Selepas Tengok Surat Ini, Mampukah Kita Tuntut Semula Pulau Batu Putih?

Lama aku update blog nie, dah naik bersawang dah...

Ok isu yang hot giler sekarang ni adalah keputusan kerajaan Malaysia untuk mencabar semula pemilikan pulau batu putih yang kini sudah menjadi milik singapura yang mana dulunya ia adalah milik johore...

Ada orang meremehkan usaha kerajaan sewaktu pemerintahan Pak Lah dulu fight kes tu di ICJ, bila kita kalah, biasalah ada mulut-mulut yang kata, peguam negara lembik, menteri luar tak reti buat kerja, itu dan ini...

Kini baru aku sedar, bukan senang nak tuntut balik pulau yang terlepas ke tangan singapura sejak dari tahun 1953 itu, mencerahkan mata aku, bertapa peritnya kita untuk menuntut semula pulau itu...

Melihat balik kepada surat yang di keluarkan oleh pemangku setiausaha kerajaan negeri johore itu, yang mengatakan, johore tidak akan menuntut pemilikan keatas pulau itu, boleh rujuk surat dibawah, mungkin ada yang pernah tengok surat ini...

Mungkin tan sri AG kita ada penemuan atau dokumen baru yang boleh membatalkan pemilikan singapura keatas pulau batu putih. harap AG akan berjaya...




Comments

Anonymous said…
Itu surat kpd setiausaha colonial di singapura bukan kerajaan singapura. Apabila malaysia merdeka automatif surat itu terbatal dan pulau itu ada hak malaysia begitu juga singapura. Bila singapura keluar dari malaysia mereka tidak tuntut pulau itu kerana dah jadi hak kedaulatan malaysia setelah mencapai kemerdekaan. Sedangkan pulau singapura hak malaysia nak tuntut pulak pulau2 yg dijajah beitish dulu.
Anonymous said…
Terang2 M.Seth bin Said kata Johore tanak claim ownership atas pedra banca, pada tahun 1953.
Unknown said…
Surat dari Setiausaha Kolonial di S'pora adalah jelas bahawa Kerajaan Johore tidak akan tuntut "petra banca rocks" pada tahun 1956 maka ianya tidak lagi menjadi hakmilik sebahgian dari sempadan Negeri Johor. Dengan ini ianya telah menjadi sebahagian daripada sempadan Negeri Singapura.Sebelum Merdeka Singapura & Persekutuan Malaya adalah kebawah Pentadbiran Kerajaan British.Seturus Kerajaan Singapura telah mengawal & memelihara sepenuhnya sempadan ini dari segi keselamatan sehinggah selepas Malaysia.Selama ini Kerajaan UMNO BARU telah tidak bangitkan soal hakmilik "banca petra rocks" bukan sebuah pulau. Mahkamah ICJ telah pun sahkan & mengikhtirafkan kawasan itu hakmilik & sebagian dari smpada Negeri Singapura.Sekarang AG Baru bercadang untuk tuntut semula olih bagi menjaga maruah Negara. Sepatutnya beliau harus tuntut dua perkara:i) RM2.6 billion yang diterima olih MO1/PM,dan ii) sekandal wang pelaburan dalam tabung 1MDB yang disalah gunakan sebagai aset aset hakmilik Kerajaan Malaysia. Ini bukan sahaja demi kepenting maruah Negara tetapi aset aset hakmilik warga Malaysia.
Anonymous said…
kita kat sini tak suka diungkit isu 2.6bil, yg penting undi umno sampai akhir hayat

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.