Selepas Tengok Surat Ini, Mampukah Kita Tuntut Semula Pulau Batu Putih?
Lama aku update blog nie, dah naik bersawang dah...
Ok isu yang hot giler sekarang ni adalah keputusan kerajaan Malaysia untuk mencabar semula pemilikan pulau batu putih yang kini sudah menjadi milik singapura yang mana dulunya ia adalah milik johore...
Ada orang meremehkan usaha kerajaan sewaktu pemerintahan Pak Lah dulu fight kes tu di ICJ, bila kita kalah, biasalah ada mulut-mulut yang kata, peguam negara lembik, menteri luar tak reti buat kerja, itu dan ini...
Kini baru aku sedar, bukan senang nak tuntut balik pulau yang terlepas ke tangan singapura sejak dari tahun 1953 itu, mencerahkan mata aku, bertapa peritnya kita untuk menuntut semula pulau itu...
Melihat balik kepada surat yang di keluarkan oleh pemangku setiausaha kerajaan negeri johore itu, yang mengatakan, johore tidak akan menuntut pemilikan keatas pulau itu, boleh rujuk surat dibawah, mungkin ada yang pernah tengok surat ini...
Mungkin tan sri AG kita ada penemuan atau dokumen baru yang boleh membatalkan pemilikan singapura keatas pulau batu putih. harap AG akan berjaya...
Comments