Alangkah Bagusnya Kalau Najib SEGARANG Adenan Satem...
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem 'naik angin' dengan para pegawai penguatkuasa imigresen semasa taklimat tertutup di Kuching Khamis lepas. Sebuah klip video yang dirakamkan menggunakan kamera telefon dan dirakamkan oleh seorang pegawai dari jabatan tersebut ketika dia dan 20 orang pegawai daripada 20 agensi yang lain - dari negeri dan persekutuan - telah diminta hadir ke bilik operasi negeri di Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya. Selama ini, tidak ramai yang melihat Adenan Satem naik angin walaupun cukup terkenal dengan kenyataan dan reputasinya, 'jangan main-main dengan saya'. Adenan dilihat hilang sabar kerana kegagalan Jabatan Imigresen untuk menghalang kebanjiran pendatang haram Suluk dan Bajau di Miri. "Sudah ada 700 Bajau dan 400 Suluk yang mencuri ikan di Miri dan (anda masih kata), anda tidak tahu tentangnya," Adenan kedengaran bersuara di dalam klip video berkenaan. "Sekarang anda tahu, (anda bagi) alasan biasa, ...