Tommy Thomas Akan Dakwa Tommy Thomas Di Bawah Akta Hasutan.
Ketua Polis Negara, Datuk Fauzi, semalam mengatakan, yang polis akan melakukan siasatan keatas penganjur dan peserta Forum Satut Rom yang berlangsung di Universiti Malaya, beberapa hari lepas.
Satu forum yang dijadikan platform oleh beberapa individu yang anti Raja-Raja Melayu untuk menibai, menghina dan mencela, kedudukan Raja Melayu.
Tahniah aku ucapkan kepada PDRM kerana berani bertidak untuk menyiasat.
Tetapi bagai mana setelah siasatan selesai?
Akan berlakukah pendakwaan?
Beranikah Tommy Thomas sebagai peguam negara mengeluarkan kertas pendakwaan untuk mendakwa Syed Husin Ali, Tommy Thomas, Asheeq Ali dan beberapa penalis yang lain?
Haa..haa...haa... Sudahnya kes tu akan senyap sampai ke sudah.
Maka, selepas ni kalau ada apa-apa forum untuk menghina Raja-Raja Melayu, sudah tentu pihak penganjur akan menjemput lagi Tommy Thomas, kerana apa? dengan adanya Tommy Thomas sebagai penalis, maka forum itu sudah tentu tidak akan di ganggu oleh pihak berkuasa.
Tibai dan hentam lah Raja-Raja Melayu dalam forum tu, pastinya polis hanya menyiasat, tidak akan ada pendakwaan, kerana peguam negara cukup gerun dengan nama salah seorang penalis iaitu Tommy Thomas.
Comments