Bubar PAS Kalau Berkawan Dengan UMNO - Tuan Ibrahim Tuan Man...





Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata adalah lebih baik parti Islam itu dibubarkan sekiranya bergabung dengan Umno.


“Saya ingat kalau PAS bergabung dengan Umno kita tak perlu lawan Umno-lah maksudnya. Jadi, ada orang PAS tanya kalau tak lawan Umno nak lawan siapa lagi?

“Jadi, kalau PAS berkawan dengan Umno kita kena bubarlah,” kata Tuan Ibrahim dalam temubual eksklusif bersama Malaysiakini dan Beritadaily.Bekas Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata demikian berikutan desas desus wujud usaha agar kedua-dua musuh tradisi itu bergabung selepas PAS dipinggir Pakatan Harapan.

Sebaliknya, bekas ADUN Jengka itu menegaskan PAS akan terus menentang parti pemerintah itu dalam setiap pilihan raya.

“Sekarang ini PAS masih kekal bahawa kita lawan Umno seperti mana di Kelantan yang mana hampir 80 hingga 90 peratus kerusi PAS kita lawan dengan Umno.

“Realitinya kami bertanding melawan Umno pada setiap kali pilihan raya dan PAS tidak lawan MCA, MIC tetapi yang PAS lawan adalah Umno dan ia kekal sehingga sekarang,” kata Tuan Ibrahim.Umno datang tawar kerjasamaTuan Ibrahim juga menegaskan bahawa isu kerjasama itu merupakan agenda media Umno, namun PAS tidak akan sekali-kali bekerjasama dengan parti yang didakwa mengamalkan rasuah itu.

Beliau juga berkata isu kerjasama itu merupakan usaha untuk menyelamatkan Umno dan parti itu juga beberapa kali membuat tawaran sedemikian kepada PAS.

“Saya ingat ini semua agenda media Umno, kita tahu Umno sekarang tengah lemas dan dia sangat mengharapkan PAS. Berapa kali dah Umno datang minta kerjasama dengan PAS.

“PAS tak akan bekerjasama dengan Umno kerana mereka ini mengamalkan rasuah. Rasuah teruk, negara teruk, ekonomi pun teruk, penyelewengan pun teruk,” tegas Tuan Ibrahim.

Malah, katanya tidak mungkin PAS akan bekerjasama dengan parti yang zalim terhadap rakyat dengan merujuk projek Lebuhraya Pantai Timur dan sekatan royalti minyak kepada Kelantan.

“Cuba kita bayangkan kalau orang khianat Kelantan yang mana lebuhraya sampai Terengganu sahaja, macam inikah kita nak jadikan kawan?

“Royalti minyak Terengganu (waktu) kita menang (pilihan raya) satu sen pun mereka tak bayar dan untuk makluman beribu nama rakyat Kelantan dipotong dari senarai penerima BR1M walaupun mereka ini hidup susah di kampung hanya kerana mereka orang PAS.

"Tak mungkin orang macam ini kita nak bekerjasama dengan Umno,” tegas Tuan Ibrahim.Hadir bukan bermakna sokongBeliau berkata kehadiran Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam majlis yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukan bermaksud PAS menyokong Umno.

Sebaliknya, katanya, Abdul Hadi mengunakan kesempatan itu untuk menegur Najib terutamanya mengenai soal pentadbiran negara.

“Sebab itu juga saya katakan soal kita hadir dalam majlis bersama tidak bermakna kita menyokong.“Kita hadir seperti mana dalam parlimen yang mana semua orang akan hadir tapi kita tetap membantah (perkara yang tak betul). 

Presiden hadir majlis Najib, Abdul Hadi buat teguran dan beri peringatan serta beri amaran,” kata Tuan Ibrahim.Malah katanya, Hadi juga mengadakan mesyuarat terlebih dahulu bagi meminta pandangan pimpinan PAS sebelum menemui Najib.

“Peluang bercakap terus dengan perdana menteri ini ada dua kali sahaja. Yang pertama di Parlimen, itu pun beliau jarang datang dan kedua pada majlis yang dihadiri perdana menteri.

“Jadi, kalau dalam majlis sebegitu kita boleh bercakap terus dengan perdana menteri dan kita tegur dia. 

"Sebab itu bagi saya apa yang penting adalah apa yang diucap oleh presiden dan bukan baju yang dipakai beliau,” tegas Tuan Ibrahim.Bagaimanapun, Tuan Ibrahim kesal dengan tindakan pembangkang yang didakwanya menyerang PAS selepas media perdana melaporkan kedua-dua parti itu menjalinkan kerjasama.

“Media perdana cuba melihat PAS jalin kerjasama dengan Umno dan dukacitanya pembangkang menyerang PAS."Kalau serang PAS bererti kita tak serang Umno, sepatutnya tak perlu serang PAS sebab kita masih pembangkang,” ujarnya.

PAS mahukan undi MelayuTuan Ibrahim yang pernah menjadi pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata PAS perlu mendapatkan undi orang Melayu yang sebahagian mereka masih berada dalam Umno.

