak ?