AAM Tak Bayar Gaji Pekerja 4 Bulan, Ada Yang Telah Di Halau Dari Rumah Sewa...


Persatuan Automobil Malaysia (AAM), penyedia perkhidmatan penyelenggaraan kereta di seluruh negara yang beroperasi sejak 1932, didakwa berdepan masalah kewangan.

Ini susulan syarikat itu didakwa berdepan krisis ekonomi apabila tidak mampu membayar gaji kepada 300 pekerja sejak empat bulan lalu manakala sudah hampir setahun tidak membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

AAM bukan syarikat kecil dan gemilang di bawah pentadbiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Malah ia diiktiraf sebagai pihak berkuasa permotoran yang bertindak sebagai jurucakap rasmi bagi pemilik kenderaan bermotor Malaysia dan memperjuangkan hak penggunaan selamat di jalan raya.

Pekerja AAM, Mohamad Tajuddin Jailani, 48, berkata tindakan kejam AAM yang tidak membayar gaji kakitangan menyebabkan kehidupan mereka terjejas teruk.

Katanya, ada pekerja yang berdepan dengan kereta ditarik bank, dihalau dari rumah kerana tidak ada wang untuk membayar sewa bulanan.

“Sepanjang empat bulan kami tak dibayar gaji, kami terpaksa guna duit tabung simpanan untuk sara kehidupan keluarga, dan duit itu sudah habis. Kami tidak tahu macam mana nak sara keluarga.

“Ada antara kami kena tarik kereta dan yang sampai kena halau dari rumah sewa pun ada sebab gaji tak dapat dan hendak bayar sewa kereta dan rumah pun tidak boleh.

“Keadaan kami sangat kritikal ketika ini, ada yang bekerja di stesen minyak dan pasar raya besar,” katanya ketika ditemui bersama 100 pekerja lain yang membuat tuntutan di depan pejabat AAM di Shah Alam hari ini.

Saiful Sallehuddin, 43, yang berkhidmat bersama AAM selama 18 tahun turut melahirkan rasa kecewanya apabila sudah hampir setahun KWSP mereka tidak dibayar.

“Kedudukan AAM semakin parah, kami dapat bonus pada 2000, dan kami tidak diberikan cuti pada Hari raya. Gaji saya hanya RM1,200 sebulan, malah lebih menyedihkan apabila gaji kami tak dibayar selama empat bulan tanpa sebab,” kata Zaini Abu Samah.

Kesedihan turut disuarakan Mimi Nur Fahariah Majid, 32, apabila sepanjang sembilan tahun bekerja di AAM, tahun ini dia terpaksa beraya di perantauan kerana tidak ada wang untuk pulang ke kampung.

“AAM bagi kami gaji RM500 sebelum raya, separuh daripada gaji kami, tapi jumlah itu tidak cukup. Kami minta penjelasan pengurusan kenapa gaji tak dapat hampir empat bulan, mereka kata dalam masa tiga bulan ini semua tunggakan selesai.

“Tetapi janji tinggal janji sampai sekarang kami tak dapat apa pun,” katanya.

“Kira-kira 300 pekerja tidak dibayar gaji selama empat bulan, dan setakat ini sudah empat daripada 16 cawangan AAM ditutup iaitu di Melaka, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sungai Petani,” katanya.

Katanya, jika AAM masih berdegil dan gagal menjelaskan gaji tertunggak, pihaknya akan mengambil tindakan seterusnya untuk memfailkan tuntutan di Jabatan Tenaga Kerja dan jika perlu ke mahkamah.

Setelah hampir 2 jam berkumpul di pejabat AAM, cubaan pihak media dan pekerja mendapat penjelasan pihak pengurusan syarikat tidak berjaya.

Salah seorang pegawai AAM memberitahu pengurusan tertinggi syarikat mengeluarkan kenyataan segala tunggakan gaji akan diselesaikan pada 18 Ogos dan 16 September ini. Sumber.

Komen aku: Kerajaan perlu campurtangan dan membantu mereka, kesian la, kereta dah kena tarik, tuan rumah dah halau mereka dari rumah sewa...

Comments

Anonymous said…
najib dah kata ekonomi malaysia dah ok, pelaburan masuk dari luar makin bertambah, ini apa pulak? aku rasa aam sengaja nak sabotaj najib ni.
Anonymous said…
Statement bodoh dari org bodoh...
Anonymous said…
Haha.. Apa kena mengena dgn Najib... Dah tahu tempat kerja ada masalah, buat kerja lain la .. Bangsa asing jual fishball bakar dgn motor boleh hidup mewah, ni apa citer... Usaha, solat dhuha jangan tinggal, Allah buka pintu rezeki tu...
KZSO said…
Kalau tanya kat mat maslan, azlina, adnan m, said ketuak...jawapan mereka ialah ini mesti konspirasi nak malukan najib
Anonymous said…
kalau macam tu perkiraannya, usaha najib curi duit negara tu Allah redha la yer? najib buat solat dhua, Allah buka pintu rezeki pada najib sekeluarga.
Anonymous said…
Wahai cina RBA kapiaq... Solat dhuha la.. Jangan dok komen tak tentu hala, bukan dhua,.. Haram jadah punya cina kapiaq RBA ni...
Anonymous said…
YG penting, pastikan pekerja2 AAM sentiasa undi UMNO untuk kesejahteraan agama, bangsa dan negara.
Anonymous said…
ko nampak ke Najib curi duit...??? kalau sekadar hearsay...sama mcm fitnah la jugak...apa hukum fitnah dlm Islam..??
Anonymous said…
Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.

Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”

Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.” (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)

.

Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.” (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)
Anonymous said…
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Anonymous said…
jangan jadi bodoh, zaman sekarang ni, nak mencuri tak perlu pergi ke bank acu pistol mintak duit dekat kerani suruh kerani masukan duit dalam karung.

itu oldskul punya pencuri.

newskul punya pencuri macam najib la, buat-buat muka kesian, cerita macam la dia tu panglima gagah berani, tapi suruh jho low sebat duit negara.
Anonymous said…
Hearsay??????hmmm

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.