Justeru, katanya, anggota Umno yang akan menyokong pembangkang adalah mereka yang semakin hilang kepercayaan kepada parti pemerintah itu.

“Orang Umno yang bagaimana hendak mengundi PAS? Mereka adalah orang yang bencikan Najib, yang melihat masa depan negara, yang melihat rasional dan tidak emosi.

"Orang Umno yang macam ini akan bersama pembangkang. Orang bersama Najib tak akan datang kepada pembangkang.“Jadi PAS kena dapatkan (undi Melayu dari Umno). Sebab apa kita tak boleh ke Putrajaya? Sebab undi PAS tidak meningkat, undi Melayu tak ada,” tambah Tuan Ibrahim.

Comments

Anonymous said…
Asobiyah tinggi ustaz ni nampak gayanya.
Anonymous said…
Sedangkan nabi ampunkan umat..pas ni xikut cara nabi la kut kan sbb nak ampun kan umno mmg jauh malah xde langsung dlm kamus pas..ngan dap blh je kejap kawan kejap tidak tp ngan sedara se Islam fuhh bkn main lg dendam pas..parti agama tp hati hitam n busuk..poodah..
Anonymous said…
Mamat ni bengap hati busuk..dgn dap nk sgt dgn islam benci smp kesudah
Anonymous said…
Betul ka manusia tu cakap begitu.
Kalau betul mmg haramjadah ustaz pas sekor ni
Anonymous said…
Dtg join solidariti muka masam mencuka konon xsebulu la tu dgn umno tp terpksa..hampeh punya manusia.
Anonymous said…
"The tear of the sinner is more beloved to Allah than the arrogance of the righteous man."
- Ibn Ata’illah
Anonymous said…
pengganti mat sabu.. takut digelar mkn dedak umno.. maka dia nak mkn dedak madey.. pandai sgt ke dia ni memerintah apa track record dia, negeri mana yg dia penah perintah nak citer psl ekonomi bagai.. cuba jd ulama yg dihormati mulut jgn celupar akhlak budi bhs kena jaga baru blh citer psl islam.. semenjak najis takda dia nak cuba raih popular plak.. kalau tak kuar kenyataan mcm tu nanti org lupakan dia plak.. ada lg saki baki kebencian umat dlm pas ni rupanya..
Anonymous said…
dah tak tau nk lawan sapa dah...ki, ki, ki..
Anonymous said…
Memang tak dinafikan yg No 2 PAS ini sejak sblm dipilih sebagai NO 2 pun sering buat kenyataan pedas dan bercanggah dgn NO 1 PAS. Yg benar-benar ikhlas dan jujur tanpa dolak dalih bila memberi komen adalah Allahyarham Datuk Harun Taib, Allahyarham Datuk Harun Din, Dr Mahfoz(Ketua Dewan Ulama PAS), Datuk Nasaruddin Isa, Datuk Ahmad Yaakob, Datuk Nik Amar, Datuk Takiyuddin dan Nik Abduh serta beberapa orang yg lain.
Secara jujur saya menyokong kerjasama UMNO-PAS sebab:
1) menguatkan kedudukan umat Islam dan bangsa Melayu beragama Islam
2) gabungan kedua-dua parti, membolehkan PAS menegur segala kemungkaran dan salah guna kuasa oleh UMNO
3) PAS kini dianggotai ramai golongan ulamak dan profesional, maka adalah mustahil boleh ditipu oleh UMNO jika ada yg cuba berbuat sedemikian.
Maka kedua-dua parti fikir dan renungkanlah untung rugi jika diteruskan kerjasama dan perpaduan UMNO-PAS yang lebih memberi keuntungan pd agama Islam dan bangsa Melayu beragama Islam, kecuali pd mereka yg jelas "mempersenda Rasulullah!"
Anonymous said…
Dia ni mmg pemakan dedak babi dapigs laknatlah.
Haramjadah. Hati busuk taknpernah senang dgn umno. Bangsa bimatang sial.
Kalu dgn dapigs laknatullah semua blh.
Cilaka kau wahai ustaz sial
Anonymous said…
Ustaz ni dari kumpulan mempelam. Kulit hijau dalam oren.
Intekma Lions said…
Bekas pensyarah Uitm yg tidak bijak atau matang.

Very short-sighted.
Anonymous said…
Bodohnya..lbhraya smpi tgnu sj..dlm perncngn la bodoh nk smbg terus kota baru..bghal betul Mamat ni
Anonymous said…
apa masalah Tuan Ibrahim ni..??? dgn puak2 kafir DAP PKR boleh pula bekerjasama... DAP PKR tak rasuah ke!!? sori yer, dah namanya kafir lagi kuat rasuah... sebusuk2 umno masih ramai lagi ahlinya yg sayangkan Islam berbanding DAP PKR...
Anonymous said…
hehehe...ostad seko ni pun nampak mcm ada bau2 harum manis je kan..hehehe
Anonymous said…
Yang nak marah dia buat apa dah memang dia pembangkang..yg umno gila terlajak naka berkawan dengan depa buat apa..kapal bak karam ka

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.