Posts

Kristian Kuasai DAP, Ini Semua Salah Hadi Awang...

Image
Suatu ketika dulu, ramai kalangan pemimpin dan penyokong PAS yang begitu teruja dan terpesona dengan kepimpinan Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang, pernah menyamakan Setiausaha Agung DAP itu sebagai setaraf dengan Khalifah Umar Al-Khattab. Sehinggakan ada segelintir pemimpin PAS yang secara sedar mendoakan kesejahteraan kepimpinan Guan Eng di Pulau Pinang semasa Khutbah Jumaat dibacakan.  Pelik? Tiada peliknya. Bagi PAS kepentingan undi dan kuasa duniawi amat penting dan kerana itu amat dihargai nilai persahabatannya dengan kafir harbi DAP berbanding persaudaraan sesama Islam. Dalam pada PAS begitu teruja dengan 'kehebatan khalifah' Guan Eng, selang beberapa ketika kemudiannya beliau dinugerahkan dengan gelaran sebagai Father Joseph dari Gereja St. Anne, Bukit Mertajam sebagai perhargaan di atas sumbangan dana kepada gereja tersebut. Penganugerahan gelaran Father Joseph kepada Guan Eng itu sebenarnya tidaklah mengejutkan, walaupun selama ini bel...

Tiga Bangunan Milik PKNS Di Jual Untuk Kumpul Dana Pilihanraya PKR

Image
Dato Sohaimi Shahadan menyelar sikap berdolak dalik dan putar belit kerajaan selangor serta menyifatkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar lidah bercabang dan mempunyai agenda tersembunyi dalam isu penjualan aset-aset PKNS yang sedang hangat diperkatakan oleh rakyat selangor ketika ini. Beliau bukan sahaja tidak memberi penjelasan mengenai cabaran Dato Seri Noh Omar baru-baru ini tetapi cuba mengelirukan rakyat dengan pelbagai istilah korporat yang direka cipta untuk menutup isu cadangan penjualan bangunan milik PKNS yang sedang di peringkat akhir perjanjian jual beli . Beberapa buah bangunan milik PKNS yang bernilai RM321 juta kini di dalam proses untuk dijual. Kalau benar tujuannya untuk penyusunan semula aset-aset PKNS kenapa perlu ada transaksi kewangan berlaku ?  Kenapa perlu ada perjanjian korporat dibuat dan dibayar kepada PKNS ? Dari pemerhatian, kami melihat Menteri Besar dan kerajaan negeri semakin terdesak dan memerlukan wang untuk kegiat...

Dua Pengganas yang DiTangkap Di Lubnan Rupanya Penyokong Pakatan

Image
Kita bertuah berada di bumi Malaysia yang terhindar dari segala keganasan dan bencana alam yang besar.  Walaupun terdapat beberapa percubaan untuk menghuru-harakan negara oleh beberapa pihak, namun, sehingga kini segala percubaan tersebut berjaya dipatahkan atau dibendung oleh pihak berkuasa.   Untuk itu, kita wajar menghargai kecekapan pihak keselamatan negeri, negara dan juga kepimpinan kerajaan.   Ini adalah bukti bahawa segala apa tohmahan yang cuba menggambarkan bahawa pihak keselamatan negara ini serta kepimpinan kerajaan adalah korup dan tidak cekap adalah tidak benar sama sekali.   Adalah mustahil bagi sebuah negara yang anggota keselamatan dan kepimpinan kerajaannya begitu korup dan tidak cekap mampu memastikan keamanan yang berkekalan di negara ini.   Namun, itu tidak bermakna yang mentaliti ‘gemar kepada keganasan’ tidak wujud di kalangan rakyat Malaysia.  Mungkin kerana tidak mampu mengatasi kecekapan pihak berkuasa Malaysia ma...

Sidang Media Musa Hasan

Image
Ramai rakyat Malaysia sebenarnya sudah maklum, hakikatnya Kelab Koresponden Asing Thailand (FCCT) yang dikaitkan dengan sidang akhbar oleh bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan sebenarnya pernah dijadikan lokasi oleh SUARAM semasa mereka mengadakan sidang akhbar berkenaan isu kapal selam scorpene. Jadi, tidaklah menghairankan apabila tiba-tiba sahaja FCCT sekali lagi dimanipulasi oleh SUARAM dan pakatan pembangkang untuk mencemar nama bekas KPN itu dalam usaha mereka meneruskan kisah propaganda berkaitan Altantuya. Di FCCT, siapa sahaja boleh menempah ruang bagi mengadakan sidang akhbar berkenaan pelbagai isu, dan bagi SUARAM selaku NGO pro PR yang sudah biasa memanfaatkannya untuk mencapai agenda pembangkang, perkara sebegini tidaklah sukar untuk dilakukan. Seboleh mungkin pakatan pembangkang dan NGOnya mahu kisah-kisah berkaitan Altantuya terus berkumandang setidak-tidaknya sehingga PRU 13 berakhir, dengan itu watak baru diperlukan untuk terus mensensasikan kisah ...

