Posts

Lelaki Cina Ini Pernah Di Ugut Bunuh Kerana Bantu Orang Melayu...

Image
Dilahirkan di Kuantan dan dibesarkan di Mentakab dengan persekitaran yang mempunyai pelbagai latar belakang masyarakat membuatkan dia jatuh cinta pada perpaduan dan keamanan. Suka melihat perpaduan masyarakat dahulu apabila orang Melayu boleh hidup berjiran dengan masyarakat Cina dan India di kampung dan ada di kalangan mereka yang boleh bertutur dalam bahasa ibunda yang berlainan antara satu sama lain. Sifat cintakan perpaduan dan keamanan itu masih kuat tertanam dalam dirinya dan sentiasa menganggap manusia adalah sama, warna darah sama tidak ada bezanya antara kaum kerana semuanya sama. Chong Choon Hau, 30, seorang pemuda yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan kelibatnya boleh dilihat dalam hampir semua majlis sama ada anjuran kaum Cina, Melayu atau India. Dia mempunyai beberapa pasang baju Melayu dan pakaian tradisional India untuk memudahkan dia menyertai mana-mana majlis anjuran kedua-dua kaum itu. “Kalau Ramadan, saya ikut kawan Islam pergi program kem...

Lelaki Ini Di Boikot Dan Di Buang Kerja Kerana Memeluk Islam Ketika Ceramah Ustaz Zakir Naik...

Image
Seorang lelaki berketurunan Sikh yang memeluk Islam ketika ceramah pendakwah Islam terkemuka, Dr Zakir Naik di Stadium Bukit Jalil pada 14 April lalu, mendedahkan beliau kini diboikot dan dibuang kerja kerana tindakannya itu. Harinder Pal Singh, 23, kelahiran India, dilaporkan hilang pekerjaan sebagai kakitangan swasta selepas kontraknya tidak lagi disambungkan oleh pihak syarikat. Malah, beliau juga telah dihalau oleh rakan serumah yang bimbang penghijrahannya kepada Islam itu akan mempengaruhi rakan-rakan lain. “Saya perlukan pekerjaan,” katanya ketika ditemubual dalam program Into Taqwa terbitan TV Al Hijrah. Harinder yang kini tinggal bersama keluarga angkatnya berkata, beliau tidak mahu mengharapkan simpati namun memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan. Sebelum ini, Harinder secara rela hati memeluk Islam selepas mendengar penjelasan Dr Zakir Naik membuktikan wujud persamaan antara al-Quran dan kitab agama yang diikutinya sebelum ini, bahawa Allah hany...

Pilihanraya-nya Di Sarawak, Azmin Pulak Yang Kecut Perut Di Selangor...

Image
Apa yang berlaku di sarawak sudah menunjukan yang pembangkang gagal mencapai kata sepakat, gagal bertoleransi dan gagal segala-galanya... PKR sapu 5 kerusi DAP sedangkan sudah ada persetujuan mulut supaya PKR tidak kacau 5 kerusi itu, tapi di sebabkan nak tunjuk terrer, nak tunjuk bagus, PKR langgar jugak perjanjian itu... Tapi kenapa pulak azmin yang kecut perut? Perlu di ingat, kalau DAP menarik balik sokongan terhadap azmin di selangor, azmin akan hilang jawatan menteri besar beb... DAP mampu buat begitu kerana kerusi DUN yang di menangi oleh DAP lebih banyak berbanding PKR... Mungkin ada yang kata, PAS, PKR dan BN boleh berbincang untuk menyelamatkan azmin, tapi perlu di ingat juga, dalam 15 orang adun PAS di selangor tu, berapa ramai pulak yang jadi barua DAP...  DAP memberi masa kepada PKR sehingga jumaat ini untuk menarik balik calon mereka di 5 kawasan dun yang di tandingi oleh pkr itu... Melihat kepada senario semasa di sarawak, nampak DAP ...

HINDRAF Kaitkan Ustaz Zakir Naik Dengan Serangan Kuil Di Ipoh...

