Mampukah Budiman Bersihkan Maruah Najib & Barisan Nasional...???


Sepanjang 20 hari aku berada di sugai besar ini, pertama kali aku melihat parti komponen bn terutama mca buat kerja bersungguh-sungguh untuk calon umno...

sebelum ni pon bukan depa tak buat kerja, tapi kerja mereka hanya suam-suam kuku...

kalau bergini lah gaya gerak kerja mca, aku yakin undi kaum cina boleh bertambah...

jujur aku cakap, budiman boleh menang dengan majoriti 2000 keatas...

pemilihan calon bn cukup tepat...

budak sungai limau-, anak tempatan yang cukup sempoi dan di kenali oleh orang, baik dewasa, remaja, budak-budak, lelaki atau wanita, semua kenal dengan budiman...

malah dalam siri-siri walkabout di sekitar pasar pagi di beberapa tempat terutamanya di sekinchan, cina-cina peniaga di sana menaruh kepercayaan kepada budiman untuk membantu mereka menyelesaikan masaalah seperti kenaikan sewa tapak pasar pagi, kenaikan sewa kedai di pasar sekincahan, nelayan pula mengadu hal kenaikan cukai jeti dan lain-lain masaalah...

di sebelah pengundi melayu pula, aku lihat budiman tiada masaalah untuk meraih majoriti undi orang melayu, itu lah pentingnya memilih calon anak tempatan, dia tahu selok belok kawasan yang akan di wakili, dia kenal wak ni siapa anaknya, mak cik ni duduk di mana, malang buat pas dan pan kerana terpaksa memilih calon luar untuk melawan dengan bn, dr rani tidak di kenali, ustaz azhar, bukan penduduk sana, bak kata orang kampung tak pernah pon dia lepak-lepak minum kopi dekat warung di sungai haji dorani, so bila orang kampung dan penduduk si tu tak kenal, macam mana orang nak undi kau...

cara kempen yang di buat oleh pan dan pas aku lihat cukup lemau dan tak ada kick, perkelahian anatara petugas berebut tapak pasang billboard nampak macam budak bodoh, orang kampung sana melihat dan menilai mereka...

maaf cakap la ya, kehadiran tun di sungai besar aku tak nampak bergitu memberi impak kepada pengundi, isu-isu yang dibawa oleh tun tak lekat dihati pengundi di dun sekinchan dan dun sungai panjang, betul isu yang dibawa oleh tun itu cukup penting, tetapi di sungai besar ini bukan tempatnya untuk membicarakan pasal jet yang dibeli oleh naji di gunakan oleh rosmah, isu hutang 42 billion, 1mdb, derma tok arab dan lain, di prk sungai besar bukan tempatnya, tapi kalau isu tu di mainkan di contohnya ada prk di shah alam atau di kelana jaya atau di gombak, mau berpeluh juga bn nak jawab, tapi di sungai besar, isu yang dekat di hati pengundi adalah bagai mana kerajaan boleh membantu pesawah, bolehkah kerajaan menambah subsidi kepada pesawah, tambahan baja dan racun kepada pesawah dan bagaimana untuk meningkatkan pengeluaran padi dan di sebelah nelayan pula, bolehkah kerajaan bn membantu mereka membina 10 buah jeti baru, menambah subsidi diesel dan petrol dan elaun sara hidup, pesawah dan nelayan di sini tak fikir pon pasal 42 billion, pasal 1mdb, pasal derma tok arab, yang mereka tahu bagai mana kerajaan boleh membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup. 

apa yang aku tulis ni bedasarkan pemerhatian aku selama 20 hari aku berkampung di sungai besar, mungkin setengah orang ada pandangan lain...

tapi apa pun esok adalah D-Day, kita tunggu je lah apa keputusannya... 































Comments

Anonymous said…
Assalam Bro,aku harap YB Budiman akan menjalankan tugas dengan jujur dan ikhlas TETAPI Beliau hendaklah berpaksikan kepada kebenaran bahawa Presiden UMNO yang ada sekarang TIDAK LAYAK memimpin UMNO.Kita tahu apa yang berlaku di kedua-dua PRU tu TETAPI kita amat risau dengan PRU 14....
Anonymous said…
kempen agar Budiman menjadi perdana menteri pulok,
gaya jokowi

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.