SPRM Jangan Hanya Tumpu Penjawat Awam Sahaja, Ahli Politik Juga Perlu Di BERSIHKAN...
Setinggi-tinggi ucapan tahniah aku ucapkan kepada pihak sprm kerana menumpaskan penyangak rasuah...
Inilah kes terbesar dalam malaysia dalam sejarah penubuhan bpr hingga ke sprm...
Tahniah sekali lagi...
Tidak dinafikan, ada penjawat awam yang kaki songlap duit projek ini dan banyak juga yang berkerja secara jujur dan amanah...
Tetapi harapan aku kepada sprm, jangan lah hanya di tumpukan kepada penjawat awam sahaja, sprm kena selidiki siapa dalang di sebalik berlakunya rasuah itu...
Kalau tiada backup yang kuat di belakang perasuah itu, aku yakin dia sendiri tak berani nak buat...
Cuba siasat taukei-taukei besar juga...
Cuba siasat juga ahli-ahli politik...
Pada aku kalau sprm betul-betul nak bersihkan rasuah di malaysia ni, bersihkan sehingga ke akar umbi...
Ahli politik perlu di siasat, kes-kes dulu yang melibatkan ahli politik perlu di sungkit semula oleh sprm...
Kemewahan ahli politik yang baru sepenggal dua menjadi ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri boleh juga dijadikan asas untuk buat siasatan, bergitu juga dengan ketua bahagian, ketua pemuda, ketua wanita, ketua cabang, ketua kawasan, cuba lah sprm selidiki latar belakang mereka ni, tampa jawatan adun atau ahli parlimen, bisnes pon setakat meng-ali babakan projek boleh hidup mewah...
Ishhh... aku malas la nak cerita banyak, kalau ada pegawai sprm yang terbaca blog aku ni, korang buat lah penyiasatan lanjut...
Apa pun tahniah SPRM...
Comments
Ada benda yg tak kena ni?