Laporan Polis Terhadap 3 Tan Sri, Wan Bro Rosakan Image Najib...
Apa yang dilaporkan oleh naib ketua pemuda umno, kononnya dia menerima maklumat ada 3 orang tan sri berkomplot untuk menjatuhkan najib sebenarnya bukan untuk membantu najib...
Dalam laporan itu dia menyatakan dia ada menerima maklumat, kita pun tak tahu sama ada maklumat itu sahih atau tidak, dia yang kata ada menerima maklumat...
Umum melihat, wan bro hanya mencedok berita dari blogger fasiq RPK sahaja, cerita dari RPK itulah yang di klasifikasikan oleh wan bro sebagai maklumat...
Rosak image najib di sebabkan gelojohnya wan bro...
Elok-elok 3 orang tan sri itu berdiam diri dan buat haluan masing-masing, tetiba datang pulak mamat yang tak berapa nak cerdik ni, pi jolok sarang tebuan, maka akan panjang berjelalah lagi cerita ini...
Elok-elok kita tumpu pada DOJ, dek bingainya wan bro, tak pasal-pasal makin bertambah musuh yang kita kena lawan...
Tak pasti apa sebenarnya muslihat wan bro jolok nama 3 tan sri tu, sekali imbas nampak macam dia ada maklumat untuk membantu najib, bila di tenang betul-betul, nampak macam dia sengaja mintak jatuhkan najib...
Malah kalau kita baca laporan berita harian (klik sini) apa yang dibuat oleh wan bro ini tidak mendapat restu dari pergerakan pemuda umno dan ketuanya...
Wan bro tidak perlu kacau 3 orang tan sri ni, seperti aku cakap tadi, mereka dah buat haluan masing-masing, mereka dah pencen, wan bro sepatutnya menggunakan source yang dia ada untuk membantu pihak berkuasa menjejak dimanakah JHO LOW, mangkok itulah yang sepatutnya di cari kerana ketamakan JHO LOW itu, nama najib tercemar...
Comments
Tak usah pusing cerita. Orang atas juga yg suruh azwan buat laporan. Lg sorang kena tikam blkang.
Drama seterusnya.......azwan keluar umnu dan bersama2 pakatan atau parti baru. Kita saksikan.
kalau tak betul tan sri2 tu cepat2 lah bagi statement. tak perlu panik.
RPK yang react to his police report. Not the other way around.
Tungvu dia jatoh jer ramai yg tunggu nak cekop dia!!!
Tujuan lapuran polis dibuat ialah supaya mereka disiasat. Jadi biarlah polis siasat dulu. Mungkin betul apa yang dilapurkan. Komen yang dibuat antara yang pro dan kontra memang berbeza. Kalau betul ketiga tansri itu terlibat macamana?? Nanti nak kata polis pun makan dedak Juga??