Posts

Parti Amanah Nasional Mampu Lumpuhkan PAS Di Seluruh Negara...

Image
Lebih separuh PAS kawasan di seluruh negara kini mengalami kekosongan dalam pimpinan mereka akibat perpindahan kepada parti baharu dibentuk kumpulan serpihan, Parti Amanah Negara (Amanah), kata Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir (gambar, kanan).  Katanya, penghijrahan beramai-ramai daripada PAS kepada Amanah itu, yang terbesar ialah di Johor, di mana beliau mendakwa semua kecuali "satu atau dua" kawasan yang masih mempunyai pemegang jawatan mencukupi untuk meneruskan parti. PAS kawasan, atau bahagian, adalah peringkat kedua parti dan dibentuk berdasarkan kawasan Parlimen. Parti Islam konservatif itu mempunyai satu kawasan dalam setiap satu daripada 165 kawasan Parlimen di Semenanjung Malaysia dan beberapa kerusi di Malaysia Timur. Anuar berkata, Johor mempunyai paling banyak Amanah bahagian, diikuti Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. Beliau bagaimanapun enggan memberikan butiran mengenai berapa banyak bahagian Amanah wujud di setiap negeri tetapi ...

Merdeka Center Kata "Melayu Tak Sokong Perhimpunan Baju Merah"

Image
Merdeka Center hari ini mendakwa majoriti orang Melayu tidak menyokong kepada Himpunan Rakyat Bersatu atau ‘himpunan baju merah’ yang bakal diadakan esok, di ibu negara. Hasil kajian terbaru mereka mendapati 24 peratus responden menyokong perhimpunan itu, manakala 53 peratus lagi tidak menyokong dan 22 peratus daripada responden tidak pasti. Kajian itu dikelaskan mengikut jantina, bandar dan luar bandar, serta garis sosio-ekonomi. Dapatan kajian menunjukkan jurang politik merupakan faktor ketara kekurangan sokongan kepada himpunan baju merah, di mana 56 peratus daripada responden ialah penyokong Barisan Nasional manakala 60 peratus daripada penyokong pembangkang dan 51 peratus pengundi atas pagar. Merdeka Center berkata, 24 peratus responden yang menyokong kebanyakannya memberi tiga alasan utama iaitu untuk melindungi maruah orang Melayu (17 peratus), untuk memaparkan sokongan kepada BN dan Umno (2 peratus) dan bagi membantah Bersih 4 (1 peratus). Sementara itu...

Anak Mendiang Karpal Suruh Azmin Pilih Nak Berkerja Sama Dengan Siapa, DAP Atau PAS...

Image
Ahli Parlimen DAP meminta Menteri Besar Selangor, Azmin Ali menyatakan pendirian sama ada Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bekerjasama dengan PAS jika pakatan Pembangkang baru diwujudkan. Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh berkata, Azmin perlu membuat pilihan sama ada bekerjasama dengan DAP atau PAS kerana hubungan kedua-dua parti itu tidak lagi sehaluan. "Azmin perlu pilih untuk bekerja dengan yang mana satu pada masa akan datang, kerana tidak lagi realistik untuk pakatan antara DAP dengan PAS," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis. Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas berlaku 'perang' di media sosial antara Azmin dengan Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching berikutan kesediaan Azmin untuk bekerjsama dengan PAS. Ramkarpal berkata, kenyataan Azmin itu tidak tepat kerana ketegangan dalam Pakatan Rakyat yang membawa kepada perpecahan pakatan rakyat berpunca daripada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Beliau berk...

Jubah Pengikut Tarekat Ini Ala-Ala Akatsuki Dalam Kartun Naruto...

Image
Tarekat Naqsyabandi Akatsuki . Akatsuki adalah salah satu watak kumpulan di dalam kartun animasi Naruto. Kejadian berlaku di daerah Sumbersuko, Indonesia. Sumber: KLIK SINI Aku tak berani nak kata depa nie sesat ke tidak... Tapi apa yang aku nak kongsi kat sini ialah, jubah yang mereka pakai tu memang style... Sebijik macam jubah yang di pakai oleh kumpulan Akatsuki dalam siri kartun Naruto... Ada sapa-sapa tahu kat mana nak cari jubah nie...???

VIDEO Anggota Bomba Selamatkan Cina Nak Bunuh Diri...

Image
Unsung Hero...Inilah pengorbanan suci Anggota Bomba yang sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.. Sumber: Bomba KL... Cina nie nak bunuh diri, tapi berjaya di selamatkan oleh sepasukan bomba kuala lumpur... Tabik hormat aku kepada keberanian mereka yang bersabung nyawa untuk menyelamatkan orang yang dah tak sayang nyawa... Keberanian anggota bomba ini harus mendapat pujian, malah tak keterlaluan aku katakan, anggota bomba yang berani mati ini patut di anugerahkan dengan gelaran Dato'...

Kisah Pasukan Bola Sepak American Samoa Yang Perlu Di Baca Oleh Pengurusan FAM Dan Pemain...

Image
Australia memecah rekod dunia apabila menang 31-0 menentang American Samoa yang dicipta dua hari sebelum perlawanan ini – dengan membelasah Tonga 22-0. Dalam perlawanan ini penyerang Australia, Archie Thompson memecah rekod dunia dengan menjaring 13 gol. Persatuan Bolasepak American Samoa (FFAS) menyenaraikan 20 pemain untuk bertanding dalam pusingan kelayakan. Tetapi hanya seorang pemain yang dibenarkan FIFA untuk mewakili American Samoa – penjaga gol, Nicky Salapu. 19 pemain lain merupakan rakyat Samoa (Samoa dan American Samoa adalah dua negara yang berlainan). Pengurus pasukan American Samoa cuba menyenaraikan pemain dari skuad bawah-20 mereka, tetapi mereka tidak boleh menyertai kerana menghadiri peperiksaan di sekolah. 6 hari sebelum mereka terbang ke Australia untuk perlawanan kelayakan, pengurus American Samoa mengadakan audition terbuka untuk mengisi kekosongan pemain dalam pasukan. Antara yang terpilih adalah tiga remaja 15 tahun dan 16 pemuda menganggur....

Inilah Punca Kenapa Penyokong Harimau Malaya Naik Angin Dengan FAM....

Image
Inilah puncanya kenapa penyokong boleh sepak kita dah tak boleh tahan dengan sikap pekak badak FAM... Korang tengok carta di bawah tu... apa yang korang nampak...??? Kalah dengan Oman 6-0, ketika itu alasan FAM kita belum bersedia... kikikikikiki Perlawanan persahabatan seri 0-0 dengan hong kong, aduhh dengan hong kong pon boleh seri?  Kelayakan piala dunia 2018 seri 1-1 sama dengan timor leste, negara yang infrastruktur sukannya cukup teruk.... Kalah 6-0 dengan negara bergolak palestin... malaysia negara aman, makan cukup, training cukup, enjoy terlebih cukup, gaji lumayan, tapi boleh kalah dengan negara yang bergolak dan berperang tiap-tiap hari, sampaikan dulu pemain mereka pernah kata, nak turun latihan pun tak berani, takut kena peluru sesat israel... Perlawanan persahabatan seri dengan bagladesh 0-0, sepatutnya kalau dikira dengan segala infrastruktur, gaji, style rambut dan gaya poyo nya pemain kita, team bangladesh nie boleh jadi lauk kita je, kur...