Jangan Tersalah Pendrive - Tan Sri Annuar Musa...
Jawapan tan sri annuar musa didalam facebooknya:
# Jangan samakan trw dgn team lain.TRW ada cara kami sendiri.KAMI TIDAK "POW" duit tajaan menggunakan PAKSAAN,UGUTAN,PENYELEWENGAN,TITAH PERENTAH DLL..TRW mempunyai "package"komersil sendiri..Pada jersey TRW ada 10-15 spot yg padanya sudah di tetapkan nilai nya bermula RM200000 ke atas..Kemudian package ini di tawarkan dan di rundingkan atas dasar win-win antara kedua pihak..APABILA ADA PERSETUJUAN KEDUA PIHAK,SATU KONTRAK TAJAAN DI METERAI...
Itu lah cara kami yg miskin ini...tapi alhamdulillah TRW TERUS SURVIVE...dan yg penting TRW KEKAL SBG NGO MILEK RAKYAT...trw tidak di jadikan milek peribadi sesiapa..MENAJA TRW ADALAH MENAJA TEAM RAKYAT...BUKAN MENAJA TEAM MILIK INDIVIDU...
Kita ikut cara kita...KITA TAK ADA MASA NAK BINCANG HAL TEAM ORANG LAIN....kecuali kalau terpaksa nanti...
# Tan Sri Annuar Musa tampil untuk menafikan dakwaan yang mengaitkan beliau dengan penyaluran wang Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) kepada pasukan bola sepak Kelantan.
“Lucu sangat-sangat. Jawab salah tak jawab salah.” Demikian respons bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa di laman sosial Facebooknya.
Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu sebaliknya berkata, Mara tidak pernah menaja The Red Warrior (TRW) tetapi diberikan penghormatan oleh agensi itu.
BACA ARTIKEL SEBELUM INI – TMJ MOHON PENJELASAN ANNUAR MUSA ISU PELABURAN MARA DAN UNIKL KEPADA TRW
“Untuk makluman semua Mara tidak pernah menaja TRW walau satu sen, logo Mara 50 tahun dipamer dilengan Jersi TRW 2016 diberi percuma kepada Mara, walaupun ruangan itu bernilai RM250,000 kalau untuk syarikat Sdn Bhd lain, ianya satu penghormatan kepada Mara dan TRW,” tulisnya.
Mengenai UniKL pula, Annuar berkata, ia merupakan sebuah syarikat swasta yang bermakna universiti swasta itu tidak pernah menaja atau memberi biasiswa kepada pelajarnya.
Berikut adalah kenyataan penuh TSAM:
Aduhai…kenapa la ada lagi yg tak puas hati dgn TRW..mcm mcm komen dari pelbagai sumber TERMASUK SUMBER YG EMO DAN SENTIASA TERSASAR DARI FAKTA.LUCU SANGAT SANGAT..jawab…salah…tak jawab…salah.
Ada pulak yg kata SAYA PAKAI DUIT MARA,duit biasisawa mara dll utk taja TRW.Saya rasa tak rugi kalau KITA belajar menyelidik sikit supaya kita kelihatan ADA DAYA INTELLECTUAL DAN ADA SUBSTANCE dari kita pungut je semua hearsay…
Utk makluman semua MARA TIDAK PERNAH menaja TRW walau satu sen..LOGO MARA 50th di pamer dilengan jersey TRW 2016 di beri PERCUMA kpd MARA walaupun ruangan itu bernilai RM250,000 kalau utk skt sdn bhd lain.IA SATU PENGHORMATAN KPD MARA DARI TRW…
Unikl pula SEBUAH SKT SWASTA..ia tidak pernah menaja atau memberi biasiswa kpd pelajarnya.JADI TIDAK TIMBUL IA MENGGUNAKAN DANA BIASISWA/TAJAAN…Sbg skt swasta ia mempunyai polisi sendiri terutama dlm soal BRANDING,promosi,pemasaran dll dan mereka punya budget khusus utk itu.
Unikl sudah lama terlibat dlm BRANDING &MARKETING melalui sukan khususnya HOCKEY DAN BOLASEPAK..ini kerana sasaran mereka adalah menarik perhatian anak muda..Begitu juga SKT SDN BHD mara yg lain…mereka punya budget,dasar,dan presedur tersendiri..Semuanya TIDAK MELALUI PAKSAAN,TITAH,SABDA dan sebagai nya..
Begitu juga DANA BIASISWA MARA KONONNYA DI KURANGKAN…TIDAK BENAR…dan jauh sama sekali di kurangkan KERANA MENAJA BOLA…
Jadi sahabat fb ku sekelian..saya berikan fakta ini utk anda semua termasuk my media friends..saya beri fakta ini utk anda supaya anda boleh menyemak sumber dan petikan anda.SAYA TIDAK BERMINAT UTK ENGAGE ATAU TERJEBAK DLM POLIMIK DGN MANA MANA INDIVIDU SECARA DIRECT ATAU TIT FOR TAT kerana biasa nya mereka mereka itu kawan kawan belaka.Sbg kawan kita dah kenal sesama kita..Kalau kawan silap KITA TAK USAH PANJANG PANJANG.Kita maafkan je lah..
Cuma for you all sy beri fakta ini sambil sy memancing DI Tasek Kenyir dlm retreat BERSAMA siswazah siswazah yg ingin memulakan perniagaan….salah seorang dari mereka berkata kpd saya..”PESAN PADA IKAN,Jangan byk membuka mulut…kerana ikan yg membuka mulutlah BIASANYA MUDAH TERKENA PANCING..”
So kawan kawan media…teruskan membuat catetan dan AWAS…JANGAN TERSALAH PENDRIVE ANDA…get your fact correct,pls!!!
“Jadi tidak timbul ianya menggunakan dana biasiswa/tajaan, sebagai syarikat swasta ianya mempunyai polisi sendiri terutama dalam soal penjenamaan,promosi,pemasaran dan lain-lain, mereka punya belanjawan khusus untuk itu,” katanya lagi.
Ujarnya, UniKL sudah lama terlibat dalam penjenamaan dan pemasaran melalui sukan khususnya hoki dan bolasepak, ini kerana sasarannya adalah untuk menarik perhatian anak muda, begitu juga syarikat Sdn Bhd Mara yang lain.
“Mereka punya bajet, dasar dan presedur tersendiri, semuanya tidak melalui paksaan, titah, sabda dan sebagainya,” katanya.
“Jadi sahabat FB ku sekalian, saya berikan fakta ini untuk anda semua termasuk kawan media saya, pemberian fakta ini supaya anda boleh menyemak sumber,” katanya.
Katanya lagi, dalam isu ini beliau tidak berminat untuk terjebak dalam polemik dengan mana-mana individu, kerana baginya mereka semua adalah rakan-rakannya.
“Sebagai kawan kita dah kenal sesama kita, kalau kawan silap kita tak usah panjang panjang. Kita maafkan sahajalah,” ulasnya lagi.
Comments