UPDATE: 5 KAPAL KITA KE BETING PATINGGI ALI


Berikutan pencerobohan hampir 100 kapal nelayan China yang melakukan aktiviti perikanan di dalam zon ekonomi eksklusif Malaysia yang jelas bertentangan dengan Artikel 19 UNCLOS, TLDM telah menghantar 2 buah kapal perang diikuti 3 buah kapal dari APMM yang telah berada di kawasan terbabit bagi melaksanakan pemantauan dan tindakan susulan berikutan pencerobohan tersebut.

Sebuah pesawat Bombardier APMM juga turut dikerah semalam bagi melaksanakan langkah mendapatkan bukti berikutan pencerobohan tersebut.

Semalam Dato Seri Shahidan Kassim dalam kenyataannya kepada media di lobi Parlimen menyatakan bahawa APMM telah dikerah untuk mengambil tindakan keatas flotila nelayan asing tersebut.

Awal minggu ini Menteri Luar dan Menteri Pertahanan kita telah mengeluarkan kenyataan berhubung tindakan militarisasi China keatas kawasan perairan Laut China Selatan dengan menyatakan Malaysia akan bertindak balas secara ketenteraan dan menyeru China bersama sama negara-negara ASEAN yang terlibat dalam tuntutan bertindih kawasan perairan Laut China Selatan untuk terus menyelesaikan permasalahan ini melalui saluran diplomasi.

Pada masa sama Menteri Luar kita menyatakan bahawa Malaysia tidak boleh menjadi neutral dalam isu pertindihan wilayah laut ini dan akan melakukan tindakan sewajarnya dalam menyelesaikan pertikaian tersebut berdasarkan Code Of Conduct yang telah digariskan dan dipersetujui.

Menteri Pertahanan dengan suara vokal mengatakan bahawa tindakan militarisasi China keatas kawasan perairan Laut China Selatan akan menyebabkan Malaysia juga bakal bertindak balas dengan kaedah sama dan menyeru China serta kalangan negara Asean lain untuk tidak melakukan sebarang tindakan provokasi. Menteri Pertahanan berkata demikian awal minggu ini dan akan mengadakan lawatan bertemu Menteri Pertahanan Australia bagi membincangkan kerjasama perkongsian maklumat dan kerjasama strategik lain dalam memastikan China menunaikan janjinya untuk tidak menempatkan aset tentera di kawasan tuntutan bertindih.

Sehingga artikel ini ditulis aset TLDM dan APMM telah berada dikawasan terbabit.

Kenyataan keras pemimpin kita keatas militarisasi China keatas Laut China Selatan dan tindakan balas Malaysia perlu diambil serius China dalam memastikan rantau ini tidak terjebak dengan konflik bersenjata.

Semoga Tuhan melindungi angkatan laut kita dan memberkati Negara Berdaulat ini. SUMBER

Comments

mat said…
mcm biasa berita mcmni takkan diberi perhatian oleh media kita. pelik kan? ini soal keslamatan negara. kita dah tergadai body kepada negara china. mereka bukan kawan baik kita bak kata pahlawan bugis. mereka tamak, itu saja. dah terlambat aset tentera kedekut nak beli. nantikan depa merampa kawasan tu, kita cuma mampu tgk
Anonymous said…
inilah keadaan kita sebagai negara kecil, china membuli dengan segala cara yang ada, kita jika dibandingkan dengan china apa yg ada?
jumlah tentera? china menang 90 kali ganda
aset ketenteraan ? china menang 100 kali ganda
kekuatan laut, udara dan darat ? china menang 90 kali ganda

kita tersepit antara dua beruang , US dan china , apabila kita berbaik dengan US, china bertinak balas dengan ekonomi , kita tak mampu melawan !
jika kita rapat dengan china, US pula bertindak dengan cara liar dan sadis , kita tak mampu melawan juga ,

rapat dengan US ada pro dan kontra, rapat dengan chian juga ada pro dan kontra
lawan china ada pro dan kontra, lawan US juga sama !

maka , disini kerajaan terpaksa bertindak dengan penuh bijak dan dengan segala helah , taktik yg ada, kita tak mahu perang tapi kita juga tak mahu dipijak dibuli sehina ini ,

bila kerajaan beli aset ketenteraan DAP bising dalam parlimen dengan segala kata, tu baru cadang nak beli ..

soalan paling besar ialah, ketika Guan Eng dalam keadaan tertekan dengan isu banglonya, dia lari ke china, dalam masa yg sama china hantar bala tentera 'pemancingnya' ke sempadan negara ceroboh beting patinggi di sarawak !

apakah kita tak melihat dan merasa ada sesuatu yang pelik disini ?
Anonymous said…
Beting Patinggi Ali itu sah2 dalam wilayah perairan kita bukan wilayah pertikaian spratley.Tapi china nokharom dengan selamba dan biadapnya menceroboh sesuka hati makbapak diorang.Provokasi melampau china haramjadah ini memang tak boleh dibiarkan.Kita wajib menghalau dan menahan mereka dengan peruntukan undang2 yg ada berkaitan dengan pencerobohan sempadan.

Sekiranya tidak diendahkan tindakan ketenteraan wajib dilaksanakan ke atas penceroboh2 haram dari negeri china itu.Sekiranya berlaku di vietnam,kapal2 china itu sudah lama dibom dan ditembak oleh tentera vietnam.Kita masih lagi teragak2 kerana takut tindakan balas china.Sepatutnya kita meningkatkan kehadiran tentera di kawasan yg selalu dicerobohi oleh nokharom2 itu dengan aset2 ketenteraan yg kita ada dilipatkaligandakan.Kita mahu tengok sejauh mana keberanian china biadap.

Cuma apa yg boleh kita harapkan adalah pertembungan kuasa besar china-us sehingga berlaku peperangan china-us.Dengan itu ekonomi china akan lumpuh dan kembali menjadi negara pariah seperti sebelum tahun 90an.

Untuk makluman china sedang giat membina kapal induk perangnya yg pertama(supercarrier)untuk tujuan penjelajahan atau penjajahan yg lebih meluas lagi.Buat masa ini kita lebih baik pro us daripada pro china memandangkan ancaman yg sangat nyata dari negara pemakan babi itu.

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.