Siapa Kata Rakyat Susah Dan Menderita? - MP Bagan Serai
Kesesakan di lebuh raya dengan jumlah kenderaan yang semakin hari semakin meningkat, sejumlah besar rakyat Malaysia melancong ke luar negara serta kemampuan umat Islam menunaikan umrah, menjadi ukuran bahawa perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015 yang lalu menguntungkan rakyat.
Wakil rakyat Bagan Serai (BN) Noor Azmi berkata demikian menepis dakwaan pembangkang kononnya rakyat menderita selepas perlaksanaan GST.
"Kata rakyat susah dan menderita, tetapi saya tengok lebuh raya sesak setiap hari. Di lapangan terbang, bukan KLIA sahaja malah lapangan terbang Terengganu, tahun ini saja 40,000 umat Islam pergi umrah. Susah, susah melancong di Vietnam dan Indonesia.
"Sebenarnya pakatan pembangkang mengatakan bahawa GST ini mendera rakyat adalah bohong dan karut. Dakwaan itu hanyalah persepsi semata-mata," katanya.
Tambahnya lagi, kerajaan telah melakukan sebaik mungkin untuk membantu meringankan bebanan rakyat, namun pembangkang memutar belitkan dengan mendakwa GST sebagai punca rakyat Malaysia menderita. - SUMBER
Comments
Karottt....
Rakyat boros ade le....