Mukriz: Benih Mahathir Yang Gagal...
Akhirnya Mukriz Mahathir memohon maaf kepada DYMM Sultan Johor kerana kebiadapan beliau tidak bersalaman dengan DYMM Sultan Johor dan TMJ. Yang seronoknya, apabila hendak pertahan tindakan biadap Mukriz, Ratu Naga siap buat video kononnya rakyat biasa yang berbaju hitam tidak boleh bersalaman dengan kaum kerabat Diraja yang memakai baju putih sekiranya kerabat itu tidak menghulurkan tangannya terlebih dahulu.
Belum lama selepas video tersebut diterbitkan oleh Ratu Naga, tiba-tiba Setiausaha Akhbar Mukriz mengeluarkan kenyataan berhubung permohonan maaf Mukriz kepada DYMM Sultan Johor. Apa Ratu Naga hendak komen sekarang?
Mukriz ni sememangnya biadap, semalam beliau bukan hanya biadap terhadap DYMM Sultan Johor dan TMJ, tetapi sebaik sahaja tiba giliran beliau hendak bersalaman dengan Dato’ Sri Najib dan Datin Sri Rosmah, beliau telah berpaling kebelakang dan tidak bersalaman dengan mereka.
Inilah manusia yang tidak sedar bahawa nasib beliau sekeluarga hanya akan selamat jika Dato Sri Najib kembali memerintah, kerana sifat Dato Sri Najib yang tidak simpan dendam pada musuh politiknya. Mukriz mungkin tidak sedar bahawa kalau orang lain berkuasa selepas ketiadaan bapanya, tak kiralah Anwar ke, Kit Siang ke, Mat Sabu ke, Azmin ke, semua menunggu masa hendak ajar beliau dan adik beradiknya.
Daripada membazir masa membuat video mempertahankan kebiadapan Mukriz, lebih baik Ratu Naga buat video sempena Perlantikan Johari Abdul menjadi Menteri Besar Kedah yang baru mulai 1 Jun ini. Banyak tajuk boleh guna untuk video ni, tapi yang paling molek, letak “Mukriz, Benih Mahathir Yang Sentiasa Gagal”. Apa taknya, bertanding Ketua Pemuda Jerlun - GAGAL,
bertanding Ketua Pemuda Malaysia - GAGAL, bertanding Naib Presiden UMNO - GAGAL,
Jadi MB zaman BN, sekerat jalan kena buang - GAGAL, ini jadi MB zaman Pakatan Harapan dan Bapak dia Jadi Perdana Menteripunpun sekerat jalan kena buang - Sememangnya Mukriz ini Benih Mahathir Yang Maha GAGAL. Kalau bapanya masih hidupun beliau gagal walaupun dibantu bapanya, bagaimana Mukriz yang dikenai dengan nama timangan “Boboy” ini hendak “survive” bila bapanya sudah tiada.
Dato’ Lokman Noor bin Adam
Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat
https://m.malaysiakini.com/news/477290
Comments
MEMALUKAN ORANG KEDAH DARUL AMAN
sultan kedah tak berperangai mcm tu
macai pun terkinja kinja balik... ko ingat sekadar maaf cukup dahh..!!
MiaJalipahJr
dah bersepah org mesia buat dah tun.
kat luar negara ramai org mesia buat masjid guna duit sendiri lagi. tak payah nak menyibuk sangat tunjuk islam tu. anak pempuan sibuk ke gereja bapak suruh buat masjid. niaga roti lingkup mintak kroni sumbangan bailout lagi ada lah...
betulkan akidah anakcuvu COMANGO toksik baru cakap pasal islam. srjak bapak jadi PM marina gereja lansung senyap sunyi ... takut kegiatan gereja G25 comango toksik gay lgbt
di ketahui ramai bagi gambaran bapak nya pejuang islam suci.
slogan islam dah cipta bole la jaja slogan islam pulak nanti
kikikiki..
kikikiki..