Hasan Ali " Nik Ajis Bukan Segala-galanya"...

Image
Saya tertarik dan terpanggil untuk memberi sedikit ulasan kepada kenyataan daripada Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) yang juga merupakan Mursyidul Am PAS. Seperti yang diketahui TGNA mempunyai kedudukan istimewa di dalam PAS. Bagi kebanyakan ahli dan penyokong PAS, mereka menganggap TGNA segala-galanya. Beliaulah Mursyidul Am. Beliaulah "Presiden". Beliaulah Menteri Besar dan beliaulah Tok Guru dari sudut agama. Kedudukan yang sedemikian bagi saya adalah pemberian Allah kepada beliau. Setiap satu kedudukan termasuk dirinya sebagai hamba Allah mempunyai tanggungjawab yang begitu besar bukan sahaja dikalangan ahli dan penyokong PAS tetapi yang lebih penting disisi Allah SWT. Saya sendiri dan mungkin orang lain juga merasa begitu kerdil untuk membuat ulasan terhadap sebarang kenyataan yang dibuat oleh TGNA atas kedudukan beliau yang begitu supreme dikotak pemikiran ahli dan penyokong PAS. Ketiadaan ahli dan penyokong  yang berupaya untuk menyanggah pendapat beliau...

Nik Ajis Kecil Hati, Anwar Umum Khalid MB Ter Agung...

Image
Entah apa yang tidak kena dengan Menteri Besar Selangor, tiba-tiba Anwar Ibrahim mengumumkan Khalid Ibrahim sebagai MB terbaik pakatan. Pengumuman ini boleh ditafsirkan sebagai talian hayat untuk Khalid tatkala prestasi MB dilanyak teruk oleh Azmin Ali dan kumpulannya dengan menjadikan Faekah Hussin, Setiausaha Politik MB sebagai kambing hitam. Pengkurniaan ini juga bertentangan dengan pandangan umum betapa teruk sebenarnya pentadbiran Selangor dibawah regim Pakatan Pkr, DAP dan Pas selama hampir 5 tahun ini. Selain itu, pengumuman Anwar ini juga mengecilkan hati pemimpin Pas kerana sumbangan Nik Aziz selama 22 tahun sebagai Menteri Besar langsung tidak dihargai atau diiktiraf oleh Anwar. Nampaknya sangat Pas sekadar menjadi alat dan kuda tunggangan Anwar, Pkr dan Dap. Terdapat lebih dari 10 isu utama kegagalan regim pakatan di Selangor. Penyelewengan yang paling besar adalah skandal Talamgate yang melibatkan transaksi hampir RM 1 Billion. Penduduk Selangor juga berhadapan de...

Sudah Wujud Persefahaman Antara MCA & DAP

Image
Suasana politik nampaknya sudah menjadi semakin ghairah. Beberapa kali ramalan yang dibuat mengenai PRU-13 tidak menjadi mengakibatkan bahang politik menurun.  Dua tiga hari ini timbul semula isu Negara Islam dan pelaksanaan Hudud. Isu ini seperti biasa menyemarakkan semula suasana politik bertepatan dengan bertambah hampirnya PRU ke 13.  Dalam episod terbaru ini, Presiden MCA Dr Chua Soi Lek dengan secara tiba-tiba menjadi orang pertama yang menekan butang jentera menentang pelaksanaan Islam dan Hudud di negara ini. Penentangannya terhadap Negara Islam dan Hudud menerima tindakbalas yang sengit daripada pimpinan Pakatan Rakyat, DAP, PKR dan PAS. Secara jujurnya saya tidak melihat ada perkara yang baru dari segi hujah-hujah yang dikemukakan samada dari pihak MCA, DAP dan juga dua lagi parti komponen Pakatan Rakyat itu. Hanya hati kecil saya sahaja tampil membisikkan bahawa terdapat beberapa andaian yang boleh digunakan untuk mengatakan bahawa buat sekian kali...