Image
Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM), Firdaus Wong Hai Hung melahirkan kekecewaannya terhadap Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy yang mengaitkan serangan ke atas kuil Hindu di Jalan Hospital, Ipoh pada 24 April 2016 dengan kehadiran Dr Zakir Naik ke Malaysia baru-baru ini . “Ini merupakan satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab yang boleh menimbulkan ketegangan antara penganut agama di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Katanya, sebagai seorang peguam, Waythamoorthy seharusnya sedar apa yang disebutnya perlu didasari dengan bukti. “Adakah dalam mana-mana ceramah Dr Zakir Naik menyeru penonton untuk merosakkan rumah ibadat agama lain apatah lagi berhala mereka?,” soalnya. Sambil mengutuk keras kejadian serangan itu, Firdaus Wong berharap agar semua pihak bersabar dan tidak menimbulkan sebarang spekulasi berkenaan serangan itu. “Kita perlu membiarkan pihak berkuasa menguruskan kes ini mengikut undang-undang. Kami juga ingin menasihati sem...

Rakyat Melihat Kegelojohan Pakatan Pembangkang...

Image
Lihatlah apa yang berlaku pada sewaktu penamaan calon prn sarawak... Pakatan pembangkang tak mampu mencapai kata sepakat untuk bertanding melawan bn satu lawan satu... Rakyat melihat kegelojohan pakatan pembangkang... Rakyat melihat, pembangkang tiada kesepakatan... Masing-masing nak tunjuk terrer... Akhirnya kit sing terpaksa menebalkan muka meminta maaf kepada rakyat sarawak atas kebebalan pakatan pembangkang yang gagal nak berpakat... Masihkah pakatan pembangkang menyimpan cita-cita untuk merampas semua kerusi parlimen dari bn pada pru akan datang? Puii... kirim salam ler...

Raja Saudi Pecat Menteri Ekoran Kenaikan Harga Barang...

Image
Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud bertindak memecat menteri air dan tenaga negara itu, Abdullah al-Hussayen di tengah-tengah kemarahan rakyat berikutan kenaikan harga barangan, lapor media rasmi Arab Saudi, SPA. Raja Salman mengeluarkan perintah itu pada Sabtu, yang memecat Abdullah dan menggantikannya buat sementara dengan Menteri Pertanian, Abdel Rahman al-Fadli. Pemecatan itu juga susulan tindakan kerajaan mengurangkan subsidi ke atas elektrik, air dan beberapa perkhidmatan lain. Mac lalu, agensi berita Arab News melaporkan Abdullah telah meminta rakyat untuk mendapatkan permit untuk menggali perigi mereka sendiri ketika rakyat mengeluh dengan caj air yang tinggi. Dan pada awal bulan ini Majlis Shura negara itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan Abdullah itu lalu meminta penjelasan darinya dan pegawai kementeriannya. Pada Disember, beberapa tindakan perubahan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini telah dilaksanakan di negara itu y...

Berlawan Sesama Sendiri, Adenan Satem Sifatkan PKR & DAP Parti Bercelaru...

Image
Tan Sri Adenan Satem menyifatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP sebagai parti yang bercelaru ekoran bertembung sesama sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak. Ketua Menteri Sarawak itu berkata, beliau percaya pembangkang telah gagal mencapai persetujuan apabila kedua-dua parti berkenaan bertanding di kerusi yang sama atau meletakkan calon bebas untuk menentang sesama sendiri.  “Ini menunjukkan wujud kecelaruan antara mereka,” katanya lapor portal Pro Barisan Nasional, bnbbc.my. Katanya, ketidakfahaman antara kedua-dua parti pembangkang itu telah menyebabkan berlakunya pertembungan itu. Maklumat awal menunjukkan PKR bertembung dengan DAP di beberapa kawasan seperti Batu Kitang, Mulu, Simanggang dan Mabong. Kedua-dua parti itu mengemukakan pencalonan masing-masing di Murum. SUMBER