Ada Muka Ke Wan Bro Nak Minta Maaf Pada 3 Tan Sri Yang Di Fitnah Tu...???
Menurut sinar harian bertarikh 2 Ogos 2016, Polis telah menghentikan siasatan berhubung laporan polis dibuat Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun yang mendakwa ada konspirasi menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, keputusan menghentikan siasatan diambil selepas didapati Khairul Azwan membuat laporan hanya berdasarkan kepada andaian dan dengar cakap (hearsay).
"Polis sudah rakam percakapan Khairul Azwan dan kami dapati dia buat laporan berdasarkan andaian...dia tidak dapat kemukakan bukti seperti yang didakwa dalam laporannya. kliksini
Demikian laporan sinar harian...
So memang tak ada kes, tak ada sebab musabbab nak dakwa 3 tan sri tu...
Jangan salah anggap tulisan aku ni, aku bukan ler nak backing sangat 3 tan sri tu, depa pun bukan kenal aku...
Tapi apa yang aku ralat ialah, macam mana naib ketua pemuda umno malaysia yang belajar sampai oversea tu boleh percaya dengan tulisan RPK? itu yang aku cukup pelik...
Kata IGP, laporan hanya berdasarkan kepada andaian dan dengar cakap (hearsay) tu bermaksud tulisan khayalan RPK ler, IGP memang tak cakap, tp itulah yang viral dalam fb dan alam maya sampaikan semua orang percaya cerita RPK tu... si mangkak ni pulak pi pic up cerita dia tu buat ape?
Aku ni yang tak jadi naib ketua pemuda umno malaysia pon tak percaya dengan RPK, sejak dari 1998 masa tu web dia Free Anwar Campaign sampailah sekarang Malaysia Today, pada aku tulisan dia semua sampah sarap...
Mangkok ini juga pernah tabur fitnah kononnya, rosmah berada di tempat altantuya di bom, mangkok ni jugak siap buat akuan bersumpah...
Memang kita tak percaya dengan apa yang mangkok tu kata, takan ler rosmah nak buat kerja macam tu, kita tahu RPK penipu dan kita dah cop dia sebagai penipu...
Aleh-aleh... sekarang kita nak percaya pulak cakap dia...???
Comments
Benda dah kawtim srbenarnya... azwan pun tak sampai hati nk sumbat trio tan sri pencen dlm penjara 20 tahun, dgn syarat, trio tansri kena pastikan DOJ buang kes...
Azwan bro bukan pegang citer RPK je... mmg wujud bukti dlm tangan shafie Abdullah, lawyer azwan...
Kita tunggu je apa next episode.
Kita tunggu je apa next episode.
Kerana byk lain yg lebih teruk jika di teruskan..byk buruk pada negata dr elok.. lebih baik stop..